ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISLAM BENAR KUTIPAN CUKAI

Saturday, 3 May 2014

ISLAM BENAR KUTIPAN CUKAI


Kuantan: Islam membenarkan kutipan cukai selagi konsepnya tidak menzalimi, membeban dan mengakibatkan ketidakadilan ke atas rakyat. 

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar), berkata amalan mengutip cukai diamalkan Islam sejak zaman Saidina Omar lagi, sekali gus tidak wajar rakyat negara ini terutama Islam menyalahkan kaedah yang digunakan kerajaan dalam melaksanakan kutipan hasil itu. 

Sambil menegaskan perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara kelmarin adalah haram dan salah dari segi syarak, beliau berkata,ada banyak kaedah digunakan untuk memungut cukai termasuk GST yang bakal dikuatkuasakan di Malaysia dan sudah pun digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara maju. 

“Kalau lihat dari segi syarak, tindakan membantah kerajaan adalah seperti berpaling tadah dan haram. Saya tengok lebih daripada 100 hadis menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi.
BH

No comments:

Post a Comment