ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DOKTOR DITAHAN REMAN CURI TOPI KELEDAR POLIS !!!

Sunday, 6 April 2014

DOKTOR DITAHAN REMAN CURI TOPI KELEDAR POLIS !!!


BUTTERWORTH: Mahkamah Majistret Butterworth, di sini, semalam mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari bermula semalam terhadap seorang doktor perubatan berusia 40-an yang didakwa mencuri topi keledar seorang anggota polis, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, doktor berkenaan didakwa mencuri topi keledar anggota polis terbabit yang ketika itu ditugaskan melindungi dan mengiringi kenderaan isteri suspek sebelum berhenti dan masuk ke Pejabat Pos Jalan Bagan Luar, di sini.

Pada masa itu, doktor berkenaan bertindak mencuri topi keledar anggota polis terbabit dan menyimpannya di dalam kereta Proton Savvy miliknya.

Berikutan itu anggota polis berkenaan meminta bantuan sebelum tiga anggota polis tiba di tempat kejadian.

Melalui pemeriksaan, mereka menemui semula topi keledar itu di dalam kereta milik doktor terbabit.

Bagaimanapun, suspek memecut kenderaannya ketika polis cuba menahannya dan kira-kira 30 minit kemudian suspek ditahan di Balai Polis Jalan Patani, Georgetown ketika membuat laporan polis.

Sebelum kejadian Rabu lalu, doktor terbabit dipanggil mahkamah untuk menandatangani bon berkelakuan baik di bawah Akta Keganasan Rumahtangga kerana mengganggu dan memukul isterinya.

Bagaimanapun, perbicaraan kes itu ditangguhkan pada 28 Julai depan berikutan Majistret bercuti kerana menghadiri kursus.

No comments:

Post a Comment