ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI TENGOK : MAUT DATANG TANPA MENGIRA MASA !!! (VIDEO INSIDE)

Thursday, 19 September 2013

MESTI TENGOK : MAUT DATANG TANPA MENGIRA MASA !!! (VIDEO INSIDE)


Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. “ 
( Surah Al-A’raf ayat 34 ) 


Alllahu Akhbar. 
Adakah Kita Sudah Bersedia? 
Subhanallah!

Betapa dekatnya mati itu dengan kita..

Yang hampir dengan kita..Mati..

Mati adalah penyakit yang tiada ubatnya..

Tanpa kita sedar juga, setiap hembusan nafas kita diperhati oleh Malaikat Maut,iaitu malaikat Izrail. Malaikat yang mencabut nyawa apabila diperintahkan oleh Allah SWT.

Betapa kerapnya Malaikat Maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. Kalaulah manusia sedar hakikat tersebut dan ada disebelah kita sekarang ni, nescaya dia tidak akan lalai mengingati MATI.

Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Malaikat maut akan datang dengan wajah yang berbeza. Jika orang soleh, malaikat datang dengan wajah yang lembut dan indah. Dengan bau yang harum. Ketika itu orang yang hampir mati itu akan mendapat ketenangan untuk melafazkan kalimah syahadah.

Namun, bagi orang fasik, malaikat maut akan datang dengan wajah yang mengerikan. Keadaan ini akan menambah derita selain derita sakatul maut yang sedia dihadapi. Waktu itu bila ditalkinkan menyebut -LA-ILAHA-ILLALLAH- dia sibuk dengan kesakitan dan kengeriannya hingga tidak sempat memberi respons.

Daripada satu hadis riwayat Salman bin Farisi, 
“Aku mendengar Nabi SAW bersabda, perhatikan jika ketika seseorang itu mati, jika dahinya memercik peluh, air matanya bergenang, dan mengalir air jernih daripada hidungnya, maka itu tandanya dia telah mendapat rahmat Allah. Sebaliknya, jika kamu mendengar suaranya seperti mendengkur yang terjerut, mukanya  berubah menjadi lebam, dan keluar buih daripada mulutnya, maka itu tandanya dia telah diazab”.

Inilah tanda-tanda yang Nabi SAW ajarkan. Selain daripada itu, Wallahu’alam. Sebagai tambahan, jika seseorang dapat mengucap ‘La il haillallah’, maka dia akan masuk syurga. 

Ulama tasawwuf mengatakan kita akan mati sebagaimana kita hidup. Jika kita hidup banyak berbuat kebaikan dan cepat-cepat bertaubat apabila tersilap, maka InsyaAllah akan dapat menjawab soalan Mungkar dan Nangkir. Seandainya mudah urusan itu, maka akan mudah urusan seterusnya. Jika sebaliknya, maka akan lebih banyak kesusahan setelah itu. Oleh itu, kita pilihlah kita nak yang mana satu dan bertindak untuk mencapainya ketika hidup sekarang.

Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment