ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: REMAJA TERDESAK , LARI TINGGALKAN KEKASIH DALAM HUTAN.

Wednesday, 28 August 2013

REMAJA TERDESAK , LARI TINGGALKAN KEKASIH DALAM HUTAN.

Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.
Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.
“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.
“Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang terhumban ke dalam semak.
“Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.
Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.
Polis kemudiannya menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.
Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.
“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.
“Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.
Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim.
SH

No comments:

Post a Comment