ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL FATIHAH : PELAKON POPULAR 1980-an ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA

Monday, 5 August 2013

AL FATIHAH : PELAKON POPULAR 1980-an ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA



PELAKON popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak.

"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.

"Kami sedang berbincang," katanya lapor mStar Online.

Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.

Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.

No comments:

Post a Comment