ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS KELANTAN MENGELABAH BIMBANG KALAH PRU13 !!!

Sunday, 9 December 2012

PAS KELANTAN MENGELABAH BIMBANG KALAH PRU13 !!!

Tiada sebab kerajaan perlu ambilalih padang rekreasi rakyat untuk dibangunkan sebagai pembagunan komersil melainkan rasa risau hilang kuasa maka perlu buat duit sebanyak mana dan secepat mana yang mungkin.

Takkan dah tak ada tanah lain lagi di Pasir Puteh untuk diambil. Kenapa perlu ambil padang yang sekian lama dikekalkan sebagai tanah rekreasi awam. Tanah yang sudah diketepikan untuk kegunaan orang ramai apa perlu diambil?

Pada hari Selasa lepas, 4hb Disember, satu demonstrasi aman diadakan di pasir Putih membantah pengambilan tanah Padang merdeka oleh kerajaan PAS Kelantan untuk dibangunkan 131 lot kedai 3 tingkat bernilai RM1.3 juta setiap lot.

Mana tidak mereka tidak mahu, Gross Development Value hampir RM170.3 juta dan  komisyen sudah tentu ada dan boleh masyukkkk!!!!

Seramai 80 orang menyertai demonstrasi ini yang diketuai oleh Ir Shaari Hassan selaku Pengerusi NGO-NGO Tanah Merah berkata padang yang mahu dibangunkan itu adalah padang yang digunakan untuk reakreasi sejak lama terutama oleh golongan muda. Sewajarnya kelestarian berkenaan dipelihara dan bukannya dirampas sewenang - wenangnya.

Pada harga RM1.3 juta, berapa ramaikan golongan bumiputera yang mampu memiliki bangunan kedai yang dibangunkan itu?

Dengarnya kuota yang ditentukan kerajaan PAS Kelantan yang akhir-akhir ini baru sedar untuk bincangkan isu Melayu telah tetapkan kuota pada 70:30 dengan Bumiputera hanya dibukan untuk 30%.

Sahlah ini kes masyukkkkkk!!!!

No comments:

Post a Comment