ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Friday, 2 January 2015

AMARAN HUSAM : JAGA KERUSI PAS, JANGAN "HANYUT" SELEPAS BANJIR !!!



Parti pemerintah kerajaan negeri Kelantan, PAS perlu menjuarai program pembangunan negeri itu yang dilanda banjir bagi memastikan 24 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu terlibat dalam musibah berkenaan tidak turut sama 'hanyut', kata Datuk Husam Musa.

Naib presiden PAS itu berkata, meskipun mereka tidak mempunyai keupayaan seperti kerajaan pusat daripada segi kewangan dan kepakaran, PAS perlu menjuarai program pasca banjir di peringkat akar umbi dan dilihat rakyat.

"Ada 27 DUN terlibat banjir (di Kelantan), kalau kita tidak jaga ini, semua hanyut sekali. Saya tidak mahu tengok DUN kita hanyut," kata Husam dalam program Malam Amal, Kelantan Pasca Banjir, "The Untold Story" anjuran Yayasan Darul Hijrah di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Cara sesetengah pemimpin kata, seperti mahu gunakan kesempatan ini untuk meluaskan pengaruh politik mereka.

"Kita tidak boleh bina rumah seperti kerajaan pusat bina, tetapi kita mahu dilihat, mengetuai misi banjir mega Kelantan 2014. Saya mahu tuan puan bantu kami daripada segi itu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM500 juta bagi setiap negeri yang dilanda banjir.

Peruntukan itu merupakan tambahan kepada bantuan RM50 juta melalui Kementerian Kewangan yang diumumkan pada 25 Disember lalu, khusus bagi operasi menyelamat dan penghantaran barangan keperluan kepada mangsa banjir.

"Ringkasnya banjir ini paling hebat, paling luar biasa," kata Husam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) seperti tidak bersedia menghadapi banjir besar berkenaan sehingga mengakibatkan penduduk terlibat gagal bersiap sedia sekali gus mengalami kerugian besar susulan kehilangan harta benda dan kemusnahan kediaman mereka.

"Mungkin mereka terkejut, tetapi sebagai kerajaan mereka tidak boleh terkejut, mereka ada saluran.

"Kalau kerajaan Malaysia ada sistem simulasi yang kemas, sudah boleh beritahu dalam hebahan, air akan tiba jam sekian-sekian, tetapi tidak...kerajaan kata ini banjir biasa. Tak payah bimbang, terkawal," katanya.

Husam berkata, dakwaan beberapa pihak yang berkata banjir besar di Kelantan berpunca daripada 'hukuman' Allah kerana hudud juga tidak masuk akal.

"Orang kata hukuman kerana mahu laksana hudud, bukan macam itu. Dalam konteks Kelantan kita tidak boleh kata hukuman, lima kali pilihan raya orang Kelantan sokong negeri yang mahu laksana enakmen jenayah syariah, yang kena hukuman patutnya orang Johor, Negeri Sembilan, enakmen jenayah Islam tiada," katanya, berseloroh.

RakyatNews

KEKURANGAN DARAH JENIS A, AB : DIMANA ANDA BOLEH MENDERMA ???



KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara (PDN) kini sedang mengerakkan kempen menderma darah di sekitar ibu kota bermula hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebelum ini berkata bekalan darah jenis A dan AB tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit terutama di negeri-negeri yang terjejas banjir.

Justeru, beliau merayu orang ramai menderma darah dengan segera di Unit Bergerak Kempen Menderma Darah berhampiran ataupun Pusat Darah Negara kerana bekalan darah terutama kedua-dua jenis itu kini semakin berkurangan.

"Saya merayu kepada masyarakat untuk tampil menderma darah bagi membantu hospital yang kekurangan bekalan darah jenis A dan AB. Derma boleh dilakukan di mana-mana negeri dan bukan hanya di negeri-negeri terjejas banjir sahaja," kata beliau. 

Menerusi laman Facebook PDN, antara lokasi utama di ibu kota adalah adalah AEON Setiawangsa, AEON Taman Maluri, AEON Kepong, Giant Mall Kelana Jaya, Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Tesco Extra Ara Damansara, Tesco Extra Cheras, Persatuan Mekar Naluri.

Berikut adalah jadual lengkap kempen derma darah PDN di ibu kota:

derma darah
Sumber: Facebook/Pusat Darah Negara

derma darah
Sumber: Facebook/Pusat Darah Negara

derma darah
Sumber: Facebook/Pusat Darah Negara

PDN turut memuat naik lokasi dan jadual kempen derma darah di Melaka. Antara lokasi di Melaka adalah Giant Cheng, Giant Bachang, dan Tesco Pringgit.

Berikut adalah jadual lengkap kempen derma darah PDN di Melaka:

derma darah
Sumber: Facebook/Pusat Darah Negara
 
Jika anda mempunyai maklumat tentang kempen derma darah yang digerakkan oleh NGO lain, emel butiran ke feedback@astroawani.com.

Maklumat dan jadual terkini boleh didapati di www.pdn.gov.my.
astroawani

FAKTA DISEBALIK BANJIR TERBURUK DI KELANTAN !!!


Banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia akhirnya mendedahkan sesuatu. Selain daripada sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali PAS yang menjadikan Terengganu dan Kelantan sebagai kubu mereka, turut dilihat ialah bagaimana liciknya DAP dan PKR mencuri kredit daripada kerja-kerja bantuan, kebajikan dan kemanusiaan yang telah dilakukan dengan penuh susah payah oleh UMNO-BN pada peringkat awal negeri-negeri terbabit dilanda banjir.
Sekarang, banjir sudah mulai surut di beberapa kawasan. PKR, DAP dan PAS (baca: PASMA) mula meuwar-uwarkan tentang penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas banjir. Mereka memberikan publisiti besar-besaran selain mempropagandakan kononnya UMNO-BN tidak memberikan bantuan secara menyeluruh sehinggakan ada yang mati kelaparan dan terbiar selama beberapa hari.
Penghujung 2014 menghadirkan bencana banjir terburuk yang melanda Kelantan dan Terengganu. Berbeza dengan negeri-negeri lain termasuk Johor, Pahang dan Perak, banjir di Kelantan terlalu buruk sehinggakan jumlah yang dipindahkan mencecah 160,000 orang. Dan sehingga artikel ini ditulis, hampir 150,000 orang masih lagi berada di penempatan-penempatan sementara walaupun pada masa yang sama, banjir sudah mulai surut.
Kerosakan dan kerugian besar yang ditunjukkan di Kelantan, khususnya di kawasan Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang, mempunyai kaitan yang cukup besar dengan pembalakan yang menjadi sumber kekayaan sebilangan pemimpin PAS. Sekurang-kurangnya, tiga orang pemimpin besar PAS Kelantan terbabit secara langsung dengan pembalakan yang turut menyaksikan pembabitan Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming walaupun undang-undang pemilikan tanah tidak membenarkan manusia seperti Ngeh dan Nga memiliki tanah di Kelantan. Apatah lagi, tanah tersebut asalnya milik Yayasan Islam Kelantan sebelum dijual kepada syarikat yang dimiliki oleh pemimpin DAP dari Perak itu.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dalam satu kenyataan, menyalahkan pembalakan tidak terkawal dan pembalakan haram di Hulu Kelantan sebagai punca banjir besar yang menyebabkan Kelantan kerugian berbilion-bilion ringgit. Pun begitu, dalam masa yang sama, seorang pemimpin ‘buangan’ Kelantan, Husam Musa pula segera mempersoalkan bantuan daripada Kerajaan Pusat kepada Kelantan yang menurutnya tidak cukup, sebaliknya menuntut agar PETRONAS mengeluarkan biaya sebanyak RM3 bilion yang perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Sungguh aneh apabila Husam Musa kemudiannya menyalahkan TNB dan Empangan Tasik Kenyir kerana masalah banjir di Kelantan. Dia langsung tidak berani menyentuh tentang pembalakan dan ladang pemimpin PAS di kawasan Gua Musang yang menjadi punca kepada banjir besar berlumpur yang telah mengorbankan 21 orang dalam banjir di Kelantan.


SADIS : TANGISAN IBU KUTIP CEBISAN DAGING ANAK !!!

WANITA mengutip cebisan daging dan otak mayat anaknya yang terbabit dalam kemalangan.
Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.

Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.

Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan.hmetro

DOSA & AZAB MENINGGALKAN SOLAT FARDHU




Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.



6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.

2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.

4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.

5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.

6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.











3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.











3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.

2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.

3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.











3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.

2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.

3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.











Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber: myibrah.com

Thursday, 1 January 2015

52 KONTENA BEKALAN MAKANAN, KEPERLUAN ASAS DIAGIH DI KELANTAN




KOTA BHARU: Biro Kebajikan UMNO sudah mengagihkan 52 kontena berisi barangan makanan dan keperluan asas kepada penduduk terjejas banjir di Kelantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia melibatkan semua 14 kawasan Parlimen di negeri ini.

"Sekarang dari segi bekalan makanan tak ada masalah, tak ada yang kebulur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat dua anggota polis yang cedera selepas sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah semalam ketika melakukan misi.

Abdul Azeez berkata pihaknya juga akan membantu penduduk yang terjejas banjir dalam mengharungi fasa pasca banjir ini termasuk membersihkan kediaman penduduk.

Katanya lagi, semua pemimpin perlu bersatu dalam memastikan kebajikan rakyat di Kelantan terjamin.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya kini sedang mengumpul sukarelawan dalam kalangan atlet untuk melakukan kerja pembersihan di kediaman dan pusat-pusat latihan sukan terjejas.

Ia akan dimulakan di Kelantan dan Terengganu sebelum diteruskan ke Pahang dan Johor, katanya selepas menghadiri program Atlet Prihatin: Sumbangan Mangsa Banjir di MSN hari ini.

Inisiatif berkenaan setakat ini mengumpulkan sumbangan bernilai RM150,000 merangkumi wang tunai, makanan, pakaian, keperluan persekolahan dan barangan keperluan harian lain. - BERNAMA

MB KELANTAN AKUI AKTIVITI PEMBALAKAN HARAM TIDAK TERKAWAL

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengakui aktiviti pembalakan di negeri itu tidak terkawal akibat didalangi peneroka haram tidak bertanggungjawab.

Akan tetapi, beliau mempertahankan kerajaan negeri yang sentiasa mematuhi had pembalakan yang dibenarkan.

"Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan Majlis Tanah Negara.

"Malah pengurusan hutan di Kelantan diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa," katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menjelaskan, kerajaan negeri akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif bagi menguruskan hal itu.

Katanya, pihaknya kini dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi yang musnah dilanda banjir.

"Setelah saya sendiri meneliti situasi di tempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya kerajaan persekutuan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di Kuala Krai dan Gua Musang menjadi faktor penyumbang  terhadap bencana banjir di Kelantan. [ RUNTUHAN KRITIKAL DI JALAN LOJING-BLAU-KUALA BETIS-GUA MUSANG ]

Najib turut menyifatkan banjir buruk yang melanda negeri itu bukan satu fenomena tetapi bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam.

"Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN]

BANJIR DI KELANTAN PULIH MENDADAK, SEPARUH MANGSA DIBENARKAN PULANG

Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang pagi Khamis.

Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini menurun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam Rabu.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).

Cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah pagi ini.

Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor ialah 111,855 orang setakat pagi ini.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Pahang juga terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa di Terengganu terus mencatat penurunan kepada 10,051 orang pagi ini berbanding 11,175 malam tadi.

Di Pahang pula jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 50,272 orang berbanding 50,292 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 232 pusat pemindahan di lapan daerah.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 21,773 orang di 70 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 13,425 orang, Jerantut (4,776 orang), Bera (3,174 orang), Maran (3,021 orang), Lipis (2,745 orang), Kuantan (1,174 orang) dan Rompin (130 orang).

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit kepada 7,313 mangsa daripada 1,981 keluarga pagi ini berbanding 7,139 mangsa daripada 1,950 keluarga malam tadi yang kini ditempatkan di 52 pusat pemindahan di lima daerah.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Perak Tengah masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,145 orang, Kuala Kangsar (1,231 orang), Hulu Perak (762 orang), Kerian (107 orang) dan Manjung (68 orang).

Di Johor, jumlah mangsa banjir masih kekal 138 orang daripada dua daerah terjejas iaitu Segamat (93 orang) dan Batu Pahat (45 orang)


SEORANG INDIVIDU DITAHAN SEBAR BERITA PALSU BANJIR


Subang: Seorang individu disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berhubung kejadian banjir di Kelantan menerima padah apabila ditahan polis dua hari lalu di ibu negara. [JANGAN SEBARKAN BERITA PALSU !!!]

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan individu disyaki melakukan tindakan itu.

“Kami sedang mengesan mereka yang sengaja menyebarkan berita palsu berhubung kejadian banjir bertujuan menghasut orang ramai supaya memarahi kerajaan.

“Polis memandang serius perkara itu kerana ia berisiko menimbulkan kekacauan ketika kita dilanda bencana,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Redland Hangar, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, semalam.

SKMM sebelum ini menyifatkan tindakan menyebarkan berita palsu berhubung kejadian runtuhan pusat pemindahan banjir di Sekolah Manek Urai, Kelantan sebagai keterlaluan.

Susulan itu beberapa individu diminta tampil memberi keterangan berkenaan penyebaran berita palsu itu yang menimbulkan panik orang ramai.

Dalam perkembangan sama, polis tidak menerima laporan baru berhubung kes jenayah kecurian pada musim banjir selain enam laporan polis diterima sebelum ini.
hmetro

BERITA PALSU BANJIR : SKMM AKAN PANGGIL 14 LAGI


CYBERJAYA: Setelah lapan individu diminta tampil memberi keterangan sejak tiga hari lepas, 14 lagi akan dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat setelah ditentusahkan keterlibatan mereka untuk membantu siasatan ke atas 10 kes penyebaran berita palsu mengenai banjir yang telah melanda beberapa negeri.

“Sebelum ini kami telah mengenal pasti tiga kes penyebaran berita palsu, iaitu berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, berita palsu mengenai kerajaan menyembunyikan fakta kematian ramai mangsa banjir, dan berita palsu kematian di Guchil yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.

“Setakat ini, kami telah mengenal pasti sebanyak 10 kes berita palsu yang tersebar dan sedang berusaha menentusahkan individu-individu yang boleh membantu siasatan. Beberapa individu yang terlibat telah diminta untuk memberi keterangan di pejabat MCMC kelmarin dan semalam.

“Sebaik sahaja individu-individu ditentusahkan keterlibatan, mereka akan diminta untuk tampil dengan kadar segera,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau lagi, jumlah individu yang akan dipanggil berkemungkinan akan bertambah kerana siasatan sedang giat dijalankan oleh MCMC.

“Jangan berkongsi berita dalam keadaan beremosi kerana ianya hanya akan memburukkan keadaan. Periksa dahulu kesahihan berita tersebut sebelum berkongsi dan memaparkannya dalam aplikasi pesanan dan media sosial,” tambah beliau.

Orang ramai dinasihat untuk berhenti menyebarkan ‘berita’ berikut yang sedang dalam siasatan:
1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.
2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.
3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir.
4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.
5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.
6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan.
7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai.
8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.
9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.
10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja