ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ilmiah
Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Thursday, 1 February 2018

WAKTU AFDAL ZIARAH KUBUR

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka. 

SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ustaz Norazan.

Sunday, 28 January 2018

SAKIT

Suatu hari Rasulullah  SAW didatangi oleh seorang bapa dan anak gadisnya.

Si bapa meminta Rasulullah SAW utk menikahi anak gadisnya kerana anak gadisnya tidak pernah sakit sejak kecil lagi.

Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda diberitahu oleh malaikat Jibril utk menolaknya kerana tidak ada kebaikan dlm diri anak gadis itu.

Sungguh besar hikmah yg tersirat di sebalik sakit. Ia membawa banyak kebaikan. Bahkan kebanyakan ulama mengatakan orang yg sedang sakit sedang dicintai oleh Allah.

Pertama, sakit itu zikrullah. Orang yg sedang sakit kebiasaannya akan selalu mengingati Allah dibandingkan semasa sihatnya.

Kedua, sakit itu istighfar. Orang yg sedang sakit akan teringat segala dosa yg pernah dilakukannya, sehingga lisannya akan terbimbing utk selalu beristighfar dan memohon keampunan drp Allah.

Ketiga, sakit itu tauhid. Bukankah ketika sedang rasa teramat sakit, akan bergema dua kalimah syahadah?

Keempat, sakit itu muhasabah. Orang yg sedang sakit mempunyai banyak masa utk merenung diri, menghitung apakah amalan telah cukup dikumpulkan utk kembali menghadap Ilahi.

Kelima, sakit itu jihad. Orang yg sedang sakit diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar utk sembuh drp penyakitnya.

Keenam, sakit itu ilmu. Ketika sakit, kita akan berusaha mencari penawar utk merawat penyakit.

Ketujuh, sakit itu nasihat. Orang yg sakit mengingatkan yg sihat supaya sentiasa menjaga kesihatan. Yg sihat menghiburkan yg sakit supaya banyak bersabar. Allah mengasihi dan mencintai kedua-duanya.

Kelapan, sakit itu silaturrahim. Ketika sakit, keluarga yg jarang bertemu akhirnya datang menziarahi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

Kesembilan, sakit itu menggugurkan dosa. Orang yg sedang sakit, sesungguhnya dia sedang diuji. Ujian itu menggugurkan dosa.

Kesepuluh, sakit itu memustajabkan doa. Sesungguhnya doa orang yg sedang sakit mudah dimakbulkan Allah. Maka saat kita menziarahi orang sakit, di samping kita mendoakannya maka mintalah doa drpnya. Imam As-Suyuthi  selalu mengelilingi kota mencari orang yg sakit lalu beliau minta didoakan.

Kesebelas, sakit itu salah satu keadaan yg menyusahkan syaitan. Orang yg sedang sakit semestinya tidak mampu dan tidak mahu utk melakukan maksiat.

Kedua belas, sakit itu membuatkan sedikit ketawa dan banyak menangis. Perbuatan yg disukai oleh para Nabi dan makhluk di langit.

Ketiga belas, sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk dan sujud lebih khusyuk, tasbih dan istighfar lebih kerap, doa dan munajat lebih lama.

Keempat belas, sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi santun, lembut dan tawaduk.

Kelima belas, dan akhirnya sakit menyebabkan kita selalu ingat pada kematian.

Thursday, 25 January 2018

PERBAIKI HATI, MUHASABAHI DIRI

Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..

Bagaimana pula dengan ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa.Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur?  Taubat nasuha.

Jom bersihkan hati.. hati bersih hidup bahagia..

1. Jangan cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata itulah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama-sama kita Muhasabahi diri..

SERANGAN IBLIS PADA BADAN MANUSIA

Daripada sebuah hadis, yang bermaksud:

"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis.., 
"Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?" 

Jawab iblis dengan panjang lebar: "Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari".

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

Monday, 22 January 2018

APA MAKNA "TAWADHU"

"Barangsiapa yang merendahkan dirinya maka Allah سبحانه وتعالى akan mengangkat kedudukannya, darjatnya. Seseorang itu apabila dengan kemaafan maka Allah akan menambahkan kemuliaan dan dengan tawadhuk Allah سبحانه وتعالى akan mengangkat darjatnya."

"Ada orang mengatakan; "Saya tidak tawadhuk kerana nanti orang ingat saya mengaku kalah nanti orang ingat saya dhoif nanti orang ingat saya lemah."Tidak! Tidak! Logik akalnya itu bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ."

"Semakin kita merendah diri, semakin kita merendah hati maka semakin Allah akan melihat dan mengangkat darjat dan kedudukan seseorang. Di dalam hadis yang mahsyur daripada Rasulullah ﷺ; "Barangsiapa yang tawadhuk kerana Allah سبحانه وتعالى maka Allah akan mengangkatnya, Allah akan meninggikannya."

"Salah satu definisi sifat tawadhuk adalah remukan hati, perasaan yang terdapat dalam diri manusia bahawa dirinya adalah orang yang paling hina. Dirinya adalah yang paling rendah. Dirinya yang paling bawah daripada sekalian makhluk Allah سبحانه وتعالى."

"Dia melihat bahawa tidak ada sesiapa yang lebih rendah daripada dirinya. Dia juga melihat sesiapa sahaja lebih mulia daripada dirinya. Dia melihat semua orang lebih mulia daripada dirinya. Sifat tawadhuk berhajat kepada perasaan memandang kepada semua orang bahawa semua orang adalah lebih tinggi kedudukan, lebih hebat ,lebih diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Akan tetapi dalam masa yang sama dirinya juga berusaha untuk membaiki hatinya untuk mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Barangsiapa yang merasakan dirinya telah sempurna maka dia akan berada dalam kejatuhan demi kejatuhan. Dia berada di dalam kemuncak kemunduran apabila dia merasakan dirinya berada di atas.

"Dia merasakan dirinya telah sempurna dan dia melihat orang lain semuanya kecil maka pendapat orang lain tidak lagi digunakan tapi dia merasakan pendapatnya adalah yang paling betul sekali. Dia merasakan kefahamannya adalah yang paling betul sekali dan dia melihat semua orang kecil dan kecil kerana sifat yang berlawanan yang berada di dalam dirinya iaitu sifat takabbur."

"Sifat takabbur adalah sifat iblis kerana takabbur itu iblis dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى sehingga dijatuhkan kedudukannya, diusir dan dikutuk oleh Allahسبحانه وتعالى sehingga dikeluarkan dengan penuh kehinaan. Demikian kehinaan sifat takabbur maka lawannya itu sifat tawadhuk."

"Sifat tawadhuk itu adalah sifat Rasulullah ﷺ dan ianya adalah sifat Para Nabi, Para Rasul, Kekasih-Kekasih Allah, orang-orang soleh yang mana setiap orang yang memakaikan dirinya dengan sifat tawadhuk maka dia akan memandang walaupun anjing kurap sekalipun tidak lebih rendah daripada dirinya."

"Dia merasakan dirinya yang lebih rendah. Demikian Ulama Tasawwuf mengatakan; "Barangsiapa yang memandang anjing kurap itu lebih hina daripada dirinya maka dia masih ads sifat takabbur dalam dirinya." Bermakna jika seseorang itu memandang dirinya lebih hebat, lebih mulia daripada anjing kurap maka masih ada sifat takabbur dalam dirinya."

"Maka hakikat sifat tawadhuk itu adalah tidak merasakan dirinya telah mencapai kepada sifat tawadhuk kerana tawadhuk itu adalah satu sifat yang sempurna, sifat yang mulia, sifat yang tinggi. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan sifat tawadhuk tetapi bagaimana daya upaya kita untuk mencapai sifat tawadhuk sekali-kali tidak boleh seseorang itu mengaku mengatakan; "Saya sudah tawadhuk. Saya sudah merendah diri. Saya sudah mencapai sifat tawadhuk dalam diri."

"Kerana seseorang yang mengaku dalam dirinya sahaja; "Aku dah tawadhuk. Aku dah rendah diri. "Bermakna dia belum mencapai sifat dan hakikat kepada sifat tawadhuk itu kerana hakikat tawadhuk ini adalah dia tidak akan merasakan dirinya sudah mencapai kesempurnaan."

"Dia akan pergi dan pergi terus tenggelam di dalam kebesaran dan kehebatan Allah سبحانه وتعالى. Allah Yang Maha Tinggi. Allah Yang Maha Sempurna. Di dalam kalangan makhluk tiada siapa yang lebih sempurna melainkan kekasih-Nya, Baginda Rasulullah ﷺ."

‎اللَّهُمَّ صَل

ِّ وسَلِّم وبَارِك عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الفاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، والخاتِم لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الحقِّ بَالحَقِّ، والهادي إلى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ، صلَّى اللهُ علَيهِ وعَلَى آلِهِ وصحبِهِ، حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيم.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Thursday, 18 January 2018

SUBUH LEWAT & TAHAJJUD

Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:02 ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)

Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.

Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :-
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah.

JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.

Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.

PENGERTIAN KEBAJIKAN DAN DOSA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasullullah SAW

PENGERTIAN KEBAJIKAN DAN DOSA

Hadis dan huraian

Riwayat:  Muslim
     
Dari Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. 

Sabda baginda: Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain. 

1. Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.

2. Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya: 'Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).'

3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Tazkirah

ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA PERKARA UNTUK BERIBADAH

       Firman Allah SWT

وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ 

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

Surah Al-A'la ayat 8
آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Wednesday, 17 January 2018

AYUH KE SYURGA !!!

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan. 

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. 
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka. 

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. 
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. 
Kerana kematian itu sangat rapuh. 

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian. 

Moga bertemu di syurga. 

Uhibbukum fillah. 

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa

Tuesday, 16 January 2018

REALITI KEHIDUPAN : RINTIHAN SEORANG WANITA !!!


Setiap mlm aku pasti akan renung wajah isteriku. Besar sungguh pengorbanan dia. Mmg ada riak keletihan diwajahnya tp sekali pun dia x pernah merungut.

Bermula rutin seawal 5pg entah apa yg disibukkan didapur, kemudian lepas solat, sibuk pula iron baju anak2, kemudian bergegas kembali ke dapur. Selesai didapur ganti pakaian dgn secalit gincu dibibir, tepek kan nipis bedak talkum, bergegas pula ke sekolah. Pukul 3 ptg balik ke rumah. Sesampai sahaja di rumah,  mengemas rmah pula. Sekali lagi berperang didapur, mcm lipas kudung dia buat keja. Waktu rehatnya cuma antara maghrib dgn isya. Masih g terus bekerja sampai kul 10 mlm. sibuknya mcm x de istilah kepenatan. Entah apa tonik dia guna, tenaganya mcm x de putus. Begitu la rutin seharian umi anak2 ku.

Hari ni aku terbaca kisah pengorbanan isteri yg x dihargai oleh sang somi. Mcm ada penderaan mental yg diterima. Kenapa ini berlaku?

I m the king, adakah satu istilah benar utk si somi. Apa pula hak seorg isteri. Begitu ego nya manusia yg bergelar somi.

Sebenarnya kini terlalu ramai sang somi yg bermasalah mental, terlalu ramai yg claim mereka adalah somi mithali dlm islam, tp sebenarnya ramai yg akan gagal mencapai standard sepatutnya jika ada ujian sebagai seorg somi.
Kini sang somi lebih terikut kpd budaya jahiliyah. Istri di layan spt hamba, baik dlm kehidupan biasa mahupun dlm kelambu. Ramai yg hanya memperalatkan isterinya. 

Mejoriti somi x kan mengaku jika dikatakan mereka tergolong dlm islam liberal, Mungkin liberal pd mereka hanya dipandang dr sudut politik sahaja.

Saban hari kita disajikan dgn kerenah somi mendera isteri dr segi fizikal. Sda somi merajuk bila isteri lebih islamik,nak pakai tudungpun kena jeling. Ramai somi dayus mendidik keluarga, kes buang anak, meratapi kematian kpop, anak terlibat dadah, anak curi monitor lcd, anak berpeleseran n 1001 mcm lg kerenah. Alasan anak isteri nabi noh atau lut adalah satu alasan pengecut utk mengakui kelemahan sang somi. Kadang kita lebih bahagia menuding kearah lain. 

Apapun hargai la isteri anda.....

Sunday, 14 January 2018

PENEMUAN TERBARU DI BIDANG PERUBATAN


" Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani:

1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan yang tidak terkawal.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi setiap hari. 

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi  rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi. Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah di bawah;

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman Allaah swt :
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah swt memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit berikut;  hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur, masam muka,  sombong, angkuh dan tiada keikhlasan- keekhsanan.

Nota sisi
-- Mungkin Sebab itulah Allah melarang Sifat-Sifat buruk dalam diri kerana adalah merupakan virus Membawa Penyakit dan mempercepatkan proses Penuaan dan mudah ; Mendapat penyakit kerana antibodi semakin lemah.

 Wallahua'lam.

Saturday, 13 January 2018

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT


Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." 
[Al-Mu'minuun, ayat 17]

1.  MAHKOTA ZIKIR

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير 

      Laa ilaaha illallaahu wahdahu 
      laa syariikalah.

      Lahul Mulku 
      Wa lahul Hamdu 
      Wa huwa 'alaa 
      Kulli syai'in Qodiir 

2.  MAHKOTA TASBIH

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته 

      Subhaanallahi wabihamdihi 
      'adada kholqihi 
      wa Ridho nafsihi 
      wa zinata 'arsyihi 
      wa midada kalimaatih.

3.  MAHKOTA DOA....

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 

     Rabbanaa aatinaa fid dun ya hasanah 
     Wa fil aakhirati hasanah 
     Wa qinaa 'adzaaban naar 

4.  MAHKOTA / PENGHULU ISTIGHFAR

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

     Allaahumma Anta 
     Rabbi Laa ilaaha illaa Anta
     Kholaqtani wa anaa a'bduKa
     Wa ana 'alaa 'ahdiKa 
     Wa wa'diKa mas tato'tu
     Aa'uudzu biKa min 
     Syarri maa sona'tu
     Abuu  u laKa bini'matiKa 'alayya
     Wa abuu'uu bidzanbiy Faghfirliy 
     Fainnahu laa yaghfiruz dzunuu
     ba illaa Anta....

5.  MAHKOTA PERLINDUNGAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

     Bismillaahil lazii 
     laa yadhurru 
     ma'asmihii syai'un fil ardhi 
     walaa fis samaa'i
     wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6.  MAHKOTA PELEPAS BENCANA

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين 

      Laa ilaaha illaa Anta 
      SubhaanaKa innii 
      Kuntu minadz dzoolimiin

7.   MAHKOTA PENENANG HATI

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم 

      Laa haula walaa 
      quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim

8. MAHKOTA SELAWAT

Selawat Ibrahimiyah

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu atau kesemua Mahkota-Mahkota tersebut ....Allah mengangkat segala cubaan dan dugaan,  menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA....
Aamiin.... Ya Rabb...

Kongsikan amalan doa ini seikhlas mungkin  dengan niat baik agar lebih ramai lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala....

Wallahu 'alam

Thursday, 11 January 2018

PERKATAAN "MENGGGUNJING" DALAM FIRMAN ALLAH.


Erti "menggunjing" itu adalah bermakna MENGAMBARKAN / MENCERITA KEKURANGAN seseorang.Bahasa lainnya termaktub dlm MENGUMPAT.

"Janganlah sebahagian dari kamu menggunjing sebahagian yang lain "
(QS.Al-HUJURAT :12).

Bab menggunjing ini banyak terdapat dalam Al-Quran atau pun nas.Rata-rata perbuatan ini adalah tercela hukumnya.

"Menggunjing adalah ketika kamu menyebut orang dengan kekurangan tubuh,keturunan,perbuatan,perkataan,agama,dan dunianya sampai pakaiannya,surban serta kenderaannya"

Seandainya kita katakan bahawa si fulan itu panjang atau pendek,berlagak cantik,maka ia termasuk dlm maksud pergungjingan.

Dalam himpunan nas-nas,sabda nabi banyak menyentuh hal menggunjing ini ibarat mereka memakan daging manusia dan wajib dimuntahkan.

Maka,jaga kalam.

Melalui ilmu,
Elok atau Jelek itu adalah kejadian Allah.
Menghina kejelekkan seseorang samada rupa paras,fizikal atau apa jua HAKIKATnya adalah turut sama mempertikaikan kejadian yg dijadikan oleh Allah.

Jangan ada sifat membenci!!!!
Benci pada neraka
Benci pada dosa
Hakikatnya adalah membenci perlaksanaan Allah TERMASUK jua jgn membenci IBLIS atau BABI.
Fizikalnya dan Hakikat berbeza titik noktahnya.

Ini benar!!!!!

Anda mengatakan manusia itu wajahnya hodoh,anda mentertawakamnya,mengumpatnya atau diguna pakai istilah "menggunjing" hakikatnya adalah manusia itu menciptakan paras wajahnya begitu?.
Sicacat,adalah dia yg menciptakan kecacatan dirinya,begitu jua dgn si buta ,si pekak,si tempang,si hitam,adakah mereka yg berkehendak begitu?

Allahlah yg menjadikan mereka sptmana Allah menjadikan kita.
Mempertikaikan,menggunjing mereka adalah kita menggunjing ciptaan Allah.

Menggunjing adalah penglibatan maruah.Kesalahannya lebih berat dari zina kerana berzina boleh meminta ampun dari Allah sedangkan menggunjing
ini sebelum mohon pada Allah,WAJIB mohon maaf pada orang yg kita gunjingi. 

Sulaiman bin Jabir berkata :
"Aku datang kepada nabiMu dan berkata :
 Ajarkan aku sebuah kebaikkan yang dapat aku manfaatkan"

Jawab baginda :

"jangan sekali-kali kamu meremehkan sesuatu dari hal yang makruf,walaupun kamu tuangkan dari timbamu ke dalam tabung orang yang mengambil air.Walaupun kamu hanya bertemu dengan saudaramu dengan muka yang cerah.Sekiranya dia berlalu,maka kamu tidak menggunjingnya"

Sahabat,ORANG YANG SUKA MENGGUNJING ADALAH MEREKA YANG SUKA MENGADU DOMBA.

Insyaallah shbt,berpesan-pesanlah.As-salam.Jgn hina Allah!!!!KERANA menggunjing ITU hakikatnya menggunjing ciptaan Allah.


Wednesday, 10 January 2018

PERLUKAH SEDEKAH AL FATIHAH KEPADA ORANG MATI ???


Sering menjadi persoalan, perlu ke sedekah Al-Fatihah kpd ibubapa atau sape2 yg sudah meninggal dunia? Ustaz Don Daniyal tampil memberi penjelasan yg intipatinya LEBIH BESAR & MENGEJUTKAN !!! Hanya dgn share saje pun anda sudah mendapat pahala. Perlu Ke Sedekah AlFatihah pd Org Mati? Rupa2nya

Ust Don Beri Penjelasan MENGEJUTKAN !!!|  SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH UNTUK IBUBAPA MU SETIAP SELEPAS SOLAT SUBUH

Ini merupakan nasihat Ustaz Don kpd anak2  yg masih hidup didunia ini supaya diluaskan pintu rezeki bagi mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda:-

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kpd kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada)” ………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu …Close
Berdasarkan Hadith Nabi SAW:-

“Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kpd kedua org tuanya dlm sehari” Huraian hadith:-

Jgn sesekali meninggalkan doa kpd kedua ibubapa (baik yg hidup mahu pun yg sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kpd mereka yg tidak putus2 berdoa kpd kedua ibu bapa (hidup atau mati). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

Semasa berdoa, berdoalah dgn bersungguh2.…. Tadah tgn dan Bayangkan wajah kedua org tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yg banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yg lupa berdoa kpd kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Bagi yg berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jgn lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yg kita Dapat dari Allah (e..g. Makanan, Kesihatan, Kasih Sayang, Ilmu dsbnya ..) In Syaa Allah. Berusaha dan bertawakal.… In Syaa Allah

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsbnya ….. tapi dgn hati yg tulus ikhlas dan doa kita utk ibu dan bapa kita….. Mari kita Cuba. Allahhuakhbar
Caranya:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka. Aminn yarabillialamin. 

“(Doa ini utk org tua kamu yg masih hidup) 

Untuk yg sudah meninggal:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Monday, 8 January 2018

KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca.. dan siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat dhuha pun tolong baca.. sentap dan muhasabah sesama.. takda ruginya.. in shaa Allah..

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.

Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Diberi peluang, aku terus bertanya.

“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?” 
Dia menjawabkan,

“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.

Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?

“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.

Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.

“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”

“maaf ustaz”.

Aku cakap dekat dia,

“dua dua mazhab lah ustaz”. 

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.

Aku nak menangis.

“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”

Aku senyap.

“kenapa ustaz?”

Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,

bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”. 

Aku tersentak.

Dia berkata lagi

“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”. 

Allahuakbar.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi

“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis? 
Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi

“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”

“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.

Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?

“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.

Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran 
itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,

Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.

Wallahua'lam..