ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD : DAP & PKR ADA HAK BANTAH PAS !!!

Friday 25 April 2014

HUDUD : DAP & PKR ADA HAK BANTAH PAS !!!


SHAH ALAM –  DAP dan PKR berhak membantah keputusan Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kata Pengerusi Biro Perundangan DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, jika Pas tetap berkeras mahu membentangkan rang undang-undang tersebut, DAP dan PKR akan menentang keputusan tersebut.

“DAP dan PKR berhak untuk membantah rancangan Pas memperkenalkan hudud di Kelantan kerana Pas sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Pas menumpang sama dalam gabungan kekuatan PR pada pilihan raya umum lalu dan kami di DAP dan PKR membentuk pakatan ini bersama mereka selepas mereka menerima agenda kami yang tidak termasuk hudud,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah jelas Ahli Parlimen Puchong itu, sudah menjadi tugasnya untuk mengingatkan Pas bahawa undian yang mereka terima adalah berdasarkan kepada agenda PR.

“Pas tak boleh dan tidak seharusnya kini mengetepikan agenda PR yang telah diterima secara rasmi pada 2011.

“Pas silap kalau kata konsensus gabungan pembangkang untuk tidak melaksanakan hudud itu hanya dalam konteks nasional.

"Itu alasan yang lemah...Hudud tidak pernah menjadi sebahagian agenda PR,” katanya.

Beliau sempat menegaskan bahawa DAP tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan Perlembagaan dan bertentangan agenda PR.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menganggarkan hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.
SH

No comments:

Post a Comment