ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Wednesday, 24 January 2018

HIPOKRITIK POLITIK LIM KIT SIANG

Sekitar tahun 1994 beliau telah mencadangkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan menyiasat skandal BNM dan Forex yang sangat hangat ketika itu, malah beliau juga telah menulis sebuah buku yang berjudul “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal”.
Bertahun beliau menjaja isu skandal ini baik didalam ceramah politik mahu pun dalam majlis anjuran parti yang di ketuai oleh beliau sendiri ia itu DAP, parti pembangkang yang cukup sangat tidak bersetuju dengan parti UMNO dan Barisan Nasional yang ketika itu di ketuai oleh Dr Mahathir.
Malah beliau sendiri pernah mengugut, perkara utama yang akan dilakukan bila pembangkang berjaya menjadi kerajaan adalah mengambil tindakan dan melakukan pendakwaan terhadap Mahathir yang dikatakan bertanggungjawab dalam skandal tersebut, mereka berjanji untuk melakukan siasatan sahingga kelubang cacing terhadap kehilangan berbillion ringgit ketika itu.
Mahathir pula tidak habis-habis dengan kutukkannya terhadap pemimpin dan parti DAP yang dianggap sebagai sebuah parti yang resis dan pemimpinnya pula adalah seorang ditaktor, Lim Kit Siang adalah pemimpin DAP tersebut, orang yang dikatakan sebagai bermusuh dan paling sangat dibenci oleh Mahathir.
Apa sahaja aktiviti mereka sudah pasti akan mendapat tentangan diantara kedua mereka, sering berbalah pendapat dan menjadikan rakyat jelata yang mendengar persembahan mereka sebagai alat melepaskan geram dengan maki hamun kedua diantara mereka.
Ketika Dato' Seri Najib mengambil alih kepimpinan negara, masih lagi kedengaran isu kehilangan berbillion dollar itu dimainkan oleh puak pembangkang terutama pemimpin DAP agar Dato' Seri Najib menubuhkan RCI bagi tujuan tersebut, pelbagai cabaran dilakukan terhadap Dato' Seri Najib.
Tetapi dengan tidak semena-mena, Mahathir melancarkan serangan terhadap Dato' Seri Najib dengan mengajak semua parti politik dan rakyat Malaysia atas nama 'Selamatkan Malaysia' yang sangat bersesuaian dengan kehendak DAP yang tidak pernah berubah, sasaran DAP masih kekal sama seperti dulu mahu menjadikan Malaysia Malaysian.
Tidak boleh dibayangkan bagaimana dua musuh yang sering bermakian suatu ketika dahulu kini boleh pula duduk sebantal untuk merancang bagi menjahanamkan negara atas nama Selamatkan Malaysia, mereka sepatutnya meletakkan nama Selamatkan Mahathir dan kroninya.
Kini ketika Mahathir dan Lim Kit Siang perpegang tangan, mereka telah lupakan isu skandal Forex yang menjadi kegilaan kepada Lim untuk berperang dengan Mahathir suatu ketika dahulu, kini tiada lagi isu skandal Forex yang menjadi fokus Lim Kit Siang tetapi isu bagaimana membantu dan menyelamatkan Mahathir pula yang mereka lancarkan.
Sementara bagi Dato' Seri Najib menyahut cabaran Lim sudah semestinya dilakukan bagi keadilan kepada semua rakyat yang ingin tahu apa benar cakap-cakap Lim Kit Siang dahulu, apa benar yang dinyatakan didalam buku beliau “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal”.
Mengapa pula bila RCI ditubuhkan Lim dilihat seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, solah seperti Lim mahu melupakan isu skandal tersebut, yang paling ajaib sekali adalah tindakan pembangkang terutama DAP yang mendakwa bahawa penubuhan RCI BNM-Forex adalah propaganda Dato' Seri Najib untuk memerangkap Mahathir.
Mereka juga mendakwa bahawa penubuhan RCI tersebut semata mahu menutup mulut Mahathir dari menyerang Najib, sedangkan pada waktu ketika Lim mendesak kerajaan agar menubuhkan RCI tersebut tidak pula kedengaran cakap-cakap ianya adalah untuk kepentingan dan kebaikan Dato' Seri Najib.
Lim hari ini menikus bila kerajaan Barisan Nasional menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Lim seperti bersembunyi dan menyorokkan muka di belakang Mahathir, seperti meminta Mahathir untuk menyelamatkan dirinya pula, sepatutnya Lim Kit Siang mengadakan parti dan berhibur bila kerajaan menubuhkan RCI tersebut dan bukannya mendiamkan diri seperti tikus mondok kebasahan air longkang.
RCI skandal Forex hari ini bukanlah satu mimpi indah yang di idamkan buat Lim tetapi satu mimpi ngeri buat perjalanan parti pakatan pembangkang.

Tuesday, 23 January 2018

KEBIMBANGAN MENGENAI TEROWONG PULAU PINANG.


Berdasarkan kepada pecahan kos melalui jawapan bertulis yang dikemukakan dalam Perhimpunan Negeri Pulau Pinang pada Mei 2017, jumlah kos rundingan bagi jalan Teluk Bahang ke Tanjung Bungah sepanjang 10.5km adalah lebih mahal berbanding bayaran bagi pembinaan terowong yang 10 kali ganda lebih rumit untuk dibina.

Jalan dua hala Teluk Bahang ke Tanjung Bungah sepanjang 10.5km dengan had laju sasaran antara 70-80km/j boleh dikatakan sebagai jalan yang mudah untuk dibina dengan 5 persimpangan di mana 80% dari jalan tersebut berada di atas tanah.

1.Bayaran RM6.34 bilion bagi laporan mengenai projek Terowong Pulau Pinang dan 3 projek jalan raya dilihat tidak masuk akal dan seperti direka-reka bagi membolehkan syarikat SPV terbabit mendapat faedah.

Ianya seolah-olah Kerajaan Pulau Pinang begitu bermurah hati dengan syarikat SPV tersebut.

2.Bayaran bagi laporan jalan sepanjang 10.5km yang menelan belanja sebanyak RM378 juta untuk dibangunkan adalah RM120 juta. Bagaimana pun, bayaran untuk terowong tersebut hanyalah RM96 juta walaupun kos pembinaannya adalah RM3.5 bilion.

3.Jalan sepanjang 10.5km, dengan 8km di atas tanah, secara teknikalnya adalah tidak begitu mencabar pembinaannya berbanding terowong bawah laut.

4.Pembinaan jalan sepatutnya dimulakan pada tahun 2015 namun telah ditangguhkan selama 41/2 tahun sehingga ke hari ini. Pembinaan terowong pula sepatutnya dimulakan pada tahun 2023 dan dijangka siap pada 2028.

5.Daripada jumlah keseluruhan bagi kos kajian yang bernilai RM305 juta, 72% atau sebanyak RM202 juta telah dibelanjakan untuk tujuan kajian bagi pembinaan 3 batang jalan raya walaupun kos pembinaannya hanya 36% daripada jumlah keseluruhan kos pembinaan projek.
6.Kos bagi pembinaan 3 batang jalan adalah RM2 bilion. Namun kos laporan bagi 3 batang jalan ini adalah 11% daripada kos pembinaan- 400% lebih tinggi dari apa yang digariskan oleh Lembaga Jurutera.

7.Walaupun terdapat bahagian pada projek pembinaan terowong tersebut boleh dibatalkan pada kemudiannya, namun sebahagian besar dari pembayaran bagi kos perundingan telah dibayar sepenuhnya dalam bentuk tanah laut negeri yang sangat berharga.

8.Sejak tahun 2015, syarikat SPV terowong telah pun membangun dan menjual projek hartanah berjumlah RM800 juta di atas tanah bernilai RM220 juta yang telah mereka terima sebagai pembayaran bagi projek tersebut.

9.Manakala sehingga ke hari ini, belum ada sebarang pembinaan dimulakan walaupun untuk sebatang jalan. Tempoh asal pembinaan yang ditetapkan pada Januari 2015 telah ditangguhkan ke pertengahan 2019- dan nampaknya tiada sebarang penalty yang dikenakan oleh Kerajaan Pulau Pinang.
Eric See-To,

TANAH REZAB MELAYU : : KERAJAAN WAJIB PELIHARA AMANAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

RAJA-Raja Melayu dalam wasiat yang disampaikan pada 1957 mahukan Tanah Simpanan Melayu berada pada nisbah sehingga 50% di tangan orang Melayu yang merupakan rakyat asal bagi negara ini.

Namun, menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun lalu, sehingga 2016, Tanah Rizab Melayu (TRM) berjumlah sekitar 4 juta hektar (2013 : 4.1 juta hektar atau 31.19%). Setelah 60 tahun negara ini merdeka pun, wasiat Raja-raja Melayu masih belum berjaya ditunaikan.

Pendedahan oleh salah seorang ahli jawatankuasa Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Pn. Zaharah Sulaiman pada Konvensyen Kebangkitan Ummah baru-baru ini bahawa baki Tanah Rizab Melayu di negara ini semakin susut dan ia berpunca antaranya kerana Kerajaan membiarkan tanah ini dijual kepada bangsa asing untuk pembangunan dan Kerajaan juga tidak memulangkan (atau menggantikan) semula tanah ini, menunjukkan Tanah Rizab Melayu ini sedang diancam ‘kepupusan’.

Pembangunan adalah keperluan masyarakat pelbagai bangsa dalam negara ini. Namun, ia tidak wajar mengorbankan pemilikan dan hak rakyat asal negara ini yang telah diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu. Menunaikan hak adalah kewajipan pemerintah sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 58:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

"Sesunguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah-amanah kepada yang berhak..."

Kerajaan perlu segera bertindak membetulkan kesilapan ini. Amanah ini perlu segera disempurnakan. Kerajaan mesti mengambil tindakan segera yang lebih berkesan, komprehensif dan bersepadu bagi menangani isu penyusutan keluasan dan pembangunan Tanah Rizab Melayu di negara ini.

GUANG ENG PENIPU BESAR DAN MELAYU SOKONG DAP ADALAH MELAYU BANGSAT

Guan Eng selama ini hidup dalam penipuan dan putar belit sahaja. Apa sahaja dosanya, dia menuding jari pada orang lain sebagai pesalah. Cukup cukuplah bagi DAP perintah Pulau Pinang. Masa sudah tiba untuk rakyat Pulau Pinang bangkit dan tumbangkan rejim DAP ini. Hentikan dosa dosa ini.

Untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang kini Guan Eng melantik satu sebangsanya dalam PBT agar segala tindak tanduk mereka tidak dapat dihidu oleh orang melayu.

Dengan perlantikkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang baru ini akan menjadikan lagi segala pekong DAP akan dikatup serapatnya tanpa diketahui oleh orang bawahan.

Cara Guan Eng berkuasa sebagai KM dia bertindak dengan cara dia sendiri tanpa mengambil kira dari semua pihak. Apa yang keluar dari mulut harus diterima dan jika ditolak maka ada la yg akan terjadi..,dipecat, ditukar jabatan dan pelbagai lagi.

Begitu juga apa yang terjadi dengan perwakilan dari PKR yang begitu pantas menyuarakan hak rakyat.

Malah Ahli Pas yang duduk dalam Majlis juga dipecat tanpa ada silap kesalahan kerana tidak mahu mengikut kemahuan Guan Eng.

Yang jadi diluar jangka tidak adakah calon-calon yang sesuai dari orang Melayu yang mahu dilantik oleh Guan Eng sebagai Datuk Bandar.

Sedangkan jika diikut dari sistem tiada satu pun yang pernah memegang jawatan ketua berbangsa India atau cina dalam PBT atau MBPP.

Kenapa Guan Eng mengambil tindakkan ini sedangkan ramai lagi calon melayu?

Jika dilihat skandal rasuah Guan Eng juga banyak dan bagaimana isterinya terbabit dalam penjualan tanah.

Begitu banyak skandal Guan Eng selama 10 tahun dia memerintah Pulau Pinang. Kini skandal terbaru adalah pembinaan terowong didasar laut.

Selepas Guan Eng mengatakan kerajaan pusat menolak proposal utk membina jambatan ke3 dia mula dengan projek terowongnya.

Begitu byk dosa yg dilakukan oleh Guan Eng sehingga Ahli partinya juga sudah muak dengan sikap egoisnya dan tamak kuasa.

Kronisme. Itulah dosa  Lim Guan Eng. Contohnya, pada tahun 2016 Guang Eng bertindak memberikan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) kepada Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (DAP) selepas memecat ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Ping (PKR) dari jawatan tersebut. Dia juga menjual tanah di Lebuh Raya Peel bagi tujuan pembinaan hospital swasta, hotel dan bangunan komersil kepada kroninya di Singapura. Banyak lagilah dosa Lim mengenai amalan kronisme ini, termasuk melantik bini sendiri dalam PCCC. 

Jika nak dibuka pekong Guang Eng terlalu banyak kerana itulah rakyat seharusnya  menolak sekeras-kerasnya pentadbiran Lim Guan Eng.

Sebagai orang melayu Pulau Pinang kita harus menolak parti tamak ini.

Hanya dalam Pkr dan Pan yang masih merasa Dap ini bagus sedangkan apa yang berlaku kepada perwakilan Pkr dan agihan kerusi kepada Pan nampak tiada timbang rasa dan banyak berat Sebelah.

Yang masih mengatakan Dap ini bagus sebab masih mentadarah duit haram drariDap...
Sanggup jual diri...
Sanggup jadi balaci...
Sanggup dipijak..
Sanggup dihina...

Kini melayu yang menyokong Dap adalah melayu yg sanggup membangsatkan diri sendiri.

TOLAK DAP...TOLAK PAKATAN HARAPAN

Monday, 22 January 2018

CALON LOMPAT PARTI.., PPBM TUNTUT PAMPASAN RM20 JUTA ???

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengenakan sejumlah pampasan jika calonnya melompat parti setelah menang pilihan raya.

Demi memastikan kesetiaan wakil rakyatnya, ia menyediakan dokumen tetapi penasihat undang-undangnya enggan mengulas lanjut, lapor Sinar Harian.

“Selain mengangkat sumpah, kontrak dibuat agar tiada calon melompat parti dengan mengenakan sejumlah pampasan. 

“Perjanjian dibuat bagi melumpuhkan perkara yang mencatatkan demokrasi berparlimen,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Peguam itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pampasan yang dikenakan walau ada laporan yang menyebut ia bernilai RM20 juta.

“Ia mungkin akan menjengkelkan mata orang. Tetapi ia satu jumlah yang perlu untuk kembalikan sistem demokrasi berparlimen yang sihat,” katanya. 

Mohamed Haniff berharap langkah itu dapat menghalang “parti yang membuat duit haram daripada pentadbiran sebelum ini” tidak membeli wakil rakyatnya.

Wakil rakyat melompat parti dengan habuan wang disifatkannya “individu yang menjahanamkan kepercayaan rakyat terdahap sistem demokrasi berparlimen.” 

PAN HANYA DIPERBUDAKKAN DALAM PAKATAN


1. Hasrat PAN untuk mengambil-alih tempat PAS di dalam Pakatan Rakyat dahulu nampaknya tak kesampaian. Daripada 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS dahulu, PAN hanya diberikan 25 kerusi sahaja (38%), berbanding 35 yang diberikan kepada PPBM, 4 kepada PKR dan 1 kepada DAP.

2. Agihan kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia ini menunjukkan betapa PAN diperbudak-budakkan oleh rakan-rakannya dalam PH sehingga menyebabkan pemimpin PAN meluahkan kekesalan mengenai mereka terpaksa berkorban.

3. Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hasan berkata, “Hanya PAN yang sanggup berkorban untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri. Kita korbankan satu-satunya kerusi di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana. 

4. Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada PAN hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripada jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA.” Turut dibangkitkan adalah pengorbanan PAN “yang menjadi tonggak PH di Johor”, “isytihar Johor negeri barisan depan PAN” tetapi terpaksa menyerahkan Johor kepada PPBM.

5. Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mendedahkan Konvensyen Pakatan Harapan hampir tidak dilangsungkan bila timbul kebuntuan di dalam agihan kerusi ekoran ketegasan semua parti mempertahankan kerusi masing-masing dan hanya selesai setelah PAN setuju menyerahkan kerusi Titiwangsa kepada PPBM.

6. Paling ketara memperbudak-budakkan PAN ialah PPBM yang membolot kedua-dua kerusi PAN di Wilayah Persekutuan dan kedua-dua kerusi PAN di Perlis sehingga PAN langsung tidak memperolehi sebarang kerusi di dua negeri ini. Dua kerusi yang PAN tandingi di dalam Pilihan Raya Kecil pada 18 Jun 2016, iaitu kerusi-kerusi P67 Kuala Kangsar dan P93 Sungai Besar, pun dirampas oleh PPBM.

7. Ketamakan PPBM ini terserlah apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa PPBM meminta diperuntukkan bilangan kerusi Parlimen paling banyak di Semenanjung, asalnya sebanyak 80 kerusi. Turut memperbudak-budakkan PAN ialah DAP yang menyerahkan kerusi-kerusi P135 Alor Gajah dan P165 Tanjong Piai kepada PPBM hanya untuk mendapatkan kerusi P148 Ayer Hitam milik PAN.

8. Semoga layanan teruk terhadap PAN dalam soal agihan kerusi Parlimen di Semenanjung mampu menyedarkan pendokong PAN betapa 'perjuangan Islam' yang cuba mereka bawa sukar terlaksana melalui PH.

SUDAH LUPAKAH TUN M SIAPA YANG GELARNYA DIKTATOR, MAHAZALIM, MAHAFIRAUN ???


Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad agar dapat mengimbau kembali siapakah yang menggelarnya sebagai Diktator, Mahafiraun, Mahazalim dan pelbagai lagi gelaran ketika beliau berada di puncak kuasa dahulu.

Menurutnya, adakah Dr Mahathir sudah terlupa akan perkara tersebut.
“Hakikat sebenar, mereka yang memanggil Dr Mahathir sebagai “diktator autoritarian, Mahazalim dan Mahafiraun, yang tidak demokratik, dan telah menjadi kaya raya melalui korupsi” adalah mereka yang dalam Pakatan Harapan yang kini menjadi sekutu dan rakan politiknya.
“Mungkin dia lupa fakta penting ini, atau adakah dia sebenarnya cuba sindir sekutu politiknya sendiri?, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dalam catatan terbaharu di blognya sskeruak.blogspot.my.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat catatan dalam laman blognya dengan 1,300 perkataan dengan tajuk ‘The Dictator’.
Dr Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “Oleh itu, teruskan memanggil saya diktator autoritarian, Mahazalim dan Mahafiraun, yang tidak demokratik, dan telah menjadi kaya raya melalui rasuah. Itulah kebenaran, seluruh kebenaran dan tiada apa-apa selain kebenaran. ”
“Ia sebenarnya merupakan satu bentuk latihan sindiran dan psikologi terbalik untuk menepis segala tuduhan bahawa dia adalah diktator dan kleptokrat ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun,” ujar Salleh

APA MAKNA "TAWADHU"

"Barangsiapa yang merendahkan dirinya maka Allah سبحانه وتعالى akan mengangkat kedudukannya, darjatnya. Seseorang itu apabila dengan kemaafan maka Allah akan menambahkan kemuliaan dan dengan tawadhuk Allah سبحانه وتعالى akan mengangkat darjatnya."

"Ada orang mengatakan; "Saya tidak tawadhuk kerana nanti orang ingat saya mengaku kalah nanti orang ingat saya dhoif nanti orang ingat saya lemah."Tidak! Tidak! Logik akalnya itu bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ."

"Semakin kita merendah diri, semakin kita merendah hati maka semakin Allah akan melihat dan mengangkat darjat dan kedudukan seseorang. Di dalam hadis yang mahsyur daripada Rasulullah ﷺ; "Barangsiapa yang tawadhuk kerana Allah سبحانه وتعالى maka Allah akan mengangkatnya, Allah akan meninggikannya."

"Salah satu definisi sifat tawadhuk adalah remukan hati, perasaan yang terdapat dalam diri manusia bahawa dirinya adalah orang yang paling hina. Dirinya adalah yang paling rendah. Dirinya yang paling bawah daripada sekalian makhluk Allah سبحانه وتعالى."

"Dia melihat bahawa tidak ada sesiapa yang lebih rendah daripada dirinya. Dia juga melihat sesiapa sahaja lebih mulia daripada dirinya. Dia melihat semua orang lebih mulia daripada dirinya. Sifat tawadhuk berhajat kepada perasaan memandang kepada semua orang bahawa semua orang adalah lebih tinggi kedudukan, lebih hebat ,lebih diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Akan tetapi dalam masa yang sama dirinya juga berusaha untuk membaiki hatinya untuk mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Barangsiapa yang merasakan dirinya telah sempurna maka dia akan berada dalam kejatuhan demi kejatuhan. Dia berada di dalam kemuncak kemunduran apabila dia merasakan dirinya berada di atas.

"Dia merasakan dirinya telah sempurna dan dia melihat orang lain semuanya kecil maka pendapat orang lain tidak lagi digunakan tapi dia merasakan pendapatnya adalah yang paling betul sekali. Dia merasakan kefahamannya adalah yang paling betul sekali dan dia melihat semua orang kecil dan kecil kerana sifat yang berlawanan yang berada di dalam dirinya iaitu sifat takabbur."

"Sifat takabbur adalah sifat iblis kerana takabbur itu iblis dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى sehingga dijatuhkan kedudukannya, diusir dan dikutuk oleh Allahسبحانه وتعالى sehingga dikeluarkan dengan penuh kehinaan. Demikian kehinaan sifat takabbur maka lawannya itu sifat tawadhuk."

"Sifat tawadhuk itu adalah sifat Rasulullah ﷺ dan ianya adalah sifat Para Nabi, Para Rasul, Kekasih-Kekasih Allah, orang-orang soleh yang mana setiap orang yang memakaikan dirinya dengan sifat tawadhuk maka dia akan memandang walaupun anjing kurap sekalipun tidak lebih rendah daripada dirinya."

"Dia merasakan dirinya yang lebih rendah. Demikian Ulama Tasawwuf mengatakan; "Barangsiapa yang memandang anjing kurap itu lebih hina daripada dirinya maka dia masih ads sifat takabbur dalam dirinya." Bermakna jika seseorang itu memandang dirinya lebih hebat, lebih mulia daripada anjing kurap maka masih ada sifat takabbur dalam dirinya."

"Maka hakikat sifat tawadhuk itu adalah tidak merasakan dirinya telah mencapai kepada sifat tawadhuk kerana tawadhuk itu adalah satu sifat yang sempurna, sifat yang mulia, sifat yang tinggi. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan sifat tawadhuk tetapi bagaimana daya upaya kita untuk mencapai sifat tawadhuk sekali-kali tidak boleh seseorang itu mengaku mengatakan; "Saya sudah tawadhuk. Saya sudah merendah diri. Saya sudah mencapai sifat tawadhuk dalam diri."

"Kerana seseorang yang mengaku dalam dirinya sahaja; "Aku dah tawadhuk. Aku dah rendah diri. "Bermakna dia belum mencapai sifat dan hakikat kepada sifat tawadhuk itu kerana hakikat tawadhuk ini adalah dia tidak akan merasakan dirinya sudah mencapai kesempurnaan."

"Dia akan pergi dan pergi terus tenggelam di dalam kebesaran dan kehebatan Allah سبحانه وتعالى. Allah Yang Maha Tinggi. Allah Yang Maha Sempurna. Di dalam kalangan makhluk tiada siapa yang lebih sempurna melainkan kekasih-Nya, Baginda Rasulullah ﷺ."

‎اللَّهُمَّ صَل

ِّ وسَلِّم وبَارِك عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الفاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، والخاتِم لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الحقِّ بَالحَقِّ، والهادي إلى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ، صلَّى اللهُ علَيهِ وعَلَى آلِهِ وصحبِهِ، حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيم.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sunday, 21 January 2018

AZMIN DAN MUKHRIZ: PM, TPM BAYANGAN PEMBANGKANG SEBENAR ???

Ada yang belum beres dikalangan pembangkang apabila pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya PH menang PRU 14 terus dipertikai.
Paling ketara PKR Selangor menolak pencalonan beliau kerana berpendapat Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali lebih layak.
Menariknya, Dr Mahathir sendiri dalam sidang media pada Selasa mengakui Azmin berkebolehan bagi jawatan perdana menteri tetapi tidak dipilih.
Menyedari ia bakal mencetuskan kontroversi, Pengerusi PH itu menegaskan bahawa media tidak perlu tahu mengenai perkara itu kerana ia isu dalaman pembangkang.
Sebenarnya, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor memang layak dicalonkan jawatan perdana menteri.
Bagaimanapun, PH lebih percaya ‘aura’ Dr Mahathir untuk menarik rakyat menyokong pembangkang pada PRU kelak.
Jangan terkejut sekiranya PH menguasai kerajaan, Azmin akan dilantik sebagai perdana menteri, bukannya Dr Mahathir.
Cerita beliau sebagai perdana menteri sementara sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pengampunan untuk dilantik menerajui negara boleh diibarat cerita dongeng.
Itu hanya sandiwara Dr Mahathir dan Anwar kerana masing-masing tahu, mereka sudah tidak mampu mengisi jawatan tersebut.
Apatah lagi, Anwar tidak boleh bertanding sama ada bagi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tempoh lima tahun selepas pembebasannya 8 Jun ini.
Jangan pelik, jika PH menguasai kerajaan, Azmin akan dilantik kerana beliau mendapat kepercayaan Dr Mahathir dan Anwar.
Tentu kedua-dua mereka sudah merancang selain Azmin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Lim Guan Eng akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.
Ketiga-tiga mereka dijangka bertanding kerusi parlimen dan DUN pada pilihan raya nanti.
Bagi Dr Mahathir, kedudukan Mukhriz lebih penting daripada kerusi perdana menteri yang pernah beliau duduk selama 22 tahun. Itulah perjuangan beliau sehingga keluar UMNO dan menubuhkan PPBM, seterusnya berkomplot dengan pembangkang.
Cuma Azmin kini mungkin diberi tanggungjawab besar bagi mendapatkan PAS supaya bersama-sama PH memenangi PRU 14.
Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha sebelum ini dilaporkan berkata, rundingan senyap sedang berlaku diperingkat tertinggi parti PKR dengan PAS terutama di Selangor bagi membolehkan kerjasama sedia ada diteruskan pada pilihan raya nanti.
Ini tidak mustahil kerana PAS sebenarnya berpecah lagi dengan satu kumpulan menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala satu lagi tidak setuju Ahli Parlimen Marang itu ‘rapat’ dengan pemimpin UMNO.
Peluang inilah yang diambil Azmin bagi memastikan pemimpin PAS yang anti Hadi untuk turut serta bersama PH menewaskan UMNO dan Barisan Nasional.
Jika perancangan ini berjaya, Azmin membuktikan bahawa beliau memang layak dicalonkan sebagai perdana menteri bukannya Dr Mahathir seperti diuar-uarkan PH kerana itu hanyalah sandiwara pembangkang bagi menarik sokongan rakyat.

SKANDAL-SKANDAL KERAJAAN DAP PULAU PINANG 2008 - 2018

Skandal-skandal kerajaan DAP Pulau Pinang 2008 – 2018 (Ada lagi ka Melayu yang nak jadi khadam DAP harbi?) 

1.Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa
10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.
31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.
37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.