ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Monday, 29 September 2014

GAMBAR-GAMBAR RIBUT DI SHAH ALAM & BANJIR DI KAJANG

 RIBUT DI SHAH ALAM
BANJIR DI KAJANG
Penduduk Shah Alam cemas seketika apabila hujan beserta angin kuat turut melanda beberapa kawasan di bandar raya itu petang tadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 2.30 petang itu turut menyebabkan berpuluh pokok besar tumbang malah ada yang melintang di atas jalan raya yang menghalang lalu lintas.

Beberapa kenderaan juga turut rosak akibat ditimpa pokok yang kebanyakannya dilaporkan sekitar kawasan Bukit Jelutong, Shah Alam.

Kejadian ribut kira-kira 10 minit itu juga turut merosakan beberapa struktur bangunan di SK Bukit Jelutong.

Lebuhraya NKVE juga mengalami kesesakan sepanjang 200 meter selepas sebatang pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.
Shah Alam ; Bukut Jelutong dan Taman TTDI Jaya antara kawasan yang terjejas teruk











Manakala di Kajang banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk di kawasan pekan apabila beberapa jalan utama di kawasan tersebut dinaiki air.

Sejak beberapa tahun ini, pekan Kajang seringkali dilanda banjir kilat dipercayai akibat masalah saluran air dan pembinaan MRT.

Jalan-jalan yang biasa dinaiki air di Kajang adalah Pasar Kajang dekat Jalan Bukit dan sekitar pusat tumpuan ramai di Jalan Tun Abdul Aziz.

Selain sekitar pusat beli-belah Plaza Metro.

Kali terakhir banjir kilat di pekan tersebut adalah pada Mei lalu

Sementara itu, hujan lebat selama kira-kira dua jam yang melanda lembah Klang sejak jam 3.00 petang, menyebabkan beberapa kawasan lalu lintas di beberapa kawasan sesak teruk dan bergerak perlahan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Skuad Bantuan Awal Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Facebook (FB) antara kawasan yang mengalami kesesakan teruk itu adalah di Ampang Park dan Jalan Yew.

Laluan trafik bergerak perlahan membabitkan antaranya di Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Bulatan Pahang, Jalan Kinabalu , Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Mahameru dan Jalan Cheras.

Sehubungan itu, ITIS DBKL menyarankan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu semasa hujan, nyalakan lampu kenderaan, jaga jarak serta laju kenderaan.

Dalam pada masa sama, Stormwater Management And Road Tunnel (Smart) ditutup kira-kira jam 4.30 petang dan sistem banjir beroperasi.

Bagaimanapun, info yang dikeluarkan menerusi laman Twitter turut memaklumkan terowong Smart dalam proses pembukaan kira-kira jam 5.15 petang.

Kajang ;
kajang banjir-5

kajang banjir-2

kajang banjir-3

kajang banjir-3


PasMa MULA LANCARKAN SERANGAN KE ATAS PAS TERNGGANU


Menurut laporan The Malaysian Insider,  PasMa akan dilancarkan di negeri Presiden PAS, iaitu Terenganu pada hari ini.

Antara speaker yang bakal berucap di majlis pelancaran yang akan diadakan di Besut ialah Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas Setia Usaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato' Omar Abu Bakar.

Dari keempat-empat speaker yang dinamakan, kemunculan bekas pegawai Dr Mahathir menimbulkan tanda tanya kepada kita semua.

Siapakah Dato' Omar Abu Bakar?

Omar dikatakan pernah menjadi Setia Usaha Akhbar Dr Mahathir menjadi ahli PAS melalui pentauliahan TG Nik Aziz dalam suatu majlis gilang gemilang pada 6 Oktober 2012, di Setiu, Terengganu (foto atas), yang turut disertai oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.

Dari seorang yang tidak dikenali Omar menjadi popular apabila beliau berucap dikhalayak ramai dan mengaku terlibat dalam membuat surat Ummi Hafilda yang melaporkan perbuatan liwat DS Anwar Ibrahim keatas pemandunya Azizan Abu Bakar, pada 9 April 2013.

Dalam ucapannya yang dipetik oleh Keadilan Daily, Omar dilaporkan sebagai berkata,
“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).  
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini). 
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu)" 
Maklumat lain berkenaan Omar Abu Bakar

Menurut blog Kelab Greenboc, Omar adalah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kepada 3 bekas Menteri Pertahanan iaitu ketika disandang oleh Tun Abdul Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir.

Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman diera TS Wan Mokhtar.

Malahan Omar juga dikatakan sebagai bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan Setia Usaha Semangat 46 Bahagian Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (sekarang Air Puteh Kemaman) pada PRU 1990.

Sejauh Mana Keakraban Omar dengan Dr Mahathir?

Dari maklumat dari blog Kelab Greenboc di atas, Dr Mahathir adalah Menteri Pertahanan terakhir Omar berkhidmat. Untuk rekod Dr Mahathir menjadi Menteri Pertahanan untuk tempoh 1981 - 1986.

Bermakna hubungan Omar - Dr Mahathir hanyalah setakat itu.

Selepas itu, beliau telah menyertai parti Semangat 46 (bermula 1988) dan berpandukan kepada penggabungan Semangat 46 dan UMNO, ia hanya berlaku pada 1996.

Sementara itu, surat Ummi Hafilda yang melaporkan salah laku Anwar kepada Dr Mahathir dibuat pada 1997, dengan sendirinya tidak menunjukkan sebarang logik atas dakwaan Omar yang beliau terlibat dalam penulisan surat tersebut.

Senjata Makan Tuan

Dari sambutan gilang gemilang oleh pemimpin-pemimpin PAS keatas penyertaan Omar Abu Bakar sebagai ahli PAS, kini bolehlah diibaratkan sebagai senjata makan tuan.

Mungkin tujuan asal adalah untuk menjadi Omar sebagai senjata untuk membunuh UMNO Terengganu, akhirnya PAS bakal menerima pada apabila Omar telah memulakan peranan memecah belahkan PAS Terengganu.
Credit : Akar Umbi

DAP SALAHKAN PAS KALAH DI PENGKALAN KUBOR


Beberapa hari lalu Mursydul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu DAP dan PKR turut sama menerima kekalahan calon parti itu pada PRK DUN Pengkalan Kubor bukan menyalahkan PAS semata-mata.

Alasan bekas Menteri Besar Kelantan itu, Wan Rosdi Wan Ibrahim adalah calon Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, Penasihat DAP Lim Kit Siang sukar menerima kenyataan Nik Aziz malah memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kelantan mungkin jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, perkara itu mungkin berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, terus berlaku di kawasan-kawasan lain di negeri itu, selepas Pengkalan Kubor.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.

“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya Ahad malam.

Bagaimanapun, amaran Ahli Parlimen Pasir Gudang itu disambut sinis oleh ahli jawatan kuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan.

nasrudintantawi_400_260Menulis di laman facebooknya, ahli parlimen Temerloh dan bekas Ketua Pemuda PAS itu mempersoalkan kekalahan DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan beberapa bulan lalu.

“YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubor adalah isyarat BN akan merampas Kelantan. Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan,” tulis beliau.

Nasrudin turut memuat naik fakta tiga PRK yang dihadapi PKR, DAP dan PAS bagi menggambarkan peratusan kekalahan calon partinya lebih kecil berbanding sekutunya itu.

Nasib baik beliau tidak menyentuh pemimpin PKR dan DAP yang tidak membantu kempen di Pengkalan Kubor.


photo
Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang DUN itu allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13.

SEBARAN SEGERA ; FOTO PERAGUT YANG POTONG TANGAN MANGSA RAGUT


Kes ragut depan kedai telur Pasir Puteh, Kelantan., berhampiran stesen minyak Petron.
Peragut mengelar tangan magsa untuk dapatkan gelang emas yang banyak dipakai mangsa.

Menurut sumber..mangsa adalah pemilik kedai menjual telor.


JAWATAN TIMBALAN SPEAKER : PAS BELUM PUTUSKAN SAMA ADA TERIMA ATAU TIDAK !!!


PAS belum memutuskan sama ada menerima atau tidak jawatan Timbalan Speaker Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad  berkata, pertemuan exco dan bekas exco PAS dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam Sabtu belum memutuskan pendirian berhubung perkara tersebut.

"Pada pertemuan Exco dan mantan Exco PAS dengan Presiden malam tadi belum diputuskan sama ada PAS akan terima Timbalan Speaker," katanya dalam satu tulisan ringkas di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.

Azmin membariskan pasukan exconya mengikut komposisi 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Dua exco dari PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Manakala seorang lagi muka baru adalah Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib. 
Harakahdaily-29/9/2014

@PDRMsia AKAN BURU ALVIN TAN HINGGA "LUBANG CACING" - @KBAB51


KITA AKAN BURU ALVIN TAN HINGGA "LUBANG CACING"...
Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya.

Utusan melaporkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.

Menurut khalid, siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.

MEMANG SAH, ADA "BARUA & BROKER" DALAM PAS !!!


MEMANG benarlah apa yang dikatakan oleh Hadi Awang dalam muktamarnya baru-baru ini di Johor. Dalam Pas sudah ada BARUA dan BROKER yang semakin menghancurkan parti.

Kenyataan Hasnul Baharuddin, Adun Pas Morib baru-baru ini dalam majlis makan malam anjuran DAP mengesahkan yang beliau tidak kisah kalau namanya tidak tersenarai dalam calon Pas pada PRU14 akan datang.

Hasnul boleh bertanding atas tiket DAP.

Tepukan gemuruh diberikan kepada Hasnul oleh tetamu yang hadir yang 100% adalah Cina DAP.

Dalam hati ahli DAP, seorang lagi pemimpin Pas telah MURTAD.

Tidak hairan apabila Hasnul berkata sedemikian apabila dia akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS tidak lama lagi. 

Kalau orang sebegini tidak dibuang atau dipecat tak tau lah nak kata apa.

Sedangkan Hasan Ali yang merampas arak, menceroboh gereja yang memurtadkan orang Islam boleh dipecat, tak kan Hasnul dan Saari dapat keistimewaan.

BARUA ini lah yang sepatutnya dibuang dari dulu.

BROKER dari PKR harus dicari......

PAS KELANTAN YAKIN KEKAL PRU 14


Takiyuddin Hassan
KOTA BHARU – Mungkinkan PRU14 akan mengubah kerajaan Pas Kelantan yang sebelum ini menjadi kepercayaan utama rakyat Cik Siti Wan Kembang ini?

Itulah persoalan yang timbul  selepas PRK Pengkalan Kubor berakhir Khamis lalu menyaksikan kejutan apabila BN  menang  besar dengan pertambahan majoriti  hampir 1,000 undi berbanding PRU13 tahun lalu.

Lantaran itu juga, banyak reaksi penganalisis mahupun pemimpin PR sendiri yang menyatakan kebimbangan Pas bakal kehilangan Kelantan pada PRU14 nanti jika trend pengundian di Pengkalan Kubor berterusan pada PRK 14 nanti.

Mengulas perkara itu,  Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan  berkata, PRK Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada kepercayaan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan Pas.

Malah, katanya, ia langsung tidak mematahkan semangat kepimpinan yang ada untuk memastikan PRU14 nanti tercipta kejayaan baru bagi Pas di Dun itu.

“Ini hanya PRK sahaja, tambahan pula Pengkalan Kubor adalah kawasan BN, saya lihat masih ada lagi kekurangan di Dun tersebut, dengan kebajikan rakyat dan pembangunan yang masih belum dibangunkan, maka kami akan bekerja keras lagi selepas ini, tiada unsur kelemahan Pas di sini, kami sentiasa optimis untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang memberi amaran Pas Kelantan akan jatuh ke tangan BN jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap parti itu dan PR turut berlaku di kawasan lain.

Terdahulu sebelum ini,  Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat juga didakwa membayangkan perkara yang sama selain turut menyatakan sokongan terhadap Pas Kelantan menurun sehingga ke 50 peratus, sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh jawatankuasa pusat parti itu.

Malah, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kemenangan BN di Pengkalan Kubor akan dijadikan contoh untuk parti itu menawan Kelantan dalam PRK14 nanti.

Dalam pada itu. Takiyuddin yang juga Penasihat  Jentera Operasi  Pas PRK Pengkalan Kubor berkata, walaupun Pas kalah, pihaknya akan merancang dan memastikan pemerintahan Pas Kelantan dikekalkan.

“Kita tidak ada masalah dengan pandangan-pandangan mana-mana pihak, kita mempunyai persiapan sendiri, perancangan yang kukuh dan usaha yang telah diaturkan, bagi saya, kenyataan (Lim Kit Siang)  hanya pandangan peribadi.

“Apa yang penting, saya tegaskan sekali lagi, Pas tidak sesekali lemah dengan kekalahan tersebut, kita sedikit pun tidak tergugat dengan pandangan-pandangan yang dilontarkan, walaupun saya mengakui pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada PRU14 nanti, tapi kami tidak akan mengalah, kami sentiasa bersiap sedia dan berusaha untuk buat yang terbaik,” katanya.

GERAM : FOTO JURUJUAL "GORES & MENANG" KENA BELASAH !!!


Kisah sindiket "Gores & Menang" menipu rakyat Malaysia ni bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun berlaku.

Walaupun ramai yang putih mata tertipu bila barang dijanjikan jauh lebih murah daripada nilai wang dikeluarkan atau ada tu memang tak dapat apa pun lepas dah bagi duit, masih ada saja mangsa baru berjaya diperdaya sindiket ini.

Tapi mungkin sebab dah selalu disiarkan media kes-kes macam ini, masyarakat akhirnya mula sedar dan waspada hingga penipu dengan modus operandi gores dan menang makin susah cari makan.

Kesannya, anggota sindiket ini mula mengalih perhatian pada mangsa yang lebih mudah ditipu terutama warga emas.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Seorang lelaki yang cuba menipu seorang warga emas di Kelantan Khamis lalu, dibelasah oleh waris mangsa yang cuba ditipunya sampai terkoyak pakaian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Gambar penipu tersebut selepas dibelasah kini tersebar di laman siber.

Maka kepada para penipu gores dan menang di luar sana sila ambil perhatian – jika selama ini cuma peragut dan perompak biasanya dibelasah orang ramai yang berang dengan perbuatan jahat mereka kini anda pun mungkin mendapat akibat sama kalau tertangkap.

Jadi hentikanlah buat kerja menipu orang tu, banyak lagi cara lain untuk cari duit halal.
 -MYNEWSHUB.CC

Sunday, 28 September 2014

GODAM MESIN ATM GUNA KAD SIM TELEFON, LEBIH SETENGAH JUTA LESAP


Kuala Lumpur – Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.

Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

“Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang,” katanya.

Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.

Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping.

“Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil,” menurut sumber polis itu.

Katanya rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.

Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang semalam.

Katanya, pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang.

Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit.

Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad.

Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit kepada setiap bank pada 2003. – BERNAMA