ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Friday, 30 May 2014

TANPA HUDUD, NEW ZEALAND & SWEDEN TETAP SELAMAT - DR ASRI



BANGI: Memastikan kebajikan masyarakat Islam tidak hanya terletak kepada undang-undang semata-mata, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Negara-negara seperti New Zealand dan Sweden tidak mempunyai hudud tetapi negara-negara tersebut selamat kerana ia tidak sekadar bergantung kepada undang-undang.

"Ia memerlukan masyarakat dan tadbir urus moral yang baik dan sudah tentu pemerintah yang baik," katanya pada forum bertajuk 'Muzarakah Jenayah Syariah Kebangsaan', di Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis.

Bekas mufti Perlis ini menegaskan bahawa pelaksanaan hudud oleh PAS hanya boleh dilakukan jika ahli parlimen dapat mewujudkan persekitaran yang menyamai zaman Nabi.

"Semasa zaman Nabi, semuanya yang 'halal' dapat dilakukan dengan mudah.

"Ambil perkahwinan sebagai contoh, cara terbaik untuk mengelakkan zina ketika itu mudah, tetapi kini, ia telah menjadi satu urusan yang meleret-leret dan mahal," kata Dr Asri, ketika berucap di hadapan 300 orang yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik dan pakar-pakar agama.

Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Shamrahayu Abdul Aziz juga berpendapat bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular seperti yang dikemukakan oleh beberapa orang.

"Memang ada ruang untuk perbincangan dan kita perlu memahami sama ada atau demokrasi yang sedia ada adalah serasi dengan sekular.

"Rangka kerja dan asas mungkin kebaratan tetapi ahli parlimen kita berpegang kepada agama mereka apabila melaksanakan undang-undang, oleh itu agama memainkan peranan dalam undang-undang," katanya, sambil menambah Malaysia sentiasa terikat kepada Islam.

MStar

TRAGIS !!! BUDAK PEREMPUAN DITEMUI MATI DALAM KEADAAN KEPALA BERCERAI DARI BADAN !!!

Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.
"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. 

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
MyMetro

JADILAH HAMBA YANG SELALU BERSYUKUR



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam sejahtera buat sahabat semua, semoga senantiasa ceria dan dalam lindungan Allah SWT.

Sebagai seorang manusia yang memenuhi tuntutan agama Insyallah, tentunya pernah bertanya kepada diri sendiri soalan berikut, "Kenapa kadang seseorang itu sentiasa mendapat kegembiraan seperti; dapat naik pangkat dengan cepat, murah rezekinya dan lain-lain sedang orang itu selalu melakukan kemungkaran?

Haruslah diingat bahawa penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah. kepada hamba-hambanya bukanlah disebabkan Allah sayang kepadanya tetapi, kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan orang tersebut. Sebagaimana firman Allah yang mana saya ingat lebih kurang,Adakah manusia itu menyangka mereka dihidupkan di dunia ini tanpa diuji ?

Allah akan menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kesedaran insan tersebut yang mana. jika dia seorang hamba Allah yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dia akan sentiasa sedar akan kelemahan dirinya dan akan bersyukur dengan kurniaan tersebut dan berubah untuk menjadi insan yang terbaik, tetapi jika berlaku yang sebaliknya maka dia telah menimbulkan kemurkaan Allah yang Maha Penyayang.

Teringat saya pada penjelasan seorang Ustaz semasa saya berada di peringkat Sekolah Rendah dulu, yang mana rakan saya ada bertanya kepada Ustaz tersebut,“ Mengapakah setelah acap kali kita berdoa dan memohon kepada Allah untuk dikurniakan sesuatu, tetapi masih belum mendapat apa yang dipohon?? Ustaz saya menjawab, “Itu adalah tanda Allah menyayangi kita, kerana apa...!, kerana Allah mengetahui kalau kita masih belum memiliki apa yang kita pinta kepadaNya, kita akan terus meminta dengan berdoa dan mengingati Allah.

Sesungguhnya Allah amat rindu kepada suara-suara hamba-hamba yang telah diciptakanNya merayu dan memujiNya. Bayangkan, jikalau sekali kita bermohon sesuatu kurniaan dan terus Allah kurniakan, berkemungkinan besar kita sebagai manusia yang mempunyai hawa nafsu akan menjadi taksub dan lupa diri dari mensyukuri nimat yang telah Allah kurniakan.

Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita daripada timbangan dosa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah.

Thursday, 29 May 2014

PENGUSAHA TASKA RUGI RM300,000 DITIPU SINDIKET !!!


MELAKA - Pihak polis sedang mengesan lapan pemilik akaun bank komersial tempatan yang dipercayai digunakan sebuah syarikat dalam penipuan menyebabkan kerugian kira-kira RM300,000 kepada seorang pengusaha Taska.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Superintenden Ee Khong Koy berkata semua akaun terbabit yang disyaki milik warga tempatan digunakan syarikat yang dipercayai beroperasi di Hong Kong sebagai medium transaksi pemindahan wang dalam tempoh 10 hari bermula 8 April lepas.



Beliau berkata pada mulanya wanita berusia 36 tahun yang berasal dari Semabok dimaklumkan sebagai pemenang cabutan bertuah tempat ketiga kerana pernah membeli seutas jam tangan melalui Internet bernilai RM8,800 dari syarikat terbabit pada September tahun lepas.



"Mangsa dimaklumkan perkara tersebut melalui panggilan telefon pada 8 April lepas oleh pekerja syarikat tersebut dan ditawarkan lima tiket penerbangan ke kutub selatan dan Argentina," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.



Beliau berkata mangsa yang menolak pemberian tiket tersebut bagaimanapun ditawarkan wang tunai RM150,000 sebagai ganti.



Ee berkata mangsa kemudian diarahkan untuk melakukan beberapa transaksi ke akaun berlainan didakwa sebagai proses bayaran guaman syarikat untuk tawaran tersebut selain ditawarkan melabur dalam sebuah syarikat saham di Eropah sehingga boleh memperoleh keuntungan lebih RM3 juta dalam tempoh dua hari.



Sementara itu dalam kes berlainan, polis sedang mengesan seorang bekas penyambut tetamu sebuah hotel di Bandar Hilir bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan penggunaan kad kredit seorang pelancong wanita warga Indonesia melibatkan kerugian RM8,600.



Ee berkata suspek Siti Norakmal Abdullah , 23, dari Pontian, Johor ketika kejadian bertugas di bahagian kaunter pendaftaran disyaki mengambil kad kredit milik suri rumah berusia 55 tahun tersebut yang tertinggal selepas membuat pembayaran deposit untuk menginap di hotel terbabit pada 21 April lepas.  



"Suspek menghilangkan diri serta tidak hadir bekerja dan kad kredit mangsa didapati telah digunakan untuk membeli pelbagai pakaian berjenama melibatkan sembilan transaksi pembayaran pada 22 dan 23 April," katanya.



Beliau berkata penipuan kad kredit itu diketahui mangsa setelah wanita terbabit melaporkan kehilangan kad kreditnya pada sebuah bank di Jakarta melalui panggilan telefon pada 23 April.



Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, ASP Hasbullah Abd Rahman di talian 019-2229996. - Bernama

JENAZAH ALMARHUM SULTAN PERAK SELAMAT DIMAKAMKAN



KUALA KANGSAR - Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang.


Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah.
   
Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.
   
Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas 'Seraja Diraja' berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan.
   
Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah. Sebanyak 86 das tembakan dilepaskan ke udara daripada dua meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke masjid.
    
Ribuan rakyat jelata beratur di sepanjang jalan ke masjid berkenaan bagi melihat jenazah Sultan yang dikasihi buat kali terakhir.
  
Selepas disembahyangkan, jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid berkenaan untuk istiadat pemakaman.
  
Solat jenazah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan iaitu Ustaz Mohd Helmi Ibrahim manakala talkin dibaca oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
  
Doa pula dibaca oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.

Permaisuri Tuanku Bainun mendahului keluarga Diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam Almarhum dengan diiringi bacaan selawat.

  
Ini diikuti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Shahar Shah.
    
Ia seterusnya diikuti Raja Kecil Besar Perak Raja Iskandar Zulkarnain dan isteri Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta kerabat Diraja dan pembesar-pembesar.
    
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menjirus air mawar dan menabur bunga di makam baginda.
    
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Datuk Mohd Yusop Husin, pemimpin kerajaan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar.
    
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada 1.30 tengah hari semalam.

Bernama

BoyZ0CgIYAAaPNB.jpg-large
IMG-20140529-WA0087

USUL MANSUH RAMD AKAN DIBAWA JIKA MENANG PRK TELUK INTAN - DYANA SOFYA


SELEPAS statement calon DAP Teluk Intan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud di parlimen jika menang, kali ini statement panas daripada wakil DAP ini semakin berbaur perkauman walaupun kepada kaumnya sendiri.

Mansuhkan Rejimen Askar Melayu Di Raja.

Jika calon DAP ini menang, satu usul akan dibawa ke parlimen untuk membuka penyertaan kaum lain terutama bangsa Cina ke dalam Rejimen Askar Di Raja. Dan seterusnya membuang terus perkataan Melayu kerana dikatakan kerajaan Malaysia lebih mengutamakan Melayu daripada bangsa lain.

Dalam ucapan ceramahnya baru-baru ini di Teluk Intan di atas pentas Ceramah Perdana DAP, calon DAP ini menegaskan yang Malaysia ini bukan hanya untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa lain juga termasuk kaum Cina.

Tidak menjadi kesalahan jika bangsa Cina diberi pelepasan untuk bersama-sama bangsa Melayu dalam rejimen ini kerana Malaysia berbilang kaum dan bangsa.

Katanya lagi dalam ceramah tersebut, kaum Cina dan India juga harus diberikan keistimewaan sebagai 1st class citizen. Walaupun kaum India masih lagi berselipar di dalam estate, namun hak keistimewaan haruslah diselaraskan merangkumi pelbagai kaum.

***************************************

Punyalah taksub dengan DAP hingga mengkhianati bangsanya sendiri. 

Ini adalah suara Kit Siang Komunis yang mahukan kesamarataan. Dan terserlahlah yang Dyana Sofya hanya membawa suara DAP bukan suara pelbagai kaum.

Begitu mengagongkan Kit Siang hingga sanggup menghapuskan hak Melayu itu sendiri.
Credit : JAWABERNAM

SUAMI ABBY ABADI LAKUKAN DUA KALI LAFAZ CERAI

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah. 

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Mereka bernikah di Selatan Thailand. Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

MStar

LAGI KEMALANGAN BAS EKSPRESS DI KM 14 JALAN BENTONG-RAUB


BENTONG - Masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan berita kemalangan melibatkan bas ekspres di Kilometer 14, Jalan Bentong - Raub yang berlaku semalam yang hanya tiga kilometer dari lokasi kemalangan bas melibatkan tiga kematian, 12 April lalu.

Seramai 30 penumpang dan pemandu bas nyaris maut apabila bas yang dinaiki bergesel dengan sebuah lori tiga tan membawa muatan sayur-sayuran.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang di mana bas terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya, empat mangsa termasuk pemandu, dua penumpang bas dan kelindan lori mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu ialah Marudi Omar, 55 (pemandu bas), Uswatul Hasanah Ahmad,23, Nur Adilla Abdullah,24, dan Ridhwan Muhammad,27 (kelindan lori).

Marudi yang berasal dari Kota Bharu dikatakan patah di pergelangan tangan kanan, luka di pipi kanan dan luka-luka kecil di lengan akibat terkena serpihan cermin.

Uswatul yang berasal dari Klang cedera di selaput mata kanan manakala Nur Adliha yang berasal dari Kota Bharu cedera di dahi kanan. Mohd Ridhwan yang berasal dari Masai, Johor pula mengalami kecederaan di dahi kanan.

Difahamkan lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Selayang untuk menghantar sayur-sayuran ke pasar Raub.

Mohamad Mansor berkata, kesemua mangsa yang cedera termasuk pemandu bas yang patah pergelangan tangan kanan telah di bawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 9487 dan siasatan masih giat dijalankan.

“Kita masih menyiasat punca kejadian dan berharap mana-mana saksi supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
SH

BIOGRAFI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

img_sultanperakSULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.
D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s Inn.
Sekembalinya dari United Kingdom, D.Y.M.M. Tuanku telah memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudiannya, Tuanku telah memasuki Perkhidmatan Undang-Undang Dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen. D.Y.M.M. Tuanku kemudiannya telah dilantik ke dalam jawatan-jawatan berikut: sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Pada tahun 1965, ketika hanya berusia tiga puluh tujuh tahun, D.Y.M.M. Tuanku telah dinaiktarafkan ke Kerusi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sebagai hakim termuda yang pernah dilantik di dalam sejarah kehakiman Komanwel. Pada tahun 1973, Tuanku telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1979, Tuanku telah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, jawatan yang dipegang sehingga perlantikan Tuanku sebagai Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982.
Tanggal 1 Julai, 1983, D.Y.M.M. Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb Februari, 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34. D.Y.M.M. Tuanku telah ditabalkan secara rasmi pada 9hb Disember, 1985.
Sumbangan dan kerja-kerja amal D.Y.M.M. Tuanku telah banyak memberi faedah khususnya kepada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi. Di antara jawatan-jawatan yang pernah dijawat oleh Tuanku adalah sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia (4hb Oktober, 1971 – Februari, 1984), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1hb November, 1974 – 31hb Oktober, 1976) dan sebagai Canselor Universiti Malaya sejak 8hb Februari, 1986.
D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30hb Jun, 1979 dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 28hb Jun, 1980. Kecemerlangan dan pencapaian Tuanku juga telah diiktiraf oleh pelbagai universiti luar negara, seperti University of Nottingham yang telah menganugerahkan Tuanku dengan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang pada 11hb Julai, 1986 diikuti oleh Lincoln’s Inn, London yang menganugerahkan Tuanku dengan “Kerusi Kehormat” pada tahun 1988. Di samping itu, D.Y.M.M. Tuanku juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, Indonesia pada 28hb September, 1990, oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30hb Oktober, 1990 lantas diikuti oleh Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand pada 19hb Disember, 1990. Pada 2hb Oktober, 1991, D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Keahlian Kehormat The Royal College of Physician of Ireland. Anugerah yang sama juga telah diberikan oleh Royal College of Surgeons of Ireland, The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada tahun 1999.
Berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam perkhidmatannya, D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat samada di peringkat Persekutuan mahupun dari luar negara. Di antaranya adalah D.K.;D.K.M.; D.M.N.; D.K.(Kelantan), D.K. (Terengganu); D.K. (Perlis); D.K. (Johor); D.K.(Selangor); D.K.(Kedah); D.K.M.B.(Brunei); D.K.(Negeri Sembilan); D.K.(Pahang); S.S.M.; P.M.N.; P.S.M.; S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.; S.I.M.P.; The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand); Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea); Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum (Jepun); Civil Order; 1st Class (Oman) dan Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile); Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia); dan Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.). D.Y.M.M. Tuanku juga telah dikurniakan The PAUL HARRIS FELLOWSHIP oleh Rotary International dan The Melvin Jones Fellow Award oleh Lions Clubs International.
Minat yang mendalam Tuanku di dalam bidang sukan khususnya bidang hoki telah bermula sejak zaman persekolahan lagi. D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kini memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation), Presiden Hoki Asia serta sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation). Selain hoki, Tuanku juga amat berminat di dalam permainan golf, dan kini kini merupakan Penaung DiRaja bagi Persatuan Undang-Undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Ipoh DiRaja, Kelab Golf DiRaja Perak, Kelab Polo Iskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
Pada tahun 1992, di Ekspo Pelancongan Domestik Perak, satu jenis spesis bunga orkid telah dinamakan bersempena dengan nama Tuanku dengan rasminya – “Doritinopsis Sultan Azlan Shah” selepas menerima anugerah tanaman terbaik di dalam kategorinya.
Menghargai komitmen D.Y.M.M. Tuanku sebagai Penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia (The Malaysia Nature Society), satu jenis spesis baru serangga yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) telah juga dinamakan bersempena nama Tuanku – Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis Mohamed said dan Azlania borneensis Mohamed said
Pada 25hb April, 1989, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang Se-Sembilan. [sumber]

ABBY ABADY FAILKAN CERAI HARI INI !!!



PETALING JAYA: Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis.

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.