ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Saturday, 29 March 2014

NIK AZIZ MENANGIS MOHON MAAF KEPADA RAKYAT KELANTAN.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.

Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.
Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.
“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi.
Lazimnya, Nik Aziz akan membelakangkan makmum ketika memberikan tazkirah Subuh di masjid, tetapi pagi ini beliau mengadap Jemaah yang memenuhi Masjid Pulau Melaka.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mengkritik Nik Aziz kerana menyampaikan tazkirah sembil membelakangkan orang yang mendengar tazkirahnya.
Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.
Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.
Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. Namun sejak Nik Aziz tidak memimpin Kelantan, kepimpinan negeri itu agak kecoh apabila berlaku kritikan dalaman terhadap kepimpinannya dari dalam PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.
Sejak tidak menjadi MB, kesihatan Nik Aziz semakin teruk dengan kerap berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Beliau mengalami masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menampung urinnya.
Bagaimanapun, semangatnya tidak pernah luntur dan sentiasa memberikan sokongan moral kepada partinya dan Pakatan Rakyat.
Jika sihat, Nik Aziz akan ke pejabatnya di Kota Darul Naim iaitu Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan oleh pentadbiran Kelantan yang baru.
Institut itu ditubuhkan bertujuan memastikan pemikiran Nik Aziz terus dapat dimanfaatkan walaupun beliau bukan menteri besar lagi.
Malam tadi Nik Aziz tidak menyertai majlis himpunan Reformasi 2.0 di Kota Baru yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak sihat.

AWAS !!! LELAKI BEJUBAH PUKAU MANGSA WANITA GUNA TISU !!!


KUALA LUMPUR: Dengan hanya menggunakan tisu, satu kumpulan pakar pukau dianggotai tiga lelaki berjubah dipercayai warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an dikesan aktif memukau mangsa sebelum melarikan barangan berharga.

Kumpulan yang dilaporkan sudah bergiat aktif sejak empat bulan lalu dikesan mensasarkan mangsa wanita yang berseorangan di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah.

Malah, lagak alim dengan berpakaian berjubah dikatakan menjadi satu kelebihan kepada kumpulan terbabit untuk memudahkan mereka menghampiri mangsa sebelum menunjukkan ‘tisu hikmat’ berkenaan sekali gus memukau mangsa.

Dalam kejadian terbaru di sebuah pusat membeli-belah di Wangsa Maju, kelmarin, seorang wanita berusia 56 tahun kerugian lebih RM5,000 selepas barang kemas dan wang tunai lebih RM700 dilarikan kumpulan itu.

Sebaik tersedar 15 minit kemudian, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

TERUKNYA AKHLAK GURU ZAMAN SEKARANG !!!


PELAJAR TINGKATAN TIGA DIROGOL GURU DI KUATERS GURU !!!
KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.

"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.

"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.

Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.


MURID PEREMPUAN DEDAH PERBUATAN JIJIK GURU MELALUI NOTA !!!
KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.
sumber

MH370 : PELBAGAI OBJEK DIKESAN DI KAWASAN PENCARIAN BARU.

Imej yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) di Canberra, Australia pada Sabtu, menunjukkan kawasan pencarian di Lautan Hindi, ke barat Perth. Foto EPA

KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.

"Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan.

Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti," jelasnya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke suatu lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia. 

AMSA berkata, sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik pada Sabtu namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.

Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian pada Sabtu ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.

Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi.

"Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari," jelas kenyataan itu.

AMSA berkata, Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi.

"Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari," kata AMSA.

Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang.

"Enam buah kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan mencari semula kedudukan objek yang telah dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat petang ini atau di sebelah malam," katanya.
Mstar

"FATWA SYIRIK" : VIDEO UAI PERTAHAN RITUAL RAJA BOMOH !!!


Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin d dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad. 


Menurutnya yang lebih dikenali Ustaz Azhar, bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional tidak semua tindakan itu boleh di anggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw. 

“Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak? 

“Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.

Tindakan Ibrahim yang melakukan ‘ritual’ sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat kerana dianggap telah memalukan negara. Ekoran daripada itu, ramai yang melabelkan tindakan tersebut melanggar hukum yang ditetapkan oleh agama. 

Selain, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mufti Perak, Tan Sri Harussani bin Haji Zakaria turut menyifatkan ‘ritual’ Raja Bomoh itu sebagai syirik dan khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam. 

Ustaz Azhar turut menjelaskan, sekiranya bacaan dan bahasa yang digunakan tidak difahami, barulah ia boleh dianggap syirik dan khurafat. 

“Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik” ujar beliau lagi. 

Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui ritual yang dilakukan sebelum ini memang agak memalukan, namun masih boleh dimaafkan. 

“Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut balik ke kita semula. 

“Jangan gaduh, dengar dia ada puja tak? dia ada sebut nama jembalang tak? ada bangkitan nama yang mengarut-ngarut tak? kalu macam tu, (tidak) syirik, faham? Orang sekarang dia terus kata syirik, dah dia baca apa? kalau dia baca ayat al-Quran, boleh tak? boleh!” bidas beliau lagi.
-Suara.tv

ANGGOTA POLIS MAUT DITEMBAK !!!


Kulaijaya: Seorang anggota polis maut dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di Hutan Bandar Kulaijaya, di sini, petang semalam.

Turut ditemui bersama mangsa, R Jothi Lingam yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam itu sepucuk pistol yang masih berada dalam genggamannya. 

Terdahulu, Bilik Gerakan IPD Kulaijaya menerima panggilan seorang lelaki tidak dikenali kira-kira jam 6.15 petang yang mendakwa terdapat seorang lelaki mahu membunuh diri di lokasi. 

Berikutan itu, anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian dan setibanya di lokasi ditemui mangsa dalam keadaan parah.

Terdapat kesan tempat dari arah kanan kepala mangsa.

Bagaimanapun, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama kemudian. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
HMetro

KARPAL SINGH LEPAS JAWATAN PERGERUSI DAP.

Karpal Singh

SHAH ALAM - Karpal Singh dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan.

Memetik laporan sebuah portal media, Ahli Parlimen Gelugor itu meletak jawatan susulan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, Timbalan Presiden DAP, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sehingga keputusan rayuan ke atas kes itu selesai.

Karpal berkata, beliau dengan rendah diri akan memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Persatuan (ROS) untuk membenarkan beliau mengekalkan jawatannya dengan sabitan itu.

“Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan.

“Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi,” katanya.
SH

KES PASANGAN DERA ANAK DI SWEDEN : AZIZUL DAN SHALWATI DI PENJARA!!!




KUALA LUMPUR - Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwarm Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Sementara itu, mengikut kenyataan akhbar yang dimuat naik ke laman sesawang Mahkamah Daerah, Hakim Mattias Moller dipetik sebagai berkata Shalwati didapati bersalah mencabuli integriti anak perempuan dan anak lelaki sulungnya selain mendera dua lagi adik lelaki mereka.

Azizul pula didapati bersalah mencabuli integriti anak lelaki sulungnya dan mendera anak perempuan serta anak lelaki kedua.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada sebarang pertuduhan berkaitan anak bongsunya.

Pasangan itu juga diarah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka berdasarkan sabitan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa keterangan anak-anak pasangan itu boleh dipercayai dan tiada bukti yang menunjukkan mereka ingin mendatangkan mudarat kepada ibu bapa mereka dengan mereka maklumat tidak benar serta menyerahkannya kepada polis.

Moller juga berkata meskipun tiada sokongan dalam bentuk pemerhatian perubatan, butiran yang diberikan kanak-kanak berkenaan disahkan oleh keterangan saksi pendakwaan berdasarkan apa yang diberitahu anak-anak pasangan itu kepada mereka. 
Bernama

Friday, 28 March 2014

FOTO KAKI PENCURI PUTUS KENA LIBASAN PARANG !!!



Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan. Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.

Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam. Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan suspek lari dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam ketika melarikan diri.

Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam. Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai parang di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri. Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek.

Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



Credit : AAKJ

TERBARU : VIDEO RITUAL RAJA BOMOH SERU MAYAT UNTUK TIMBUL !!!


SEBELUM ini, beberapa aksi ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin bagi ‘mengesan’ pesawat MH370 dikritik ramai kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Namun, ternyata kritikan yang diterima tidak melunturkan semangat bomoh ini untuk terus ‘berusaha’.

Terbaru, dia dan pengikutnya mengadakan satu lagi ritual baru di Pulau Sembilan yang bertujuan untuk menyeru mayat untuk timbul.

Antara aksi mereka termasuklah meneropong dan menarik ‘sesuatu’ menggunakan objek berbentuk tongkat.

Apa yang kurang enaknya, salah seorang pengikutnya turut melaungkan azan sewaktu ritual tersebut.

Apa pun, diharap media asing tidak sewenang-wenangnya mencipta cerita baru dengan menganggap perbuatan Raja Bomoh itu sebagai salah satu amalan dalam Islam.

Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.

Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.

Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.

Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.

Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.


Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.