ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Monday, 28 October 2013

#PRKSUNGAILIMAU !!! PENSYARAH VS GURU TADIKA !!! MANA SATU PILIHAN ANDA ???


Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.Kedua-dua calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.Mari kita lihat biografi kedua-dua calon ini,pertama kita selak latar belakang calon PAS.Ketua Pemuda PAS Jerai,Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang anak.Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.Dalam bidang politik,selain ketua pemuda PAS Jerai,beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Kedah. 

Calon BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan,Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu,Guar Chempedak.Jadi sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini,perbandingan antara Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.Antara mereka berdua,nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang pensyarah.Tinggi mana pun belajar,pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir. 

Berdasarkan umum calon BN yang sudah 52 tahun,rasanya beliau lebih banyak makan garam berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.Pertaruhan PAS nampaknya kurang menggigit,tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi.Cuma kalau pengundi bijak,mereka pasti tahu bagaimana untuk menilai dan memilih wakil rakyat mereka.Apa yang pasti,penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.memang betul dan saya akui Agama penting,bagaimana pula dengan pembangunan ??? adakah itu juga dituntut dalam Islam ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, 27 October 2013

#PRKSgLimau : VIDEO TEMURAMAH AYAH JAMIL KHIR .



Haji Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya. Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Berkait soal itu, MB Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom. Lidah rasmi PAS, Harakah melaporkan, Mahfuz memberitahu, Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.



Baca selanjutnya.

Manipulasi Ke Atas Bapa Saya Politik Murahan - Jamil Khir

HOT!!! OSTAZAH @abby_abadi112 DAH KELUARKAN "FATWA SESAT" #PRKSgLimau



Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, dakwa penyanyi dan pelakon, Abby Abadi. 

Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam tadi dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair. 


"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri". 

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, semalam. 


Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan. 

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat"


"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.

 antarapos

** Sejak bila pula Ostazah Mee Segera PAS, Abby boleh tentukan dosa & pahala orang ye ???
**Kereta yang rosak dah ok ke belum???

KEJAMKAH KERAJAAN BN ???

Pernahkan anda pergi ke negara jiran samaada Indonesia ataupun Singapura???

Di sana ubat-ubatan semuanya kena beli di farmasi kerana hospital hanya bekalkan senarai ubat untuk dibeli sahaja.

Rakyat Malaysia di sini beruntung besar kerana mendapat subsidi kesihatan dari kerajaan. Jadi...usahlah melalak kononnya Klinik 1 Malaysia bertaraf dunia kelas ketiga sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai,  Nurul Izzah.


SHAH ALAM - Klinik 1Malaysia didakwa bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini hanya dilakukan di negara-negara dunia ketiga."Praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini dilakukan di mana? Di negara-negara dunia ketiga, negara-negara Afrika yang hanya ada pembantu kesihatan."Kita tak boleh berbuat sedemikian. Malaysia ada tarafnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui.
Beliau berkata demikian ekoran Klinik 1Malaysia yang di bawah Gagasan 1Malaysia itu tidak mempunyai pegawai perubatan bertauliah."Kritikan utama Klinik 1Malaysia adalah tidak mempunyai pegawai perubatan yang bertauliah...ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.
"Bukan saya yang buat undang-undang. Saya merujuk pada kenyataan Malaysia Medical Association. Yang rangka undang-undang itu kerajaan," katanya.Izzah akui ada menerima aduan berhubung perkara tersebut. "Ya saya ada terima aduan. Misalnya, seorang ini menghidap kudis buta. Kudis buta sedang berdarah, dia pergi ke Klinik 1Malaysia, tidak ada doktor di klinik tersebut pada waktu tersebut.
"Maka, pesakit tidak boleh diberikan ubat yang terkawal," katanya.Malah katanya, negara memiliki ramai pegawai perubatan yang bertauliah."Nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia, agak tinggi. Kita ramai pegawai perubatan, hanya mereka membuka klinik-klinik persendirian.
Jadi, kalau kerajaan wujudkan satu klinik, tentu harus selaras dengan garis panduan dan undang-undang sedia ada," katanya.
INILAH KALAU NAK DIPOLITIK SEMUA SALAH KERAJAAN...HANYA BAYARAN RM 1 SAJA TAPI NAK COMPLAIN LAGI...BANGANG PUNYA YB LEMBAH PANTAI NI!!!

INFOGRAFIK : 
BERAPA KOS PENJAGAAN KESIHATAN 
DI MALAYSIA.

HOT : ABBY MARAH SUAMI BARUNYA DEPAN AHLI PAS???




Musibah-Abby Abadi...Tekanan Jiwa hadapi halangan ke Sungai Limau!!!

Abby abadi yang sangat ghairah dalam perjalanannya memenuhi jemputan untuk berceramah di Pilihanraya kecil Sungai Limau di timpa musibah apabila perjalanannya terhalang akibat kereta yang di bawa rosak. 

Dikhabarkan si Ustazah Pas, abby abadi sedang mengalami tekanan perasaan sambil memaki hamun suaminya yang baru. "U BUAT APA KAT SITU? MASUK DALAM KERETA LAH" Sergah Abby kepada suami barunya.

Respon suami hanya menurut perintah..ishk ishk...boleh tahan garang abby abadi ni mungkin aura Asp Aliza masih ada dalam jiwa (Gerak khas).

P/S:
Niat tu penting jika tak elok inilah musibahnya..itu baru Peringatan biasa , belum keteguran yang lebih dasyat.

Jom tolak kempen FITNAH
Kempen secara SIHAT

KENAPA PAS SANGGUP POLITIKKAN ISU INI ???

Menjelang PRK Sungai Limau, PAS dilihat cuba memanipulasi keadaan dengan mengheret bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Dalam tempoh berkempen, PAS yang membuat ziarah rumah ke rumah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bapa kepada menteri ini yang dikatakan penyokong kuat PAS.
Melalui video yang disiarkan oleh TV PAS, Datuk Mahfuz Omar ada mengatakan bahawa bapa ahli politik itu mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau.
Namun, kata-kata Mahfuz itu tidak disokong dengan bukti yang kukuh, sekadar menyiarkan video leteran panjang Mahfuz memuji-muji kebaikan bapa Datuk Seri Jamil Khir.
Malangnya, tidak pula dijelaskan butiran doa yang dibacakan En. Baharom itu, hanya sekadar video yang dilapikkan dengan suara Mahfuz. Video yang berdurasi 2:50 itu memaparkan aktiviti kempen PAS yang turut membawa calon mereka menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Persoalannya, kalau benar En. Baharom berdoa untuk kemenangan PAS, kenapa tidak diperjelaskan suara beliau di dalam video tersebut. Kenapa perlu digantikan dengan suara Mahfuz yang membuat ulasan panjang berkenaan kempen ziarah itu???
Ini lagi satu permainan PAS yang cuba menggunakan perang psikologi kepada pengundi di Sungai Limau. Dengan menggunakan modal bapa menteri, mereka cuba memancing undi. Ini jelas menunjukkan PAS kekeringan modal untuk berkempen sehingga mengheret mereka yang tidak mempunyai kepentingan bagi melancarkan kempen mereka.
Namun, sejauh mana perkara ini boleh membantu mereka mempertahankan kerusi kawasan itu. Adalah lebih baik jika PAS lebih bersikap jujur dan telus.
Jika benar bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa kepada kemenangan PAS, siarkan secara penuh. Tidak salah, malah boleh juga seluruh rakyat mengaminkan doa tersebut, itu pun jika benar isi kandungan doa itu seperti yang dikatakan Mahfuz melalui video tersebut.
Kepada jentera PAS, sudah-sudahlah menggunakan taktik kempen sebegini, sudahlah digunakan nama arwah ustaz Azizan walaupun sebelum ini kerap dikecam, sekarang pula menggunakan bapa orang untuk meraih undi.
Nampak sangat terdesak……

BACA LUAHAN KECEWA AYAH JAMIL KHIR 

Saturday, 26 October 2013

INFO DUN SUNGAI LIMAU.


Jumlah Pengundi - 27,222 orang
Melayu - 93.03 %
Cina - 6.76 %
India - 0.06 %
Lain-lain - 0.15%

Pusat Daerah Mengundi (PDM) - 19

1) PDM Matang Buloh 
Jumlah Pengundi - 1949 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 260 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 379 undi

2) PDM Sungai Dedap
Jumlah Pengundi - 2005 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 461 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 548 undi

3) PDM Gelam Tiga 
Jumlah Pengundi - 1096 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 358 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 388 undi

4) PDM Bukit Choras
Jumlah Pengundi - 988 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 601 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 647 undi

5) PDM Bukit Besar
Jumlah Pengundi - 988 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 1199 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 1247 undi

6) PDM Simpang Tiga Luar
Jumlah Pengundi - 1548 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 225 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 248 undi

7) PDM Simpang Tiga
Jumlah Pengundi - 1432 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 46 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 265 undi

8) PDM Selengkoh
Jumlah Pengundi - 1432 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 119 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 22 undi

9) PDM Sungai Daun 
Jumlah Pengundi - 1826 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 137 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 32 undi

10) PDM Sungai Limau
Jumlah Pengundi - 1305 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 12 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 55 undi

11) PDM Kabu Sepuloh
Jumlah Pengundi - 1950 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 87 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 45 undi

12) PDM Sungai Kering
Jumlah Pengundi - 358 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 178 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 153 undi

13) PDM Sedaka
Jumlah Pengundi - 1469 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 86 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 22 undi

14) PDM Ulu Sedaka
Jumlah Pengundi - 1546 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 245 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 283 undi

15) PDM Padang Lumat 
Jumlah Pengundi - 843 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 5 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 56 undi

16) PDM Batu Enam Belas
Jumlah Pengundi - 1143 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 194 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 202 undi

17) PDM Kampung Titi Batu
Jumlah Pengundi - 1143 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 276 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 164 undi

18) PDM Dulang Kecil 
Jumlah Pengundi - 1814 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 506 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 338 undi

19) PDM Dulang Besar
Jumlah Pengundi - 989 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 187 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 141 undi


PRU 13 - Pas menang 13 PDM dan BN menang 6 PDM
PRU 12 - Pas menang 12 PDM dan BN menang 7 PDM

Berdasarkan fakta dan angka hasil keputusan pilihanraya yang lepas-lepas di Dun Sungai Limau, nampaknya bukan satu perkara yang mudah untuk BN merampas kerusi berkenaan daripada Pas. 

Sejak tahun 1955 sejarah pilihanraya kawasan berkenaan menunjukkan Pas menguasainya sebanyak 9 kali dan BN sebanyak 4 kali. 

Arwah Ustaz Azizan mula memegang kerusi berkenaan sejak 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Dun Sala. Beliau menewaskan calon BN, Bahador Bin Omar dengan majoriti 196 undi. 

Tahun 1999 juga semasa Dun berkenaan dikenali sebagai Dun Sala, Ustaz Azizan sekali lagi menewaskan calon BN, Hidzir Bin Alias dengan majoriti 2621 undi. 

Tahun 2004 Dun berkenaan mula dikenali dengan nama Dun Sungai Limau. Ustaz Azizan mencatatkan hatrick, dengan menewaskan calon BN, Mohd Suhaimi Bin Abdullah dengan majoriti 1080 undi.

Tahun 2008 pula Ustaz Azizan menewaskan Basorri Bin Abu Hassan dengan majoriti 3212 undi. Manakala pada tahun 2013 Ustaz Azizan menewaskan calon BN yang juga sepupunya, Fazillah Bin Mohd Ali dengan majoriti 2774 undi. 

Jika diperhatikan keputusan diatas, undi majoriti yang dimenangi Ustaz Azizan tidak konsisten setiap tahun. Bermula dengan kemenangan kecil pada 1995, kemudian meningkat pada 1999, turun balik pada 2004, naik balik pada 2008, dan turun balik pada 2013. 

Atas kertas mungkin kita berkata sukar untuk BN menang. Namun...

Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya....

HANTU DI PADANG BOLA !!!


Gol yang penuh tanda tanya jaringan Stefan Kiessling berjaya membawa pasukannya menaiki tangga Bundesliga di Jerman. Apa yang lagi pelik penjaringnya sendiri juga merasa hairan bagaimana bola tersebut boleh berada di dalam gol.

Walaupun dilanda kontroversi, namun pengadil perlawanan tetap mengesahkan jaringan itu. Ini kerana tiada siapa pun yang membantah gol tersebut.

BAJET 2014 : BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM.

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.
Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum.

Friday, 25 October 2013

BERITA TERKINI KES ROMPAK DAN BUNUH DI AMBANK SUBANG JAYA.

KETUA Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menunjukkan gambar suspek, Ardi Hamza, seorang pengawal keselamatan yang dikehendaki polis berkaitan kes rompak dan bunuh di sebuah bank pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Kes Ambank: Suspek Larikan Rm450,000 – Polis

KUALA LUMPUR, 25 Okt  – Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

3 ahli keluarga suspek utama rompakan bank ditahan

SHAH ALAM: Polis menahan tiga suspek yang juga ahli keluarga suspek utama dalam kes tembak di sebuah bank di USJ 2 Sentral dan merampas wang tunai sebanyak RM20,000 dipercayai sebahagian daripada kira-kira RM450,000 wang tunai yang dilarikan dalam kejadian Rabu lalu.

Semua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di kediaman mereka di Klang, lewat malam hari kejadian, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Tambahnya lagi, polis akan mengambil tindakan ke atas individu yang bertanggungjawab mendedah dan menyebar gambar serta rakaman CCTV kejadian tembak dan rompak mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.

Lesen Syarikat Dibatal Serta Merta

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata, syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya. 
Suami harap pembunuh Norazita dihukum setimpal
KUALA LUMPUR - Suami pegawai bank yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di cawangan Ambank Subang Jaya, Rabu lepas, berharap mereka yang terlibat dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.

Irwan Kamarudin, 37, ketika dihubungi Bernama berkata kejayaan polis menangkap mereka yang terbabit akan memberi keadilan atas kematian isterinya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas polis menangani kes itu sehingga berjaya menangkap tiga individu yang mempunyai pertalian dengan pengawal keselamatan yang menembak isterinya dan melarikan wang RM450,00 dari bank berkenaan.

"Terima kasih juga kepada PDRM kerana telah mengiringi dan memudahkan perjalanan menghantar arwah isteri saya ke kampung sehingga selesai majlis pengkebumian," katanya.