ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Saturday, 27 July 2013

KELEBIHAN WUDHU' :- PADA HARI KIAMAT DENGAN WAJAH YANG BERSERI DAN BERCAHAYA



Wudhu' adalah syariat Allah yang sering kita lakukan... walaupun tata caranya sangat ringkas, tetapi di dalamnya terdapat faedah yang besar... Kelak di hari kiamat Rasulullah S.A.W. akan mengenali umatnya dari BEKAS WUDHU' yang terpancar dari wajah dan telapak tangannya, pada hari itu pula orang-orang kafir tertunduk sesal dengan wajah yang hitam legam.... Allah SWT berfirman di dalam Al Qur’an: “Pada hari (kiamat) yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram... Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu... Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya.”... (Surah Ali Imron : 106-107)...

Rasulullah SAW mengenali umatnya yang putih berseri kerana mereka SELALU MENJAGA WUDHU'... Di dalam hadist yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti, dalam keadaan dahi dan kedua tangan dan kaki mereka bercahaya, karena bekas wudhu.” (HR Bukhori).... “Tahukah kamu, bila seseorang memiliki kuda yang berwarna putih pada dahi dan kakinya di antara kuda-kuda yang berwarna hitam, yang tidak ada warna selainnya, bukankah Ia akan mengenali kudanya? Para sahabat menjawab, Tentu Ya Rasulullah, Rasulullah kemudian bersabda, UMATKU NANTI akan datang dalam keadaan bercahaya pada dahi, kedua tangan dan kaki karena bekas wudhu mereka.”... (HR Muslim)... Berwudhu, selain membersih anggota tubuh kita dari hadath kecil, juga melarutkan dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan... Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang berwudhu, pada urutan pertama BERKUMUR dan menghirup air, kemudian mengeluarkannya dari hidungnya melainkan keluar semua dosa-dosa dari mulut dan hidung... Kemudian jika ia MEMBASUH MUKA menurut apa yang diperintahkan Allah, jatuhlah dosa-dosa mukanya dari ujung janggutnya bersama titisan air.. Kemudian bila MEMBASUH KEDUA TANGAN SAMPAI KE SIKU, jatuhlah dosa-dosa dari ujung jari-jarinya bersama tetesan air... Kemudian MENGUSAP KEPALA, maka jatuh semua dosa dari ujung rambut bersama titisan air, kemudian MEMBASUH KEDUA KAKI sampai ke mata kaki, maka jatuhlah semua dosa kakinya dari ujung jari bersama titisan air.. Maka bila ia solat, sambil memuja dan memuji Allah menurut lazimnya, dan membersihkan hati dari segala sesuatu selain Allah, maka keluar darinya, semua dosanya bagaikan lahir dari perut ibunya”... (HR Muslim)....

Sebagai umat Rasulullah SAW, marilah kita berwudhu', dan membiasakan wudhu, tidak hanya ketika hendak solat saja, tetapi juga ketika hendak menuju masjid, ketika menyentuh mushaf Al Qur’an, ataupun ketika hendak masuk tidur... Para alim ulama selalu menjaga wudhu apabila batal, untuk menjaga kesucian dan kebersihannya, dan juga zikirnya kepada Allah SWT..

UNTUK PEMANDU DI MALAYSIA !!! MESTI BACA.


Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Kepada: 
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri, Negara, Sabah & Sarawak,
Malaysia.

Tuan/Puan

Per: SURAT RASMI KPD PEMANDU KENDERAAN 4 TAYAR


Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa: 

1)Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2)Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.

3)Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.

4)Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.

6)Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing- masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian. terima kasih

Yang Benar,


.......kapcaiman...........

Yang menunggang motorsikal...


SENARAI PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI.


KUALA LUMPUR, 26 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas menpengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini.


Berikut adalah senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri :
1. Perlis
Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi – Tuan Azlan Man
2. Kedah
Pengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah
3. Kelantan
Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek
4. Terengganu
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Idris Jusoh
5. Pulau Pinang
Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya
6. Perak
Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi Datuk Seri Ahmad Husni
7. Pahang
Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin
8. Selangor
Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi – Tuan Abdul Shukor Idrus
9. Wilayah Persekutuan
Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik
10. Negeri Sembilan
Pengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi – Datuk Shaziman Mansor
11. Melaka
Pengerusi – Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah
12. Johor
Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad
13. Sabah
Pengerusi – Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak


Sumber : UMNO Online

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU !!!


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." -  PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali......


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN"....

Friday, 26 July 2013

PASANGAN HINA ISLAM DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN RM30,000 SEORANG !!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasangan “bak kut teh” yang memprovokasi terhadap Umat Islam semasa bulan Ramadan untuk diikat jamin hari ini.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.
Pasangan muda itu memohon semakan untuk mencabar keputusan hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran untuk menghalang ikat jamin pada Khamis lalu, selepas mereka didakwa dengan tiga pertuduhan kerana menghina umat Islam menggunakan Facebook dan memuat naik gambar lucah mereka di dalam blog.
Permohonan semakan juga dilakukan untuk menghalang keputusan Mahkamah Sesyen membenarkan perbicaraan ketiga-tiga pertuduhan dijalankan secara serentak.
Tan dan Lee didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
-(The Malaysian  Insider)

KEPADA IBUBAPA : ROTAN AMAT BERUPAYA MENDIDIK ANAK !!!




Pernah tak kena rotan dengan orang tua masa kecik ??

Hasilnya ia berjaya mendidik kita supaya FAHAM AJARAN dan patuh nasihat cikgu dan orang tua.

Tahniah kepada ibu ini, saya sokong tindakan ibu ini.

SALAH MANUSIA ATAU IBLIS..???


JIKA MANUSIA ITU MASIH MELAKUKAN MAKSIAT @ KEBURUKAN KETIKA BERPUASA, MAKA IANYA ADALAH BUKAN HASUTAN DARI SYAITAN. 

INI ADALAH PERBUATANNYA SENDIRI YANG DIDORONG OLEH …HAWA NAFSU…!!! 


''Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup ,dan syaitan-syaitan dibelenggu.''

HR~ Al-Bukhari

Sedutan dialog Rasulullah dan Iblis :- 
"Jika seseorang umatku berpuasa, Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka" 

"Sesungguhnya musuh sejatimu, bukanlah yang kalau ia membunuhmu lalu Allah memasukkanmu syurga, kalau kamu membunuhnya mendapatkan penghargaan. Tetapi musuh yang sejati adalah nafsumu yang ada di dalam dirimu dan kadang-kadang  perempuan yang tidur bersamamu..
" Rasulullah s.a.w. ketika pulang dari perang Badar, "Kalian baru saja kembali dengan sebaik-baik kepulangan, kalian baru saja kembali dari satu jihad kecil (perang) untuk menuju kepada jihad yang lebih besar, yaitu pertempuran hamba melawan hawa nafsunya". Rasulullah s.a.w. juga menegaskan "Sebaik-baik Jihad adalah perangnya seorang lelaki melawan nafsunya di jalan Allah" 
HR~ Ibnu Hajjar.

Thursday, 25 July 2013

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH.



Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:
"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT." 

"Lalu siapa lagi?"
"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "
" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hariAllah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.

"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"
"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)


AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "
"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "
"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS
Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"
"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"
"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "
"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "
"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "
"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "
Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.
"Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas." 

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."


IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untukmenggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.



Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. 

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."