ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Tuesday, 25 June 2013

BONUS HARI RAYA UNTUK KAKITANGAN AWAM !!!


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Beliau berkata, cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada Najib yang juga Menteri Kewangan.

''Itu permintaan CUEPACS dan saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(Pembentangan Bajet 2014).

''(Selepas itu) Perdana Menteri sendiri akan umumkan keputusan itu bila masa yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 1,374 pegawai dari 42 jabatan, agensi serta bahagian di bawah JPM menerima anugerah tersebut.

Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam. Dalam saranan itu, CUEPACS mencadangkan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji yang pembayarannya dibuat sebanyak tiga kali iaitu sebelum perayaan Aidilfitri, Disember lalu dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN menyeru penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam (Search and Assist).

"Penjawat awam akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu. Kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka, tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

sUMBER

PENGAJARAN BUAT PENCACAI PAKATAN HARAM !!!



Ini namanya kerja bodoh ....

Memahami sosialisma Pakatan Rakyat ...

Rakyat susah-susah di luar, Pemimpin relax di dalam ...


Bodoh ....




KENYATAAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR BERKAITAN PERHIMPUNAN DI JALAN MASUK KE PARLIMAN MALAYSIA.





PADA JAM LEBIH KURANG 11.30 PAGI TADI , KETIKA ANGGOTA POLIS MEMBUAT KAWALAN DI JALAN PINTU MASUK KE PARLIMEN MALAYSIA, TELAH DIREMPUH OLEH PESERTA PERHIMPUNAN PARLIMEN MILIK RAKYAT. KEJADIAN TERSEBUT TELAH MENGAKIBATKAN:
i) SATU  PEGAWAI  KANAN  POLIS  IPD SENTUL CEDERA DI MATA KANAN DAN HIDUNG;
ii) SATU  ANGGOTA  POLIS  IPD  DANG  WANGI TERSELIUH  IBU  JARI TANGAN KIRI DAN PATAH GIGI HADAPAN;
iii) BEBERAPA  ANGGOTA  POLIS  YANG  MEMBUAT KAWALAN  JUGA MENDAPAT CEDERA RINGAN.

PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEMBUAT PROVOKASI DENGAN MEMBALING BOTOL AIR, TELUR DAN MENYIMBAH CAT TERHADAP ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS.

WALAU BAGAIMANAPUN, PIHAK POLIS TELAH DAPAT MENGAWAL KEADAAN TERSEBUT DARIPADA TERUS BERLAKU. SERAMAI (32) ORANG TELAH DITANGKAP TERDIRI DARIPADA (29) LELAKI DAN (3) PEREMPUAN TERMASUK BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN DAN ADAM ADLI BIN ABDUL HALIM.





POLIS KUALA LUMPUR TERUS MEMBUAT KAWALAN DAN PEMANTAUAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN TERJAMIN.

https://www.facebook.com/138833462837871/posts/516301941757686

HUSAM MUSA DIBEBASKAN.



Husam Musa yang ditahan polis Sabtu lalu di Kuala Lumpur kemudian dibawa ke Kota Bharu dibebaskan lewat petang semalam. Demikian menurut Exco Kelantan Nasaruddin Daud.

Katanya beliau turut berada di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa bersama Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob menanti pembebasan Husam. Menurut Nasarudin Adun Salor itu kelihatan sihat dan ceria.

Husam direman selama dua hari untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948. Tidak diketahui apakah beliau akan didakwa atau pun tidak.

Sebaik dibebaskan Husam dibawa ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Nik Aziz. Difahamkan selepas pilihan raya lalu ini pertemuan pertama Husam dengan Nik Aziz. Semasa majlis angkat sumpah wakil rakyat baru-baru ini Husam tidak hadir kerana bercuti di luar negara.

Monday, 24 June 2013

MESTI TENGOK - LIVE VIDEO DAN GAMBAR ANGKAT SUMPAH PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG !!!


Seperti dijangka dan sebagaimana yang diramalkan berminggu-minggu yang sudah, pagi tadi seramai 89 Ahli Parlimen pembangkang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat seterusnya melayakkan mereka menerima elaun dan segala kemudahan yang lain atas jawatan tersebut. Ini sekaligus bermaksud kempem boikot angkat sumpah ini yang diwar-warkan sebelum ini adalah tidak benar dan tidak berlaku.

Sikap hipokrit Pakatan Pembangkang kini terserlah kerana kesemua 89 Ahli Parlimennya hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai mengiktiraf mereka sebagai wakil rakyat.

Marah sana, marahsini...
Kutuk sana, kutuk sini...
Protes sana, protes sini...
Boikot sana, boikot sini...
Akhirnya AP pembangkang angkat sumpah jadi Ahli Parlimen.

Ini ikrar yang disebut Anwar Ibrahim pada pukul 11:50 pagi... 
Saya Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar  kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan.





Apa pun renunglah dalam-dalam menggunakan mata hati bukannya mata kasar, sampai bila nak jadi bodoh dan diperbodohkan Anwar Ibrahim dan sekutunya?

Pilihanraya tak adil, penuh penipuan dan sebagainya konon..., tetapi diakhirnya, yang menang tetap angkat sumpah dan iktiraf keputusan pilihanraya tanpa rasa bersalah sedikit pun kepada rakyat yang mereka bohongi sehingga sanggup turun ke jalan menghirup asap jerebu semata-mata ingin memenuhi tuntutan pembangkang.


Masih lagikah mahu pertikai keputusan pilihanraya oleh SPR???

VIDEO & GAMBAR PENYOKONG PEMBANGKANG MERUSUH DI LUAR PARLIMEN.


Selepas saja Anwar dan lain-lain akan mengangkat sumpah pada lebih kurang 10:50 pagi, Kumpulan Blackout 505 mula cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen.

Kumpulan yang mengadakan demo di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen sejak jam 10 pagi itu bertindak liar apabila cuba merempuh sekatan Polis yang berkawal kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Pada lebih kurang 11:10 pagi,  keadaan di kawasan simpang masuk ke Parlimen menjadi kecoh secara tiba2 bilamana sekumpulan peserta merempuh penghalang jalan menuju ke Parlimen.

Video : Pro-pembangkang bertindak samseng di Parlimen

Ini menyebabkan keadaan bertukar tegang, kumpulan samseng pro-pembangkang itu bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang.

Ekoran itu 33 org ditangkap (termasuk 10 org yg menyerah diri di lokasi). Jumlah sebenar dan butir2 tangkapan akan disemak semula dan dimaklum kemudian. Kesemua tangkapan di bawa ke Central Lock up Jinjang.

Semasa berlaku kekecohan seorg pegawai polis Insp Aswad, pegawai penyiasat IPD Sentul cedera di muka akibat ditumbuk.

Selepas kurang pergelutan, Khalid Samad, AP Shah Alam keluar menemui peserta demo dan menerima memorandum daripada mereka pada pukul 12:10.

Beliau menyeru supaya peserta bersurai. Jam 1215 peserta mula bersurai secara berperingkat.


Gambar-Gambar .
























Semuanya Melayu...

Kita kesihan kepada perusuh-perusuh NGO Black 505 ini kerana suara mereka telah dibakul sampah dan tidak dipeduli oleh kepimpinan pembangkang.

Suara mereka yang menggesa majlis angkat sumpah tidak dipedulikan oleh pembangkang! NGO-NGO telah ditipu bulat-bulat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang!!

Admin... 
Video angkat sumpah pembangkang di Parlimen akan menyusul !!!

HOT!!! CINA DAP HINA ISLAM & RASULULLAH / OSTAZAH PAS MEE SEGERA PERTAHANKANNYA.


Kita percaya yang berkemungkinan besar akaun FB ini adalah palsu dan gambar amoi cun digunakan bagi menarik ramai jantan berhidung belang menjadi rakannya sebagai strategi untuk mempengaruhi mereka semua kepada agenda politik tertentu. Demi cinta dan nafsu, bukankah ramai yang menjadi tidak keruan? Taktik yang jijik tetapi berkesan dalam aspek gerak saraf di media sosial.

Yang lagi best, 'amoi' ini bukan setakat tidak takut dengan tindakannya menghina Islam dan Rasulullah SAW, malah dengan selamba mempertahankan dan memperlekehkan lagi UMNO dan BN apabila tindakan kurang ajarnya disebarkan. Di bawah ini adalah komen terkini 'Sally Yen' pada hari ini berhubung tindakan bangsatnya itu.


Kadang-kadang kita pelik, bukankah dalam Pakatan Rakyat itu ada juga orang Islam yang mewakili PAS dan PKR, malahan DAP?!! Apakah mereka tidak merasa sedikit pun marah dan jijik dengan tindakan amoi bangsat ini?!! Apakah kerana amoi ini sefikrah dengan mereka, maka segala-galanya menjadi HALAL kepada amoi ini?!!

Lebih menjelikkan, mereka boleh menyalahkan pula UMNO dan BN sebagai puncanya. Apa peranan PAS sebagai parti yang menggunakan nama ISLAM jika kes amoi yang seorang ini tidak mampu ditangani???

Mana alim ulama dalam PAS ? Kenapa Majlis Syura PAS diam membisu??? Atau sudah cukup dengan kenyataan yang di buat oleh OSTAZAH MEE SEGERA PAS dalam laman twiter yang mempertahankan tindakan amoi DAP hina Islam dan Rasulullah???


Ayuh, para pembaca yang sayangkan Islam semua. Anda semua dapat lihat kesan daripada "dakwah" dan tahalluf siyasi yang dibawa PAS kepada DAP selama ini bukan? Marilah kita jalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam mempertahankan maruah agama kita dengan melaporkan penghinaan ini kepada FB dan pihak berkuasa. Persetankan mereka yang telah dibeli jiwanya. Kuasa di tangan kita. Ayuh berjuang dan bersatu demi Islam yang HAK!

Credit ; Mymassa

APA MOTIF SEBENAR #BLACKOUT505 ???



Rakyat perlu sedar bahawa tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengheret mereka dalam perhimpunan haram Blackout 505 pada hari Sabtu 22 Jun adalah semata-mata untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara.


Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

"Sememangnya sudah jelas Anwar merupakan seorang pemimpin yang suka mengheret rakyat untuk menutup masalah peribadinya. Saya sering mengatakan ini kerana tindakan politik beliau bukan atas asas menyelesaikan masalah rakyat atau negara.

"Tindakan itu semata-mata mahu memuaskan nafsu peribadinya terutama kerakusan mahu menjadi Perdana Menteri. Kedua, Kerakusan nafsu serakah peribadi luar tabii dan luar biasanya," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kerakusan Anwar tersebut terserlah apabila meminta isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh supaya pilihan raya kecil dapat diadakan.

Ezam mendakwa, tindakan itu dilakukan semata-mata ingin mengheret kes peribadi iaitu kes liwat beliau untuk jadi kes politik agar rakyat dapat diheret bersama dalam hal ehwal peribadinya.

"Selalunya pemimpin politik manapun di dunia akan lepaskan jawatan apabila terpalit dengan kes peribadi untuk mengelakkan parti dan rakyat diheret bersama. Tetapi, Anwar jenis pemimpin songsang yang lakukan sebaliknya," katanya.


Beliau berkata, Anwar sekali lagi mengulangi tindakan itu dengan mengheret rakyat ke jalanan pada Perhimpunan Blackout 505.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya melihat perkara ini dengan jelas berhubung jenis pemimpin apa Anwar ini. Beliau adalah jenis pemimpin yang akan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadinya, bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingannya untuk rakyat," tegasnya.

Sunday, 23 June 2013

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN.






Maghrib ini (23.6.2013) akan masuklah 15 Syaaban 1434H iaitu Malam Nisfu Syaaban, kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
.
.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
.
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

PERHIMPUNAN BLACK #KL622 : HUSAM MUSA DI REMAN 2 HARI !!!


Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan polis di sebuah restoran di Desa Pandan, Ampang semalam berhubung ucapannya di Kelantan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan pemimpin parti itu ditahan pada pukul 3.40 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Sebaik sahaja ditahan, Husam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi tujuan dokumentasi sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan untuk siasatan lanjut.

Menurut Hadi Ho, penahanan Husam itu dibuat berkaitan satu laporan polis yang dibuat di Kelantan pada 12 Jun lalu.

- Permohonan reman telah dibuat oleh Asp Noland di IPD Kota Bharu pada 23/6/2013 jam 10.30 pagi di hadapan Majsitret Tuan Nik Habri bin Muhammad.
- 4 Peguambela hadir mewakili Husam.
- Permohonan reman telah diluluskan selama 2 hari, dari hari ini sehingga 24/6/2013.

Sumber