ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS SEPATUTNYA JADI PARTI DOMINAN DALAM PR !!!

Monday, 4 February 2013

PAS SEPATUTNYA JADI PARTI DOMINAN DALAM PR !!!

PAS sepatutnya menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya sekadar pengikut, kata Senator Mohamad Ezam dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
Ezam yang juga bekas Ketua AMK PKR berkata selagi PAS berada dalam PR, DAP tetap menjadi batu penghalang kepada parti itu.
“Dalam Pakatan, ketua sepatutnya ialah PAS, Timbalan ketua sepatutnya PAS, tetapi PAS tidak mampu dan tidak akan mampu selagi mereka bersama-sama dengan DAP sebab DAP memang tidak mahu melihat Islam dan Melayu itu dilihat sebagai ketua memimpin. Mereka mahu memadamkan sejarah Melayu dan Islam."
“Mereka mahu padamkan kepimpinan yang jelas, yang menjadi tonggak dan kekuatan pada negara ini, pada Islam dan Melayu,” katanya.
Tambah beliau lagi, selagi PAS terus berada di dalam Pakatan Rakyat, parti Islam tersebut akan hilang kerelevanannya, dan tidak lagi berjuang berlandaskan matlamat asalnya.
“Bagi saya DAP ini tak patut ada, patut diharamkan dari awal sebab mereka ni anti tesis, anti kepada penubuhan negara (mereka tekankan) konsep Malaysian Malaysia, sama rata."
“Mana ada sama rata dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam prinsip keadilan dalam Islam pun bukan sama rata, prinsip keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan itu yang kita letakkan orang Melayu tempatnya di mana, orang bukan Melayu tempatnya di mana,” hujahnya.

No comments:

Post a Comment