ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Wednesday, 20 December 2017

KES CIKGU AZIZAN YANG SEDANG HANGAT DIPERKATAKAN !!! (GAMBAR & VIDEO)

Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.
Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:
31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Seremban.
Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500
Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.
Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.
Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan: (Berdasarkan sumber dari warga guru, Cikgu Azizan, dan YDP PIBG Sekolah)
  • Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
  • Buli.
  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.
19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.
Seperti mana artikel sebelum ini: (Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan), sokongan kita kepada Cikgu Azizan terus diperluaskan.
Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.
Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan
SINGKATAN KRONOLOGI KES CIKGU AZIZAN
Anak bekas askar. Saman melalui peguam persatuan bekas tentera. Guru tu Cikgu azizan, PK HEM. Dapat tangkap budak tu sesang hidu gam dan sedang rekrut pelajar lain hidu gam dalam sekolah. Budak tu melawan, berlaku pergelutan dan cikgu azizan dapat tampar budakk tu. Bapak budak tu tak puas hati dan terus bawa kes ke mahkamah. KPPK sediakan peguam untuk cikgu Azizan kerana ada alasan kukuh. Kalah pun tak apa tapi peguam KPPK akan bawa isu moral mengenai sikap KPM yang tak membela guru dalam isu berat yang berlaku di sekolah.
Perlu Ramai Lagi Cikgu Azizan.
Tahniah kepada Cikgu Azizan kerana menjalankan tugas dengan penuh didikasi. Takziah kepada cikgu kerana di saman  hingga ke mahkamah. Semoga cikgu Azizan tabah dan cekal menghadapinya. 
Tidak mengapa cikgu, majoriti rakyat bersama cikgu. Cikgu didakwa bukan kerana cabul kehormatan murid, bukan kerana menjadi pengedar pil kuda di sekolah,  bukan kerana rasuah. Tetapi cikgu didakwa kerana menjalankan tugas sebagai pendidik. 
Negara memerlukan lebih ramai seperti cikgu Azizan. Sanggup menghadapi apa sahaja demi melaksanakan tugas sebagai pendidik. Cikgu Azizan boleh hidup selesa dan tidak perlu pening kepala dan serabut perut mengenai anak muridnya jika beliau seorang guru yang tidak bertanggungjawab.
Biarlah anak muridnya hendak jadi manusia atau tidak. Apa yang penting setiap bulan gaji tetap dapat.  Tetapi ini bukan watak cikgu Azizan. Semoga keadilan berpihak kepada cikgu Azizan.

Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas dan membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan atas pertuduhan mencederakan muridnya Oktober lalu.
Antara yang hadir di mahkamah


Syukur Alhamdulillah...
.buat pengajaran kepada ibubapa murid yang bermasalah...
datanglah berbincang PKHEM kan ada.


Saturday, 16 December 2017

PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN MANASIK BERSEPADU (IMAMS) DIBATALKAN.

Pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS dibatalkan

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS. 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS.


Menurut Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.

Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah

IMAMS yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diperkenalkan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.
astroawani.com

PAS KUNCI UTAMA KEMENANGAN BN DALAM PRU14, KATA PENGANALISIS

PENGANALISIS politik, Dr Hoo Ke Ping berkata kerjasama tidak rasmi antara PAS dan Umno akan membolehkan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya umum akan datang dan meraih semula majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kemenangan itu juga akan diperkuat dengan keyakinan pengundi Cina yang beralih sokongan kepada BN kali ini, kata Khoo yang juga seorang pengkaji ekonomi.

“Dengan kerjasama dua parti Melayu itu, lebih 50 peratus daripada 130 kerusi Melayu boleh ditawan, walaupun di kawasan berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

“Sekali gus (ia) memperlihatkan PAS menjadi faktor terpenting pada PRU akan datang,” katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini.

Beliau yakin bahawa Umno dan PAS akan menyumbang sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen di Semenanjung.

“Kerjasama tidak rasmi dan tanpa rekod antara Umno dan PAS sejak empat tahun lalu bakal mewujudkan peluang kemenangan sekurang-kurangnya di 120 kerusi Parlimen.

“Ia mungkin berlaku, walaupun pakatan pembangkang menampilkan pelbagai cara, termasuk taktik kotor dan kejutan yang dimomokkan pemimpin DAP,” katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian dengan merujuk prestasi BN pada 1999, ketika parti itu ditolak oleh pengundi di hampir 50 kawasan.

“Umno akan tetap menang sekurang-kurangnya 95 kerusi, walaupun tanpa kerjasama dengan PAS,” katanya.

Khoo turut menjangka, MCA dan Gerakan akan menyumbang 20 kerusi di kalangan mereka, ekoran peralihan sokongan 30 peratus pengundi Cina kepada BN.

Isu besar seperti skandal penyelewengan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak akan menjejaskan sokongan ini, katanya lagi.

Ia boleh dilihat melalui trend sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya negeri Sarawak dan siri pilihan raya kecil yang diadakan dalam penggal Parlimen ini.

“Berdasarkan hampir 60 peratus pengundi Cina kembali menyokong BN pada pilihan raya negeri Sarawak, di samping 20 hingga 30 peratus di lima pilihan raya kecil sebelum ini, BN dijangka menang besar walaupun pembangkang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau juga menjangkakan, MIC akan dapat menyumbangkan sekurang-kurangnya enam kerusi.

Kali terakhir BN meraih majoriti dua pertiga ialah pada 2004, yang menyaksikan parti itu menang besar selepas perdana menteri waktu itu Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih daripada Dr Mahathir Mohamad.

Pada 2008, BN tewas di lima negeri dan kehilangan majoriti dua pertiga, sebahagian besarnya  dikatakan berpunca daripada kritikan Dr Mahathir ke atas Abdullah.

Dr Mahathir kini mengetuai blok pembangkang Pakatan Harapan dan konsisten dalam kritikan ke atas Perdana Menteri Najib Razak, terutama berhubung skandal penyelewengan dana pelaburan 1MDB.

MALAYSIA DIROSAKKAN SEKALI LAGI JIKA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat usaha Pakatan Harapan (PH) untuk memberi mandat kepada Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi, akan menjerumuskan negara kepada kerosakan yang lebih teruk. Kerosakan yang telah dibuat melalui dasar dan amalan semasa 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, sehingga hari ini masih membebankan rakyat.

Pelbagai usaha pembetulan semula telah dilakukan di zaman pemerintahan dua Perdana Menteri selepas Dr Mahathir juga oleh kerajaan-kerajaan negeri yang pernah dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihanraya Umum (PRU) tahun 2008, masih belum berupaya membaiki kerosakan tersebut. Oleh sebab itu, usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sekali lagi adalah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang berfikiran waras.

Selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah memperkenalkan dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat. Ketika pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa Perdana Menteri begitu besar sehingga berlaku campurtangan terhadap Institusi Kehakiman dan Legislatif. Malah lebih daripada itu, beliau sebagai Perdana Menteri telah berjaya menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan iaitu pada tahun 1983 dan 1993. Beliau juga telah menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan faderalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri seperti dalam isu yang berkaitan dengan royalti petroleum. Sekiranya Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, diyakini beliau akan menjadi lebih ‘kuku besi’ dari sebelum ini.  

Di dalam aspek ekonomi pula, Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat. Akibat dari dasar dan amalan tersebut menyebabkan rakyat menanggung bebannya sehingga hari ini, seperti kenaikan kos sara hidup, hutang isi rumah terus meningkat dan jurang kaya-miskin yang melebar.

Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir yang semakin kelihatan kegagalannya ialah Dasar Penswastaan. Dasar inilah yang telah menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan air yang tinggi, bebanan hutang PTPTN dan lain-lain. Selain daripada dasar tersebut, terdapat beberapa lagi dasar dan amalan zaman pemerintahan Dr Mahathir yang membebankan rakyat seperti penggalakan pemilikan kenderaan peribadi, peminggiran sektor pertanian, penyuburan peranan orang tengah dan lain-lain lagi.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir juga, rakyat turut menghadapi pelbagai kesan buruk dalam aspek sosial. Salah satu perkembangan sosial yang tidak sihat semasa pemerintahan beliau ialah mengurangkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menentukan rupabentuk bangsa dan jatidiri rakyat Malaysia.
Beliau telah memperkenalkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Metematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah secara langsung menghakis peranan Bahasa Kebangsaan dalam pendidikan.

Di zaman Dr Mahathir juga, berlakunya liberalisasi Pendidikan tinggi sehingga Bahasa Kebangsaan semakin terpinggir di peringkat Pendidikan tinggi. Selain daripada itu, tidak dapat dilihat kejayaan-kejayaan Dr Mahathir semasa pemerintahannya dari segi pengukuhan perpaduan kaum, pembasmian penyalahgunaan dadah, pengurangan jenayah dan lain-lain.

Berdasarkan sebab-sebab yang dipaparkan secara ringkas di atas, PPP berpendirian usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya PH menang selepas PRU ke-14 ini akan menyebabkan negara dan rakyat terus terjerumus dengan kerosakan politik, ekonomi dan sosial.

Tanpa niat untuk mencampuri urusan rumahtangga PH, PPP berpandangan PH sepatutnya mengemukakan calon Perdana Menteri yang dapat meneruskan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Ketua Umum mereka, Dato Seri Anwar Ibrahim. Mengembalikan Dr Mahathir ke tampuk pemerintahan negara bermakna agenda reformasi yang diperkenalkan sejak dua dekad yang lalu akan berkubur. Oleh sebab itu, PPP melihat langkah PH ini tidak menyumbang kepada agenda membaiki kerosakan negara yang akibat dari dasar dan amalan semasa zaman Dr Mahathir.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP
14 Disember 2017
25 Rabiuawal 1439

JAWAPAN KEPADA FITNAH MAHATHIR : BANK NEGARA HILANG 160 BILLION

Masa sudah tidak jadi Perdana Menteri boleh tahu semua benda, masa jadi PM duit hilang bawah hidung dia sebanyak RM31.5 billion boleh pula dia kata "tidak tahu".

Kali ini datang lagi cerita karut  Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad mengenai Bank Negara. Dulu kata 1MDB hilang sampai RM42 billion, kemudian tukar angka jadi 27 billion dan bila 1MDB sudah hampir selesai bayar hutang, Mahathir terus diam tidak bercakap apa apa lagi.
Kali ini Mahathir mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) hilang lebih banyak wang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding ketika beliau mentadbir negara selama 22 tahun.

Mahathir dakwa BNM hilang AS$39.621 bilion iaitu kira-kira RM161 bilion di bawah Najib. Bagaimanapun, Mahathir ketika membuat tuduhan itu mengaku bahawa pada zamannya RM31 bilion juga hilang apabila bank pusat negara itu kerugian dalam urus niaga mata wang asing (Forex). Kalau dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Mahathir kata "tak tahu".

Jika benar tuduhan Mahathir bahawa Bank Negara hilang begitu banyak wang entah ke mana, sudah lama kerajaan Malaysia akan ditegur melalui satu kenyataan rasmi oleh agensi penarafan kredit antarabangsa, Bank Dunia dan IMF.

Kalau hilang duit tersebut dalam tempoh 5 tahun lepas, pada waktu terjadinya "kehilangan" itu, sudah ada berita mengenainya kerana saiz rizab negara  diumumkan oleh BNM pada setiap tiga bulan dan trend naik-turun rizab ini diperhatikan oleh komuniti kewangan (pegawai bank, ahli ekonomi, broker saham, pedagang pertukaran asing dan institusi pengawalseliaan kewangan antarabangsa).

Sebarang trend yang mencurigakan yang begitu jelas semasa rizab hilang akan menyebabkan ulasan dan artikel dikeluarkan oleh industri kewangan.

Tidak masuk akal kalau BNM hilang wang sebanyak itu kerana pada 20 Oktober lepas, rizab antarabangsa BNM diumumkan meningkat kepada AS$101.4 bilion (RM428.7 bilion) pada tarikh 13 Oktober 2017, berbanding AS$101.2 bilion (RM427.7 bilion) yang direkodkan pada 29 September 2017.

Jika benar BNM hilang sebanyak RM161 bilion dalam masa yang amat singkat sudah tentu negara menghadapi masalah ekonomi yang teruk dan ramai orang akan kehilangan pekerjaan serta banyak projek serta langkah kerajaan akan tersekat. Seperti zaman Mahathir pada sekitar 90-an, ketika skandal Forex berlaku, Malaysia terjerumus dalam kegawatan ekonomi sehingga banyak kilang ditutup dan pekerja menjadi penggangur.

Selain itu, wang RM160 bilion yang dituduh itu sebenarnya digunakan untuk pertahankan ringgit bukan digunakan untuk saja-saja cari keuntungan dalam urus niaga Forex. Pada 2014, harga minyak dunia mula jatuh daripada AS$112 setong kepada AS$64 setong menyebabkan mata wang Ringgit Malaysia jatuh.

Lebih 63 mata wang jatuh. Setakat Julai 2015, pasaran ekuiti sudah hilang AS$3 bilion, bon korporat dan kerajaan pula hilang RM206.8 bilion. Najib kemudian melakukan sesuatu yang bijaksana iaitu BNM beli semula ringgit yang dijual menggunakan rizab mata wang asing.

Itu sebabnya dalam hal sedemikian Najib yang juga Menteri Kewangan amat mementingkan membina rizab yang kukuh supaya dapat mempertahankan ringgit apabila ia mengalami tekanan. Mahathir hanya mahu samakan Najib dengan dirinya supaya nampak sama-sama bersalah padahal hanya beliau yang bersalah dalam skandal Forex itu.

Kini pihak polis sudah mula menyiasat Mahathir dalam skandal itu seperti yang disyorkan oleh ahli panel RCI Forex.

Dalam RCI kata "tak tahu", kemudian tahu pula berapa banyak wang hilang ketika Najib jadi Perdana Menteri tetapi buat tuduhan tidak ikut fakta. Mahathir sudah "semakin gila" hari demi hari selepas berguru dengan Lim Kit Siang dan DAP.

Banyak benda tidak betul dicakapnya hanya untuk mengambil kuasa semata mata. Seluruh rakyat Malaysia tahu anak siapa dan kroni siapa paling kaya semasa Mahathir menjadi PM selama 22 tahun.
Sudah sudahlah buat cerita karut, selesaikan dulu mesyuarat cawangan. Itu yang lebih utama sebelum hendak rampas Putrajaya atau apa pun.
credit : Beruang Biru

KENYATAAN PM @DS NAJUB SEMPENA SIDANG OIC DI TURKI


KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA SIDANG KEMUNCAK LUAR BIASA OIC DI ISTANBUL, TURKI
14hb Disember, 2017

Alhamdulillah, saya telah menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang telah diadakan semalam pada 13 Disember di Istanbul, Turki.

Persidangan ini diadakan atas permintaan Presiden Turki selaku Pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-13 rentetan pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat pada 6 Disember untuk mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan cadangan untuk memindahkan Kedutaan Besar Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem.

Saya berpendapat bahawa penganjuran Sidang Kemuncak ini adalah tepat pada masanya untuk umat Islam menyuarakan pandangan dan pendirian mereka mengenai perkara tersebut.

Sidang Kemuncak ini dihadiri ramai pemimpin negara-negara Islam walaupun telah diadakan dalam tempoh yang agak singkat dan di persidangan ini juga saya telah menyampaikan kenyataan bagi mewakili suara rakyat Malaysia. Antara intipati kenyataan saya adalah seperti berikut:

Mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya keputusan unilateral oleh Amerika Syarikat mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Status akhir Al-Quds Al-Sharif patut ditentukan melalui rundingan dua hala di antara Palestin dan Israel melalui kerangka penyelesaian dua negara ataupun two-state solution.

Keputusan Amerika Syarikat merupakan satu provokasi dan akan menyebabkan kesan keselamatan yang serius ke rantau tersebut. Dalam hal ini, saya telah menyarankan supaya umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu bagi menolak sebarang usaha dan cubaan mana-mana negara mengisytihar atau mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel.

Saya turut menegaskan perlunya umat Islam bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memastikan status Al-Quds Al-Sharif hanya melalui rundingan di bawah rangka penyelesaian dua-negara ataupun two-state solution.

Al-Quds Al-Sharif bukan sahaja tempat suci bagi penganut agama Islam, malah merupakan kota suci untuk pelbagai kepercayaan. Tempat ini perlu dipelihara supaya penganut agama-agama tersebut boleh mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman;
Kebuntuan konflik Timur Tengah perlu diselesaikan secara pragmatik berdasarkan undang-undang antarabangsa dan saya telah menegaskan harapan supaya Amerika Syarikat membantu ke arah proses damai melalui, pertamanya, penarikan balik keputusan mengiktiraf Jerusalem, dan keduanya, secara bersama bertanggungjawab dalam membantu keamanan dengan melibatkan kedua-dua negara selaras dengan penyelesaian dua negara ataupun two-state solution.

Ini kerana pada realitinya hanya Amerika Syarikat boleh meyakinkan negara Israel untuk menerima satu bentuk penyelesaian.

Secara umumnya, negara-negara OIC telah menyuarakan pendapat dalam isu ini yang boleh dirumuskan seperti berikut:
i. Mengesahkan bahawa isu Palestin dan Al-Quds Al-Sharif merupakan agenda penting bagi umat Islam;
ii. Memberi sokongan berterusan kepada rakyat Palestin dalam usaha mereka menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan persempadanan sebelum 1967, serta Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin yang berdaulat;
iii. Menolak sekeras-kerasnya pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat secara unilateral yang mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel, adalah tidak sah dari segi undang-undang dan sejarah;
iv. Menegaskan bahawa keamanan yang akan dicapai oleh penduduk Palestin hanya akan berlaku bila tamatnya penaklukan Israel ke atas wilayah Palestin;
v. Mengiktiraf Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyeru negara-negara lain untuk mengiktiraf Palestin; dan
vi. Menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan kadar yang segera dengan menggerakkan resolusi-resolusi yang berkaitan Al-Quds Al-Sharif.

Negara-negara anggota OIC bersedia membawa isu ini ke Perhimpunan Agung PBB jika Majlis Keselamatan PBB gagal untuk bertindak.
Ketika di Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC, saya juga berkesempatan mengetuai delegasi Malaysia untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan Raja Abdullah II, Raja Jordan, serta delegasi Jordan.

Dalam pertemuan tersebut, Baginda telah menyampaikan harapan agar hubungan Malaysia dan Jordan dapat diperkukuhkan lagi, melalui pertemuan-pertemuan dua hala, terutama sekali dalam bidang perdagangan.

Kami juga telah bertukar-tukar pendapat mengenai tindakan unilateral Amerika Syarikat mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu kota Israel dan Raja Abdullah telah menyuarakan kebimbangan Baginda mengenai isu tersebut.

Raja Abdullah turut menegaskan bahawa umat Islam perlu bijak dalam menangani isu ini memandangkan ia boleh disalahtafsir oleh masyarakat antarabangsa dan memburukkan imej umat Islam.

Baginda juga berpendapat bahawa umat Islam sepatutnya sentiasa mencerminkan keinginan untuk mencapai keamanan dan kedamaian, dan penyelesaian melalui rundingan, agar umat Islam tidak dikaitkan dengan, ataupun disalahtafsir, sebagai kumpulan ekstrem atau kumpulan yang menggunakan kekerasan.
Oleh itu, dalam menangani isu Al-Quds Al-Sharif ini, Baginda mengharapkan kebijaksanaan dalam menangani isu ini supaya pada akhirnya umat Islam akan mencapai apa yang dihasratkan oleh mereka.

Semoga Allah SWT melindungi dan memberkati kita umat Islam, menggagalkan cadangan mereka mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mereka yang menghina dan menekan kita umat Islam.

Friday, 15 December 2017

KESAHAN IBADAT DAN ISTIGHFAR

ASSALAMUALAIKUM...
ASSALAM JUMAT YANG PENUH BAFOKAH.

    KeSAHan sesuatu ibadat diperoleh apabila dilakukan dengan mengikut syarat syarat dan rukun rukun seperti yang ditentukan oleh syarak. Di samping itu juga, ibadat hendaklah dilaksanakan secara ikhlas semata mata kerana Allah. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredaan Allah bukan puji pujian daripada manusia. Tanpa keikhlasan hati, Allah tidak menerima sesuatu ibadat malah tiada ganjaran diberikan. Di sisi Allah, ibadat tersebut tidak bernilai sama sekali.
      Ikhlas itu letaknya di hati. Ia adalah amalan hati yang mesti diberikan perhatian yang khusus dan diusahakan secara berterusan setiap kali ketika melakukan ibadat. Tiada siapa pun yang mampu menilai keikhlasan hati orang lain kecuali Allah. Ibnu Qayyim menyebut, amalan zahir adalah pelengkap kepada amalan hati. Maka, menjadi keutamaan kepada setiap individu muslim supaya mempelajari hal ehwal dan amalan amalan hati, disamping mengentahui hukum hakam ibadat zahir yang lain. Kualiti sesuatu ibadat amat berkait rapat dengan keikhlasan hati seseorang.
    Keikhlasan hati dikaitakan juga dengan niat. Semasa berniat seseorang itu bertekad bahawa ibadat yang dilakukan ikhlas semata mata hanya kerana Allah. Ibadat yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan diterima. Ikhlaskan hati, kerana ikhlas menjadi suatu ibadat diterima dan dinilai sebagai ibadat disisi Allah. Ikhlas dapat menyelamatkan manusia daripada perangkap tipu daya iblir dan konco konconya. Semuanya akan terperangkap kecuali orang orang yang ikhlas beribadat.
🌿 Waallahu'aklam 🌿

ISTIGHFAR MENJERNIHKAN HATI
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

🔖 Setiap dosa menyebabkan kotornya hati. Pembersih kekotoran itu adalah Istighfar.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى يَعْلُوَ قَلْبَهُ ذَاكَ الرَّيْنُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الْقُرْآنِ { كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ }

🍃 Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu Anhu ia berkata: Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya seorang Mukmin jika berdosa akan ditandai titik hitam pada hatinya. Jika ia Bertaubat, mencabut kemaksiatannya dan beristighfar, maka hatinya akan mengkilap. Namun, jika ia menambah dosanya, maka titik hitam itu akan bertambah hingga menguasai hatinya. Kalau sudah demikian, itulah ‘ar-raan’ (bintik hitam yang menguasai/menutup hati) yang Allah sebutkan dalam al-Qur’an:
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka perbuat telah menutup hati mereka. (Q.S alMuthaffifin:14).(H.R Ahmad).

🌏 Hati adalah raja bagi anggota tubuh yang lain. Jika baik hatinya, maka anggota tubuh yang lain akan baik.

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

🍃 Ingatlah bahwa di dalam jasad terdapat segumpal daging. Jika baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika rusak, maka rusaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahwa (segumpal daging) itu adalah Hati. (H.R alBukhari dan Muslim).

☝ Karena itu, menjernihkan Hati adalah suatu manfaat yang sangat besar. Manfaat tersebut bisa dicapai dengan Istighfar.

💥 Sebaliknya, hati yang kotor dengan dosa, akan sulit menerima nasehat dari alQur’an dan Sunnah Rasul Shollallaahu Alaihi Wasallam. Sesuatu yang haq akan dinilai batil, dan yang batil akan ternilai haq. Parameter penilaian menjadi terbalik.

💐 Lebih penting dari itu semua : kejernihan dan keselamatan hati adalah penentu Kesuksesan saat bertemu dengan Allah nanti pada hari kiamat :

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

🍃 Di hari yang tidak bermanfaat (lagi) harta ataupun anak. Kecuali yang datang menghadap Allah dengan Hati yang selamat. (Q.S asy-Syu’araa’:88-89).

=====================
📗 Dikutip dari Buku "Sukses Dunia Akhirat dengan Istighfar dan Taubat."

▶ Al Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafidzahullah.

Thursday, 20 April 2017

MANIFESTO KHUSUS UNTUK KELANTAN BAGI PRU14 - MUSTAPA

JELI: UMNO Kelantan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyediakan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus bagi negeri Kelantan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata manifesto itu merangkumi komitmen BN untuk memajukan Kelantan dan tumpuan kepada keperluan rakyat serta kemampuan kewangan kerajaan persekutuan.

"Ia (manifesto) merupakan janji pihak kami (BN) kepada rakyat Kelantan. Walaupun pihak kami kalah pada PRU13, tetapi kami mampu melaksanakan berberapa perkara (pembangunan) untuk rakyat di Kelantan terutamanya berkaitan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tidak termasuk dalam manifesto PRU13," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melancarkan Jelajah Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Dataran Bukit Bunga di sini malam tadi.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mendapatkan pandangan masing-masing untuk diteliti dan kemudian dimasukkan ke dalam manifesto tersebut.

Mustapa berkata tumpuan akan diberikan kepada soal pembangunan tanah, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan pemeliharaan alam sekitar di Kelantan.

"(Manisfesto) berkemungkinan dimuktamadkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi," katanya.

Mengenai program Jelajah Dikir Barat itu, beliau berkata UMNO Kelantan akan menggunakan kumpulan dikir barat sebagai platform untuk menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata dikir barat merupakan satu kaedah kreatif yang berkesan bagi menyampaikan mesej kerajaan melalui tokoh pendikir iaitu melalui hiburan dan seloka.

"Kami (BN) akan menggunakan kaedah ini seminggu atau dua minggu sekali di setiap kawasan Parlimen yang terdapat di Kelantan secara bergilir-gilir sehingga menjelang PRU14," katanya.
- BERNAMA

HAKIKATNYA MAHATHIR LAH PUNCA MELAYU BERPECAH

Selepas serangan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjaya, kini Tun Dr. Mahathir Mohamad telah beralih kepada PAS pula. Beliau menyalahkan PAS kerana menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang.

Beliau juga menuduh sejak PAS ditubuhkan, perpecahan di kalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulih lagi.

Perkara itu diluahkan menerusi catatan dalam blog beliau. Apa yang jelas ia sebenarnya merupakan satu luahan kebimbangan selepas PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Jika dulu Mahathir menuduh UMNO memecahkan umat Islam negara ini apabila membenarkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) di Dewan Rakyat, kini giliran PAS pula dikatakan sebagai memecahbelahkan orang Melayu.

Beliau boleh membuat pelbagai tuduhan namun hakikatnya, beliaulah yang menjadi punca kepada perpecahan Melayu di negara ini. Malah penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memburukkan lagi keadaan.

Mahathir tidak perlu menuding jari kepada orang lain. Hanya kerana agenda peribadi maka ia menyebabkan beliau keluar dari UMNO.

Bukan itu sahaja, Mahathir kemudiannya menubuhkan PPBM dan sanggup sepentas dengan Lim Kit Siang yang pernah beliau musuhi dan dianggap sebagai rasis. Itu semua dapat dilupakan asalkan dendam untuk menjatuhkan Najib tercapai.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan Melayu berpecah? Beliau lupa penubuhan dua parti adalah disebabkan beliau sendiri iaitu PPBM serta PKR, yang berpunca selepas pemecatan Anwar Ibrahim.

Nasib baik semangat 46 sudah terkubur, jika tidak, itu pun berpunca daripada Mahathir Mohamad.

Monday, 13 March 2017

DAHULUKAN RAKYAT, KETEPIKAN POLITIK SEMPIT DALAM KERJASAMA BN-PAS – PM @Najibrazak

KOTA BHARU, 12 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) mengutamakan langkah yang mendahulukan rakyat dalam sebarang kerjasamanya dengan PAS demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata pemimpin parti berkenaan perlulah mengetepikan ideologi sempit politik kepartian dalam jalinan kerjasama sedemikian kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.

“Terima kasih, walaupun kita berbeza ‘baju’ dan ideologi tetapi demi kepentingan rakyat, demi kepentingan ummah, kita boleh bekerjasama.

“Dan inilah semangat yang perlu ada, bukan pemikiran yang sempit dan bukan keterlaluan (dalam) politik, tetapi rakyat mesti kita dahulukan,” katanya ketika berucap merasmikan UTC Kelantan (Pusat Tranformasi Bandar) di Jalan Hamzah di sini, hari Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Najib berkata kerjasama itu mestilah dikekalkan sebagaimana yang ditunjukkan sebelum ini dalam misi bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’, Perhimpunan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) (RUU355) serta ketika banjir.

“Ini bukan hari kita berpolitik (tapi) hari kita bekerjasama… hari kita kerjasama macam kita kerjasama untuk ‘Food Flotilla For Myanmar’, masa banjir kita kerjasama, masa RUU355 kita kerjasama dan sebagainya.

“Inilah yang terbaik…jadi kalau ada pentas janganlah kongsi dengan orang lain,” katanya.

Najib, dalam nada sinis, turut mendakwa perdana menteri sebelum ini sering menganaktirikan Kelantan hanya kerana ia diperintah oleh PAS.

“Saya tidak macam ada pendahulu saya dahulu. Potong peruntukan untuk Kelantan kerana politik, kerana tak suka (PAS). Tapi (di bawah pentadbiran) saya, saya tambah peruntukan untuk Kelantan,” katanya.

Sebagai perbandingan, katanya, semasa Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), Kelantan diberi peruntukan lebih RM3 bilion sedangkan di bawah RMK11, negeri itu menerima RM12.11 bilion yang merupakan pertambahan empat kali ganda.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan terminal baharu bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) iaitu dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jarak serta kos pembinaan terminal dan laluan tambahan baharu itu.

Mengenai UTC Kelantan, perdana menteri berkata ia merupakan UTC ke-18 yang dibina kerajaan sejak diperkenalkan pada 2012.

UTC Kelantan, yang dibina dengan peruntukan RM37.8 juta, akan menempatkan 27 agensi kerajaan di bawah satu bumbung dan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Ini menjadikan UTC perkhidmatan kerajaan pertama di dunia yang beroperasi setiap hari dengan 41.7 juta pelanggan menggunakan perkhidmaan UTC di seluruh negara sejak 2012,” kata beliau.

Najib mengadakan lawatan dua hari ke Kelantan sejak semalam.