ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Sunday, 4 January 2015

MASYARAKAT KUTUK TINDAKAN 6 REMAJA PERSENDA SOLAT

hina dan persenda solat

Trend penghinaan terhadap kesucian Islam yang berlaku dalam negara akhir-akhir ini menuntut kerajaan untuk tidak lagi bersikap ‘lembik’ atau sekadar memberi amaran, sebaliknya ‘bertaring’ dalam bertindak.

Terbaru tindakan sekumpulan remaja lelaki yang merakamkan gambar ketika solat menerima kecaman pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mempersenda dan menghina Islam.

Gambar sekumpulan remaja yang sedang ‘bersolat’ itu mula diperkatakan apabila penguna media sosial memuatnaik gambar tersebut yang kemudianya menjadi ‘viral’.

Ada yang merasakan tindakan remaja tersebut hanya sekadar ingin berjenaka, namun tindakan mereka itu dilihat sebagai keterluan kerana mempersendakan ibadah masyarakat Islam di negara ini.

Gambar tersebut turut memaparkan aksi mereka yang tidak menutup aurat, bercakap menerusi telefon bimbit dan yang paling menyedihkan ada yang sedang menghisap rokok.

SuaraTV dimaklumkan sehingga tiada sebarang aduan dan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian ini.

Tinjauan SuaraTV juga mendapati, ramai dikalangan penguna media sosial mengesa agar pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perlaku di dalam gambar tersebut.
SuaraTV

VIDEO KES BULI BABITKAN BUDAK SEKOLAH DI JALAN LANGGAR


Alor Setar – Satu lagi video membabitkan kes buli murid di satu sekolah di Jalan Langgar dekat sini, tersebar sehingga menjadi viral di laman sosial, Facebook, sejak semalam.

Rakaman video berdurasi seminit 51 saat yang memaparkan seorang murid tahun enam dibuli sekumpulan rakan seusianya di sekolah mereka itu kini sudah mendapat perhatian kira-kira 30,000 pengguna laman sosial itu.

Difahamkan, kes itu berlaku pada waktu rehat di sekolah terbabit pada sekitar September tahun lalu iaitu selepas mereka menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Wakil keluarga pelajar itu, ketika ditemui di sekolah berkenaan, bagaimanapun enggan mengambil tindakan terhadap sekolah tetapi sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tengah hari tadi bagi rujukan pihak berkuasa.

Wakil keluarga itu yang juga Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W Thiruchandru, berkata ibu-bapa pelajar itu tidak berhasrat untuk memanjangkan isu berkenaan tetapi mahu pihak berkuasa memberi amaran kepada pelajar terbabit supaya tidak mengulangi kejadian sama.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Datin Azuyah Hassan, berkata pihaknya sudah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat kes buli terbabit.

Saturday, 3 January 2015

VIDEO : KETAKSUBAN MELAMPAU PADA NIK AZIZ #BANJIR 2014

Ni ada satu cerita just nak kongsi dengan rakyat Malaysia semua. Umumnya semua maklum sangat dengan situasi dan kesan banjir yang melanda Pantai Timur ketika ini. Memang teruk. Malah ada yang menyamakan situasinya seolah-olah sama dengan kesan tsunami.

Namun, rupa-rupanya ketaksuban Macai PAS kepada Nik Aziz tidak dapat disembunyikan walau ketika mereka ditimpa musibah. Mereka seperti "Beriman" bahawa gambar Nik Aziz terpelihara dan "dijaga" daripada terkena lumpur...... Tanda ia satu karamah.

"Allah 'selamatkan' gambar frame Tok Guru Nik Aziz saja?" 

Surau, masjid, mushaf2 Quran semua rosak kena lumpur tapi gambar Nik Aziz sekeping dalam frame tak kena (kononnya) macai Pas beriman adalah karamah.

Nik Aziz lagi suci dan mulia dari Al-Quran di sisi macai. 

Musykilnya, Nik Aziz sendiri menjadi mangsa banjir.

Anda tengok video ni sendiri....

Wallahu alam

MANGSA BANJIR DI ENAM NEGERI CATAT PENURUNAN SETAKAT 7 PETANG INI

Mangsa banjir di enam negeri catat penurunan setakat 7 petang ini

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di enam negeri semakin beransur pulih apabila bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 7 petang ini berbanding tengah hari tadi.

Di KELANTAN jumlah mangsa banjir menurun kepada 9,877 orang daripada 2,380 keluarga yang masih berada di 91 pusat pemindahan berbanding 9,957 orang pada tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berkata jumlah mangsa yang direkodkan adalah di Tanah Merah dengan 1,668 orang, Kuala Krai (3,636), Machang (2,419) dan Gua Musang (2,154).

Pusat pemindahan di Tumpat ditutup sepenuhnya pada petang ini.

Di TERENGGANU, keseluruhan banjir hampir pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan daerah Dungun menurun kepada hanya 44 orang berbanding 143 orang tengah hari tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kesemua mangsa tersebut adalah sebahagian daripada mangsa yang ditempatkan di Sekolah Menengah Durian Mentangau.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun sedikit kepada 42,703 orang berbanding 42,938 tengah hari tadi yang ditempatkan di 183 pusat pemindahan dalam tujuh daerah yang terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata tujuh daerah yang masih terjejas itu ialah Temerloh menempatkan 20,909 orang, Pekan (11,096), Jerantut (3,659), Bera (3,416), Maran (2,149), Kuantan (1,074) dan 400 orang di Lipis.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang direkodkan menurun kepada 6,653 daripada 1,820 keluarga pada petang ini berbanding 6,775 orang tengah hari tadi.

Jurucakap MKN Perak berkata kesemua mangsa masih berada di 42 pusat pemindahan di lima daerah iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Manjung dan Hilir Perak.

Mangsa banjir di daerah Perak Tengah menurun sedikit kepada 5,056 orang, begitu juga di daerah Kuala Kangsar (460), Hilir Perak (272) dan Manjung (140) manakala di Hulu Perak kekal pada 725 orang.

Di JOHOR, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir menurun kepada 86 mangsa daripada 18 keluarga berbanding 116 orang tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata 30 orang yang ditempatkan di Sekolah Agama Kampung Kuala Paya di daerah Segamat, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, hanya lima pusat pemindahan yang masih aktif iaitu di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam di daerah Batu Pahat yang menempatkan 28 orang dan empat lagi di daerah Segamat iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Simpang Loi (11 orang), Balairaya Kampung Batu Badak(28 orang), Balairaya Kampung Tandung (10 orang) dan Balairaya Kampung Sanglang (sembilan orang).

Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir yang masih berada di empat pusat pemindahan di empat daerah negeri ini menurun kepada 1,023 orang daripada 268 keluarga pada petang ini berbanding 1,105 orang daripada 335 keluarga tengah hari tadi.

Jumlah mangsa di daerah Kudat bagaimanapun mencatatkan peningkatan mendadak kepada 864 orang daripada 234 keluarga berbanding 265 orang daripada 65 keluarga tengah hari tadi dan mereka ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Sikuati.

Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim berkata peningkatan mendadak itu disebabkan peningkatan paras air Sungai Korina kepada 2.68 meter iaitu melepasi paras bahaya 2.2 meter.

Di daerah Pitas pula jumlah mangsa banjir ialah 139 orang daripada 29 keluarga dan ditempatkan di pusat pemindahan SK Rokum dan Dewan Gereja Kampung Kebatasan.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam berkata operasi dua pusat pemindahan banjir di daerah itu iaitu Dewan Tun Said dan Dewan Chung Hwa ditutup kira-kira jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun katanya pusat pemindahan banjir di Dewan SMK Taun Gusi di daerah berkenaan masih beroperasi kerana terdapat 20 mangsa daripada lima keluarga belum dapat pulang ke rumah masing-masing.
AstoAwani

TNB JAWAB FITNAH HUSAM


Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan TNB punca di sebalik kejadian banjir luar biasa yang berlaku di Kelantan tahun ini.

Menerusi satu kenyataan media, Unit Komunikasi Korporat TNB berkata, terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhan yang dibuat ke atas TNB ialah 
1) limpahan air daripada Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan, 
2) empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan, 
3) kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai dan seterusnya ke Kota Bahru, 
4) Projek ini dilaksanakan secara rahsia.

TNB tampil menafikan kesemua tuduhan berkenaan dengan memberikan penjelasan bahawa projek itu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir.


Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di  Terengganu dan dipisahkan daripada  Kelantan oleh banjaran gunung.

“Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak,” katanya.

Menurut kenyataan itu, air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah dan air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah.

Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan, air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir.

“Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat di mana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir.

“Adalah mustahil untuk air pelepasan daripada kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih di bawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan,” ujarnya.

TNB menafikan dakwaan yang mengatakan projek itu dilaksanakan secara rahsia kerana ia dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Malah, katanya, upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa.

TNB sekali lagi menegaskan bahawa projek berkenaan tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir.

FAKTA DISEBALIK BANJIR TERBURUK DI KELANTAN !!!

A Karim Omar - Setelah kiriman saya beredar pada 1hb Januari 2015 untuk menjawab “bagi pihak TNB Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?, akhirnya, hari ini, TNB mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab fitnah Husam Musa.
Pada 31hb Disember 2014, Husam Musa menyalahkan kerja-kerja pembinaan projek empangan Kenyir 2 sebagai punca banjir di Kelantan. (Baca: Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?)
Baca kenyataan penuh kenyataan TNB (klik pada imej untuk paparan lebih besar):
Walaupun akhirnya TNB mengesahkan penjelasan yang telah saya utarakan sebelum ini – namun TNB dikira terlalu lambat untuk menjawab sesuatu isu berkaitan reputasi TNB. TNB tidak patut tunggu sehingga hari ke empat baharu hendak jawab secara rasmi.


BERITA PALSU BANJIR :14 INDIVIDU DIMINTA TAMPIL BANTU SIASATAN


CYBERJAYA: Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

“Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan,” kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.

Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan
ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, 
i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu
ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor
iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.

MUSIBAH CEMBURU KETERLALUAN

3cemburu.transformed

ISTERI ibarat harta yang perlu dijaga elak diambil orang. – Foto hiasan
CEMBURU dan marah adalah dua perasaan yang berada di dalam hati setiap manusia. Apa yang menjadi isu ialah bagaimana cara kita menghadapi dan mengatasi perasaan negatif yang terbit dalam hati manusia.
Memang menjadi fitrah dalam hidup manusia menghadapi kedua-dua perasaan ini, iaitu sama ada orang berasa cemburu dan marah dengan kita ataupun kita yang berasa cemburu dan marah terhadap orang lain.
Tetamu segmen Usrati minggu ini, Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin menjelaskan perasaan cemburu ini timbul daripada rasa cinta atau rindu seseorang itu kepada orang lain.
Sebaliknya, bagi seseorang yang tidak mempunyai rasa cinta, perkataan cemburu langsung tidak timbul dalam dirinya. Begitu juga dengan pernikahan di antara suami dan isteri, tidak akan wujud kebahagiaan dalam kehidupan mereka sekiranya tidak wujud rasa cinta dan sayang antara kedua-duanya.
Takut harta diambil orang
Ustaz Muhammad Fahmi mengibaratkan seseorang yang cemburu itu adalah seperti orang yang mempunyai harta dan berasa takut hartanya diambil orang.
Oleh sebab itu harta itu akan dijaga dengan baik supaya sentiasa selamat berada dalam genggamannya. Begitulah juga dengan seseorang yang berasa cemburu terhadap orang lain yang mungkin akan merampas haknya, sama ada pasangan, harta, masa dan sebagainya.
Perasaan cemburu bermula daripada perasaan bimbang di dalam hati seseorang terhadap haknya yang berkemungkinan besar tidak tertunai.
Perasaan cemburu di dalam hati juga adalah salah satu cara Allah SWT mendidik hamba-Nya mengingati bahawa setiap nikmat yang dikurniakan di dunia ini adalah sementara sahaja dan bila-bila masa sahaja Allah berhak untuk mengambilnya semula.
Kebiasaannya apabila perasaan cemburu timbul di dalam hati, kita cenderung untuk menyalahkan orang lain atau persekitaran berbanding melihat dan muhasabah diri sendiri.
Jaga aurat isteri
Sebagai contoh, seorang suami yang sayang kepada isterinya tidak sepatutnya membiarkan isterinya itu memakai pakaian tidak menutup aurat dan bergaul bebas tanpa batasan.
Mana mungkin harta yang disayangi, yang ditakuti diambil orang dibiarkan tanpa pengawalan di tepi jalan. Sudah pasti harta itu akan diambil orang atau sekurang-kurangnya diawasi oleh banyak mata yang melihat. Begitulah juga halnya dengan seorang isteri yang disayangi tidak patut dibiarkan bebas tanpa pengawasan. Keadaan ini akan mengundang kepada timbulnya perasaan cemburu.
Setiap manusia, lelaki atau wanita akan ada rasa cemburu di dalam hati mereka, bahkan juga isteri kepada Rasulullah SAW.
Diriwayatkan oleh Anas dari Sahih Bukhari, dalam satu kisah pernah sekali ketika giliran Rasulullah SAW bersama Aisyah, isteri Baginda yang lain bernama Zainab menghantar makanan kepada Baginda melalui seorang khadam.
Namun, Aisyah berasa sedikit terganggu kerana pada ketika itu adalah gilirannya dengan Rasulullah. Lantas Aisyah menolak makanan yang dihantar lalu jatuh dan pinggan yang digunakan untuk membawa makanan itu pecah.
Rasulullah sedikit pun tidak menunjukkan rasa marah, malah Baginda sendiri mengutip serpihan pinggan yang pecah dan memberitahu kepada khadam untuk makan makanan yang dibawa itu. Kemudian Baginda menggantikan pinggan yang pecah itu dengan pinggan baru.
Cemburu berlebihan jadi musibah
Perasaan cemburu di dalam hati manusia adalah fitrah, namun cemburu yang berlebihan dan tidak berasas boleh mendatangkan musibah.
Sabda Nabi SAW bermaksud: “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar (cemburu buta).” (Riwayat Abu Daud).
Perasaan cemburu yang dibenci Allah SWT adalah cemburu yang berlebihan atau cemburu buta dan membawa kepada tohmahan, iaitu menyebabkan keraguan dan buruk sangka hingga akhirnya membawa kepada hasad dengki.
Cemburu buta boleh mendatangkan kesan besar dalam kehidupan seseorang yang akhirnya boleh memutuskan hubungan suami isteri, kekeluargaan, persahabatan dan juga mengakibatkan kes jenayah.
Kisah Imam Sibawaih boleh dijadikan teladan. Beliau seorang yang sangat mencintai ilmu dan menghabiskan masa menulis kitab hingga akhirnya menimbulkan rasa cemburu di dalam hati isterinya dengan merasakan dirinya tidak dipedulikan.
Pada suatu hari isterinya membakar kitab sedang diusahakan beliau. Namun Imam Sibawaih tidak berasa marah, malah menulis semula kitab itu sehingga menjadi lima jilid dan menjadi rujukan sehingga kini.
Perasaan cemburu yang berlaku disebabkan dunia adalah sia-sia kerana dunia itu sendiri adalah sementara seperti firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah, ayat 24 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya).” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik (derhaka).”
Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMFM
-BHonline

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Salam sejahtera dan selamat menyambut Maulidur Rasul.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab, 33: 56)

ASAL PENGERTIAN SELAWAT
Asal perkataan ‘selawat’ di dalam bahasa Arab adalah صلاة (solat)
Selawat            = صلاة
Seperti mana solat (sembahyang), begitulah yang diertikan dengan selawat. Di dalam Bahasa Arab, selawat dan solat berasal dari perkataan yang sama.
Adapun pengertian solat dari segi bahasa adalah doa. Apa pula ertinya doa? Doa berasal dari perkataan دعى ataupun  دعوة yang bererti menyeru ataupun meminta.
Doa ( دعوة          =             دعى         =          ( دعاء        (menyeru / meminta)
Itulah maksud solat yang seerti dengan doa. Apabila dikatakan kita berdoa kepada Allah, bererti kita sedang menyeru dan meminta kepada Allah.

BAGAIMANA ALLAH & MALAIKAT BERSELAWAT KE ATAS NABI
Firman Allah, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi.”
Bagaimana Allah berselawat ke atas Nabi? Apakah ertinya Allah berselawat ke atas Nabi? Dalam ayat itu jelas mengatakan Allah berselawat ke atas Nabi. Ini adalah asas selawat, iaitu selawat itu kembali kepada selawat Allah ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.
Selawat Allah ke atas Nabi:
Ertinya adalah pujian Allah serta disebut-sebut nama Rasulullah di sisi malaikat-malaikat langit tujuh.
Itu adalah asalnya. Apabila disebut Allah berselawat ke atas Nabi, ertinya Allah memuji-muji Muhammad Rasulullah, tidak ada Nabi yang lain. Disebut-sebut namanya di sisi para malaikat yang bukan sebarang malaikat, tetapi malaikat langit 7 yang paling hampir kedudukannya dengan Arasy Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Selawat para Malaikat ke atas Nabi:
Selawat para malaikat dan selainnya (termasuk kita) adalah permohonan atau doa kita kepada Allah agar Allah berselawat ke atas Nabi.
Asalnya selawat sudah ada, iaitu bukan kita meminta supaya Allah baru hendak selawat, sebaliknya adalah supaya Allah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini kerana selawat Allah ke atas Nabi sudah berlaku seperti mana di dalam ayat Al-Quran yang disebutkan tadi. Jadi apabila kita berdoa kepada Allah agar Allah berselawat maknanya adalah untuk Allah memperbanyakkan selawat (puji-pujian) ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.
Jadi apabila kita berselawat ke atas Nabi maknanya kita meminta daripada Allah untuk berselawat ke atas Nabi. Apabila Allah berselawat, bererti Allah memuji-muji Rasulullah serta disebut-sebut namanya di sisi para malaikat langit ketujuh.

Ketika kita berselawat ke atas Nabi, kita sebenarnya sedang berdoa kepada Allah. Selawat adalah satu doa. Kita berdoa dan memohon daripada Allah dan kita menyeru Allah untuk Allah berselawat ke atas Nabi.
Seperti mana lafaz kita,
اَللهُمّ صَلّ عَلى مُحَمّدٍ
“Ya Allah, selawatlah ke atas Muhammad”

Di situ jelas bentuk permohonannya. Tetapi mungkin kita keliru sedikit dengan ucapan  صلى الله عليه وسلم  (Allah berselawat dan salam ke atasnya) atau صلى الله على محمد  (Allah berselawat ke atas Muhammad) , mungkin tidak nampak secara jelas permohonan di situ kerana bentuk lafaznya seperti ayat penyata (khabar) tetapi di situlah permohonan. Itu adalah ayat permohonan tetapi dalam bentuk ayat penyata.
Di antara ulama tafsir yang mentafsirkan ayat ini adalah Imam Ibnu Katsir rahimahullah. Beliau mentafsirkan ayat “Allah serta para malaikatNya berselawat ke atas Nabi” dengan mengatakan bahawa Allah menyebutkan tentang kedudukan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam yang tinggi, kerana di sini jelas Allah menyatakan bahawa Allah memuji-muji Rasulullah serta disebut-sebut namanya di sisi para malaikatNya.

Seterusnya Allah memerintahkan “Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi, dan ucapkanlah salam”. Ibnu Katsir mengatakan, tujuannya adalah supaya menghimpunkan kedua-dua selawat, iaitu selawat penduduk langit serta selawat penduduk bumi agar selawat itu lebih lengkap dan sempurna, supaya dimuliakan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dengan semulia-mulianya.
Imam Al-Qurthubi rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa di dalam ayat ini secara tidak langsung mengatakan bahawa Allah telah memuliakan Rasulullah semasa hidupnya (ayat ini turun ketika Rasulullah hidup) dan juga setelah kewafatannya.

Ayat ini secara jelas menyuruh kita berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dan hanya Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Di situ jelas bahawa kita telah mengkhaskan Nabi Muhammadsallallahu ‘alaihi wasallam dengan satu doa. Maka di situ sahaja telah menunjukkan kedudukan Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam yang tinggi dan lebih tinggi berbanding para Nabi-Nabi dan para Rasul yang lain.

Di antara faedah yang dapat kita ambil dari ayat ini:
  1. Kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta kedudukan Baginda yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala
  2. Perintah wajib untuk mengamalkan satu ibadah khusus iaitu berselawat ke atas Nabi di samping ibadah-ibadah lain yang disyariatkan
  3. Para Ulama menjelaskan bahawa interaksi antara kita dengan Nabi Muhammad (setelah kewafatannya) adalah sekadar kita berdoa kepada Allah untuk berselawat ke atas Baginda. Maka jangan sama sekali kita menyeru, meminta, atau berdoa kepada Baginda. Walaupun ayat ini menjelaskan kedudukan Baginda yang tinggi, tetapi tidak sampai sehingga kita melebihkan kedudukan Baginda sehingga kita menujukan doa dan seruan kepada Baginda. Itu adalah perbuatan yang melampau dan telah melebihi dari apa yang dituntut ke atas kita. Kita menghormati dan memuliakan Baginda, serta meletakkan Baginda pada kedudukan yang paling tinggi, kita meminta supaya Allah berselawat ke atas Baginda, tetapi tidak sampai kita meminta hajat kepada Baginda. Adapun di dalam meminta hajat, kita hanya meminta daripada Allah dan kepada Allah semata-mata.
Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan tentang penyimpangan golongan yang berinteraksi dengan Rasulullah antaranya dengan cara mensedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah. Ini adalah penyimpangan dan amalan baru yang diada-adakan. Kita tidak diperintahkan untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah.

UCAPAN SALAM KE ATAS NABI
Firman Allah dalam ayat yang sama: “Berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”
Ada dua ibadah yang kita diwajibkan dalam interaksi kita dengan Nabi;
  1. Berselawat ke atas Nabi
  2. Mengucapkan salam ke atas Baginda.
Allah memaklumkan bahawa Allah telah berselawat ke atas Nabi dan Allah telah memberi salam ke atas Nabi. Maka kita juga dituntut melakukan yang sama.
Apakah yang dimaksudkan dengan salam?
سلام      =             سلامة     =             Selamat / Keselamatan
Bagaimanakah Allah memberi keselamatan ke atas Baginda? Jelas bahawa semasa hidup Baginda, Rasulullah telah dipelihara dan diberi keselamatan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini sebagaimana di dalam Surah Al-Maa-idah ayat ke-67 di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
يَاأَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَآأُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu lakukan maka kamu tidak menyampaikan risalahNya. Allah akan memaksumkan (memelihara) kamu daripada manusia.” (Surah Al-Ma-idah, 5: 67)
Ayat ini jelas menunjukkan jaminan kepada Rasulullah. Allah memerintahkan kepada Rasulullah supaya menyampaikan apa yang telah diturunkan. Dalam erti kata lain, ini adalah amanah dan tanggungjawab, jangan takut dengan manusia kerana Allah akan memelihara dan menjaga keselamatan Rasulullah. Itu ketika hidup Baginda.

Adapun selepas kewafatan Baginda pun, percayalah bahawa Allah terus memelihara Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Walaupun Baginda sudah wafat, dan Baginda berada di perkuburannya, tetapi keselamatan dan jagaan Allah berterusan ke atasnya. Namun dalam masa yang sama kita disuruh meminta dan berdoa ke atas keselamatan Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam agar Baginda terus dipelihara di kubur Baginda.

KISAH USAHA MENCURI JASAD RASULULLAH
Tercatat di dalam sejarah satu kisah yang berlaku di masa yang lampau, tentang dua orang yang telah datang ke Madinah. Seorang pemerintah pada satu malam telah bermimpi tiga kali berturut-turut berjumpa dengan Rasulullah, dan Rasulullah berkata, “Selamatkan aku daripada dua orang ini”. Di dalam mimpi itu Rasulullah menunjukkan dua orang tersebut dengan rupa parasnya.

Pemerintah itu terjaga dari mimpi dengan keadaan cemas. Di dalam mimpi itu Rasulullah memerintahkannya supaya menyelamatkan Baginda. Maka dia mengumpulkan hulubalang-hulubalangnya dan dia pun bergegas berangkat ke Madinah bersama hulubalang-hulubalangnya dan membawa bersama harta-harta daripada dinar dan dirham.

Apabila sampai di Madinah, untuk mengetahui apa maksud mimpinya itu, dia pun memanggil semua penduduk Madinah atas alasan hendak memberi hadiah ataupun derma. Maka setiap seorang yang datang dia memberikan wang derma. Selesai dia berjumpa dengan semua penduduk Madinah, dia bertanya kepada Gabenor Madinah, ada sesiapa yang tinggal? Gabenor menjawab, tidak ada kecuali dua orang yang tinggal berhampiran Masjid Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, mereka ini perantau yang baru datang ke Madinah, dan kelihatannya mereka ini adalah orang-orang yang saleh. Mereka kuat ibadah dan kuat bersedekah membantu orang-orang fakir dan miskin.

Pemerintah ini meminta agar dibawa berjumpa dengan dua orang ini. Lalu Gabenor Madinah membawanya ke rumah dua orang ini, dan apabila sampai, pemerintah itu terkejut melihat dua orang inilah yang dia nampak di dalam mimpinya. Pemerintah ini pun menyiasat, diselongkarnya rumah orang ini, dan apabila dia membuka alas lantai, dia mendapati di situ ada satu lubang. Dan apabila diselidik, rupanya dua orang itu telah menggali satu terowong menuju ke kubur Rasulullah.

Setelah disoal siasat dan dipukul maka akhirnya dua orang ini mengaku bahawa mereka adalah dua orang Nasrani yang telah diutuskan oleh Raja Nasrani untuk satu misi rahsia bertujuan untuk mencuri jasad Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam untuk dibawa ke negara mereka. Maka pemerintah ini memerintahkan supaya mereka dibunuh, dan kemudian beliau memerintahkan supaya di sekeliling kubur Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam dibina pagar dan dinding logam yang tebal supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

Maka begitulah sehingga ke hari ini kita dapat lihat di sekeliling kubur Nabi dari lantai sampailah ke atap ditutup semuanya. Itu di luar, di bawahnya lebih lagi dinding dan besinya supaya tidak berulang kisah seperti ini.

Ternyata bahawa Allah terus memelihara Baginda semasa Baginda hidup dan setelah kewafatan Baginda. Bukan sahaja dari apa juga gangguan luar, bahkan seperti mana di dalam hadis, bumi juga diharamkan (memakan/menghancurkan) jasad para Nabi, seperti mana sabda Rasulullah,
إِنَّ الله عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَى الأَرْضِ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاءِ
“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla mengharamkan atas bumi jasad-jasad para Nabi.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud)
Ini menunjukkan bahawa jasad Baginda terus terpelihara. Tidak seperti Fir’aun. Fir’aun dipelihara, tetapi yang ada pada hari ini bukan Fir’aun. Fir’aun telah lama hancur, cuma dia dipelihara pada zamannya supaya kaum Nabi Musa dapat melihat Fir’aun dalam keadaan telah mati.
Artikel ini ditulis oleh Ustaz Abu Omar dan Ustaz Idris Sulaiman

Friday, 2 January 2015

SUBHANALLAH !!! SATU KEAJAIBAN BERLAKU DI MASJID KG PAHI KUALA KRAI SELEPAS BANJIR SURUT

Masjid_Kampung_Pahi_2
Satu kejadian yang menakjubkan telah dikongsikan di internet. Dua keping gambar telah dikongsikan oleh Nazeri Ameen berlaku dalam masjid Kampung Pahi, Kuala Krai Kelantan selepas banjir surut.

Imam masjid kampung tersebut menunjukkan bagaimana permaidani di bahagian kanan masjid  langsung tidak dicemari lumpur, seolah-olah tidak ditenggelami banjir walaupun sebahagian yang lain dalam kelihatan berlumpur sekali akibat ditenggelami air.

Masjid_Kampung_Pahi_1


KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI PEMALSUAN BERITA PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan penyebaran berita palsu yang disebarkan di media sosial mengatakan penangguhan sekolah selama sebulan. Penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah selama seminggu. 

Sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Ibu bapa dan orang awam di minta  hubungi kementerian, dan semak di laman berita rasmi, jangan mudah percaya sebaran melalui media sosial.

KPM telah meminta SKMM menyiasat dan mengambil tindakan segera pada mereka yang menyebar berita palsu ini.

Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.