ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DIGIGIT BUAYA KETIKA BERMAIN GOLF

Wednesday 15 April 2015

DIGIGIT BUAYA KETIKA BERMAIN GOLF


Seekor buaya dipercayai menggigit kaki seorang lelaki ketika sedang bermain golf di sebuah resort di Australia.

Mangsa berusia 70 tahun mempunyai dua kesan luka di betis kirinya selepas digigit oleh seekor buaya sepanjang 1.2 meter (4 kaki) di Palmer Sea Reef Golf Course di bandar pelancongan Port Douglas.

Mangsa yang tidak dikenali namanya telah dibawa ke hospital dan keadaannya stabil.

Lelaki itu yang namanya tidak dikeluarkan, telah dibawa ke Hospital Mossman dalam keadaan stabil, katanya. Gigitan buaya sering dijangkiti.

Buaya itu dikesan berada di laluan air pada lubang ke-11.

“Buaya itu berada berhampiran bola berdekatan dengan air dan lelaki itu dipercayai menganggu buaya berkenaan,” menurut seorang anggota polis.

Jabatan Alam Sekitar dan Perlindungan Warisan akan cuba untuk menangkap buaya, yang juga spesies yang dilindungi di bawah undang-undang Australia untuk dipindahkan ke zoo atau lading, yang mana buaya dipelihara untuk daging dan kulitnya.

Kehadiran buaya di padang golf adalah satu pemandangan biasa di Australia, lantaran itu papan tanda amaran diletakkan untuk makluman pemain.
MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment