ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASMA PUNCA PERPECAHAN DALAMAN PAS !!!

Saturday 25 October 2014

PASMA PUNCA PERPECAHAN DALAMAN PAS !!!


Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dilihat menjadi antara punca perpecahan dalaman PAS iaitu antara pendukung ideologi Islam dan Anwarinas.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata PAS kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri yang kini secara terbuka tidak lagi mahu patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang dikuasai golongan ulama.

"PAS berdepan dengan musuh-musuh politik dalaman (mereka sendiri). Golongan PASMA ini, mereka tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin (Presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam PAS). Mereka (PASMA) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam PAS," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan perkembangan PASMA ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.

Bernama melaporkan Ahmad Atory berpendapat penubuhan PASMA adalah 'langkah' yang diambil PKR untuk menguasai PAS secara halus yang berselindung di sebalik ahli PAS yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan PAS.

"(PKR) menggunakan PASMA ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi ahli PAS (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.

"Mereka (PKR) menggunakan PASMA dan mempengaruhi golongan bukan Melayu iaitu DAP supaya DAP dan bukan Melayu lebih percaya kepada PKR dan PASMA. Mereka tak yakin dengan PAS sebab PAS bertunjangkan Islam," katanya.

Sementara itu, bekas Felo Universiti Sains Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata PAS patut lebih bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak terutama golongan yang bersikap kritikal terhadap parti itu.

"Mengambil tindakan melarang anggota-anggota PAS menyertai persatuan seperti PASMA juga akan lebih menimbulkan rasa ingin tahu mereka (anggota parti) mengenai PASMA dan akan lebih mempopularkan NGO itu," katanya

No comments:

Post a Comment