Pages

Monday, 8 January 2018

PAN : CAKAP JE LEBIH TAPI TIADA KEKUATAN


Sefaham penulis, pembahagian kerusi di antara parti komponen PAKATAN HARAPAN adalah berdasarkan kekuatan masing-masing di sesuatu kawasan pilihanraya....itu yang dijaja oleh puak-puak PAKATAN HARAPAN sebelum ini bila ditanya mengenai kriteria pembahagian....ia juga berdasarkan keupayaan parti tersebut untuk beroleh sokongan.


Dengan peruntukan hanya 27 kerusi di Semenanjung menunjukkan bahawa PAN tidak lah segagah yang dijulang sebelum ini yang kononnya ditubuhkan untuk menggantikan PAS...ia juga bererti tahap sokongan dan kekuatan PAN untuk memenangi sesuatu kerusi tidak begitu meyakinkan rakan komponen lain dalam PAKATAN HARAPAN.

Nak dapat lebih kerusi macam mana....jumlah keahlian parti sampai hari ini PAN tidak berani untuk dedahkan...malah terdapat pelbagai versi dan jumlah keanggotaan ahli parti mereka....malah tiada juga pengumuman jumlah keahlian pada konvensyen PAN yang terakhir pada hujung tahun lepas.

Yang mereka tahu hanya menyebarkan propaganda dan persepsi kononnya keahlian baru parti PAN 3000 orang sebulan sebagaimana yang dijaja oleh ketua pemuda PAN....tapi semua orang tahu rekod ketua pemuda PAN tu sejak dia masih dalam PAS lagi....cakap berdegar, kerja tak buat pun.

Justeru itu, faham lah kita bahawa PAN ini hanyalah umpama dedalu yang hidup menumpang di pohon lain...tidak seperti PPBM yang penulis nampak lebih kemas dan tersusun walaupun masih dipenuhi oleh hipokrasi.

No comments:

Post a Comment