Pages

Monday, 8 January 2018

100 HARI TERAKHIR MENJELANG PRU-14


1. Kekuatan UMNO datang daripada "berpegang teguh kpd tali Allah dan janganlah bercerai-berai" iaitu firman Allah swt dlm al-Quran. 

2. Sbg org beriman, hendaklah kita berazam utk "tidak mati melainkan berjuang utk Islam."

3.  Dlm solat, kita lafazkan iktikadkan solat,  hidup & mati demi Allah. 

4. Maka perjuangan politik, hadir program politik, kerja dlm politik mestilah dlm kerangka ibadah kerana Allah.

5. Ibu-ibu mampu lahirkan zuriat demi zuriat, asuhan keluarga jadi anak terbaik, kumpul harta anak2 warisi kekayaan, tapi anak terpelajar baik doktor jurutera atau apa profesion, belum tentu dpt menentukan kuasa pemerintahan.

6. Apa makna kalau mereka terpelajar, profesional atau kaya jika tidak berkuasa & tidak memerintah?

7. Dgn kuasa, kita dpt tentukan tampuk pimpinan negeri & pusat dpd org Islam, tidak kita spt nasib org Palestin walau di bumi anbia, ada Masjidil Aqsa.

8. Maka setiap langkah, program, mesyuarat, permukiman & perjumpaan politik ini penting utk tentukan kuasa.

9. Ulama muktabar spt Ibnu Taimiyah kata, tugas menentukan kuasa pemerintahan adalah sebahagian kerja agama yg besar, hatta agama tdk dpt ditegakkan tanpa kuasa.

10. Bermakna kita terlibat politik & tentukan kuasa, kerja kita dlm kerangka agama.

11. Beruntung kita dpt berjuang di saf depan, untung ada jawatan atau takde jawatan sbb berjuang dlm UMNO itu dlm kerangka ibadah.

12. Syukur dlm saf depan, syukur jadi JR, syukur jadi jentera sbb kita buat ibadah.

13. Ibnu Khudamah kata bagi org Islam, membentuk pemerintahan itu fardhu kifayah & fardhu ain pula bagi yg diangkat memerintah.

14. Jika tiada kuasa, tak dpt kita buat fardhu kifayah.

15. Apabila Rasulullah saw hijrah ke Madinah, Baginda berdakwah dgn ada kuasa memerintah, ada perlembagaan, ada tentera, lantik duta, atur org berniaga, satu padukan umat Islam & bkn Islam, laksana sistem hidup Islam sehingga lengkaplah Islam krn ada kuasa pemerintahan.

16. Maka utk tanam tekad di hati mengenai kepentingan kerja dlm parti sbg ibadah, boleh juga kita laungkan perjuangan UMNO lillahi Taala.

17. Perjuangan UMNO kerana ALLAH.

18. Mufti Perak, Tn Hj Ismail Hamzah pada 28 Mei 1946 ketika bincang wadah perjuangan UMNO, kata kpd Inggeris kita hendak tegaskan kita tak berhasrat duduk bawah org British, tetapi kita duduk bawah Raja2 Melayu, bwh pemerintahan Islam saja.

19. Maka kita jadi Melayu bkn krn keturunan, ketika tubuh UMNO utk tuntut merdeka, NGO2 Melayu terlalu kecil, tapi atas nama agama kita bersatu.

20. Dlm Islam, tak ada keturunan yg hina sbb semua bersatu sbg Melayu.

21. Jawa, Acheh, Bugis, Turki, Mamak, Fatani bkn Melayu, tapi semua jadi Melayu krn beragama Islam.

22. Asas itu tepati perintah bersatu pada ikatan "dgn tali Allah". 

23. Sbb itu laungan perjuangan kita mula-mula disebut demi agama.

24. Jadilah kerja kita kerja ibadah.

25. Maka politik UMNO bkn politik ikut2n, bkn krn ikut trend, bkn sbb ada projek, tetapi krn ada.

PENGHAYATAN & KEKUATAN dlm PERJUANGAN

Isu Semasa

26. Isu tak akan habis. Kalau sesiapa jatuhkan kerajaan krn isu, bila naik kerajaan baru tetap ada isu.

27. Zaman Tun M byk isu spt dasar pdg ke timur, mata wang jatuh, pembunuhan Mustakizah, maha firaun, taghut, kafir mengkafir, dua imam, sampai ada tukar saluran TV guna kaki, buang TV sbb marah kpd Tun M, cuma takde media sosial waktu itu.

28. Zaman DS Najib juga tetap ada isu, org besar bincang tajuk kecil spt BRIM, Klinik Rakyat 1Malaysia, sebab kita dengar apa rakyat nak.

29. Jgn krn isu kita nak jatuhkan kerajaan. GST kita buat utk susun ekonomi yg tiris.

30. Sebelum itu SST rakyat bayar, tapi kerajaan tak dpt. Cuma dpt RM14 bilion.

31. Kini GST, kerajaan dpt kutip RM40 bilion, tapi cukai ini bkn utk kerajaan.

32. Cukai ini dpt bagi semula kpd rakyat, dpt BRIM, bagi mcm-mcm kemudahan & bantuan.

33. Rakyat juga nikmati manfaat jangka pjg, malah ekonomi negara selamat ketika harga minyak jatuh. Rakyat dpt lbh byk manfaat drp kutipan GST.

 HARI TERAKHIR MENJELANG 100PRU14

34. Kini PRU14 semakin hampir, bagaikan 100 hari lagi atau kurang dr 100 hari, 100 hari utk kita sama2 beribadah, 100 hari utk bersama UMNO tentukan nasib agama & bangsa sendiri.

35. Kita duduk dlm 1 saf yg kolektif & lihat sudut atau perspektif lbh besar utk menang majoriti 2/3 .

36. DS Najib kata kalau nak menang Putrajaya saja, kita dah boleh buat PRU, tapi kita nak kerajaan kuat dgn majoriti 2/3. 

37. BN adalah kerajaan yg responsif kpd kehendak rakyat, org godak macam mana pun DS Najib tetap fokus kpd kerja, jaga negara & jaga masa depan negara.

38. Maka kita hendaklah sokong di belakang PM supaya negara kuat & terus maju. 

39. Memang semua Presiden UMNO, semua PM kena lanyak oleh lawan, tp mana kita patut betulkan, akan kita baiki, kita kena dengar nasihat & suara rakyat.

40. Sbb itu slm isu sistem IMAM DS Najib dengar & batal, ubah apa yg patut ubah. 

41. Tradisi kita dengar & buat apa rakyat perlukan, bukan utk populariti. 

42. Sdg sebenarnya dlm sistem IMAM bkn kena bayar GST pada jumlah pakej haji RM5,000- RM8,000, tapi RM5.60 utk guna sistem IMAM saja.

43. Dlm 100 hari menjelang PRU ini adalah penting kita tidak rosakkan imej parti (tembak kaki sendiri) & tidak bergaduh sesama kawan kita, tetapi penting tanam kasih sayang kpd parti.

Petikan/ Intipati Ucaptama
Tan Sri Annuar Musa
di Permukiman (Retreat) Jentera PRU UMNO Bahagian Taiping, pagi tadi.
Sabtu, 6 Jan 2018.

No comments:

Post a Comment