Pages

Monday, 8 January 2018

PENJAWAT AWAM, PESARA KERAJAAN TERIMA BAYARAN KHAS HARI INI


Penjawat awam dan Pesara Kerajaan hari ini menerima Bayaran khas masing-masing seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2018 yang lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima manfaat tersebut seperti diumumkan pada Bajet 2018, hari ini.
Katanya ia membabitkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara.
"Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari.
"Moga dapat dimanfaatkan," katanya di Twitter rasminya, sebentar tadi.
Datuk Seri Najib mengumumkan berita gembira itu pada Bajet 2018, bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, 27 Oktober lalu.
Datuk Seri Najib mengumumkan, bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.
Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment