Pages

Friday, 2 January 2015

FAKTA DISEBALIK BANJIR TERBURUK DI KELANTAN !!!


Banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia akhirnya mendedahkan sesuatu. Selain daripada sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali PAS yang menjadikan Terengganu dan Kelantan sebagai kubu mereka, turut dilihat ialah bagaimana liciknya DAP dan PKR mencuri kredit daripada kerja-kerja bantuan, kebajikan dan kemanusiaan yang telah dilakukan dengan penuh susah payah oleh UMNO-BN pada peringkat awal negeri-negeri terbabit dilanda banjir.
Sekarang, banjir sudah mulai surut di beberapa kawasan. PKR, DAP dan PAS (baca: PASMA) mula meuwar-uwarkan tentang penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas banjir. Mereka memberikan publisiti besar-besaran selain mempropagandakan kononnya UMNO-BN tidak memberikan bantuan secara menyeluruh sehinggakan ada yang mati kelaparan dan terbiar selama beberapa hari.
Penghujung 2014 menghadirkan bencana banjir terburuk yang melanda Kelantan dan Terengganu. Berbeza dengan negeri-negeri lain termasuk Johor, Pahang dan Perak, banjir di Kelantan terlalu buruk sehinggakan jumlah yang dipindahkan mencecah 160,000 orang. Dan sehingga artikel ini ditulis, hampir 150,000 orang masih lagi berada di penempatan-penempatan sementara walaupun pada masa yang sama, banjir sudah mulai surut.
Kerosakan dan kerugian besar yang ditunjukkan di Kelantan, khususnya di kawasan Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang, mempunyai kaitan yang cukup besar dengan pembalakan yang menjadi sumber kekayaan sebilangan pemimpin PAS. Sekurang-kurangnya, tiga orang pemimpin besar PAS Kelantan terbabit secara langsung dengan pembalakan yang turut menyaksikan pembabitan Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming walaupun undang-undang pemilikan tanah tidak membenarkan manusia seperti Ngeh dan Nga memiliki tanah di Kelantan. Apatah lagi, tanah tersebut asalnya milik Yayasan Islam Kelantan sebelum dijual kepada syarikat yang dimiliki oleh pemimpin DAP dari Perak itu.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dalam satu kenyataan, menyalahkan pembalakan tidak terkawal dan pembalakan haram di Hulu Kelantan sebagai punca banjir besar yang menyebabkan Kelantan kerugian berbilion-bilion ringgit. Pun begitu, dalam masa yang sama, seorang pemimpin ‘buangan’ Kelantan, Husam Musa pula segera mempersoalkan bantuan daripada Kerajaan Pusat kepada Kelantan yang menurutnya tidak cukup, sebaliknya menuntut agar PETRONAS mengeluarkan biaya sebanyak RM3 bilion yang perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Sungguh aneh apabila Husam Musa kemudiannya menyalahkan TNB dan Empangan Tasik Kenyir kerana masalah banjir di Kelantan. Dia langsung tidak berani menyentuh tentang pembalakan dan ladang pemimpin PAS di kawasan Gua Musang yang menjadi punca kepada banjir besar berlumpur yang telah mengorbankan 21 orang dalam banjir di Kelantan.


No comments:

Post a Comment