Pages

Monday, 30 September 2013

HOT !!! CARA KENAKAN ROOMMATE ANDA YANG MENYAKITKAN HATI !!!


20 cara untuk kenakan roomate yang menyakitkan hati!!!

Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidur.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"

3. Buat2 terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak tahu apa yang dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidur dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". buka lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer untukk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang baca yasin ramai2. Bila roommate jaga pakat2 buat tak nampak ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejutt sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

GILA !!! SEORANG BAPA SANGGUP "HEMPAS" ANAK DEMI GAME !!!

Gambar Hiasan
Gombak: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.
Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan. 

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit. 

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya. 

Menurut sumber, selepas puas membelasah anak beranak itu, suspek terus keluar dari rumah dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Isteri mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

HM

SEBARKAN : BERHATI-HATI DENGAN JENAYAH TERBARU DI MALAYSIA !!!



Sila share kan sebanyak mungkin untuk kebaikan bersama.

Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya:-

- isteri, 

- adik-beradik anda, 
- kawan2 perempuan 
- rakan2

Di stesen minyak, seorang lelaki datang & memperkenalkan diri sebagai pelukis kepada wanita untuk menawarkan perkhidmatan :-

- mengisi petrol ke dlm kereta wanita itu

&
- meninggalkan biznes kad.

Mangsa tidak berkata apa2 tetapi menerima biznes kad tersebut kerana kebaikan lelaki itu & terus masuk ke dlm kereta.

Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh org lain.

Apabila wanita meninggalkan stesen minyak, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening & tidak dapatt manarik nafas dengan sempurna.

Dia cuba untuk membuka tingkap & menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yang sama digunakan menerima kad dari lelaki pelukis di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi.

Beliau kemudian melihat lelaki tersebut mengekori dibelakangnya & dia merasakan dia perlu untuk melakukan sesuatu pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah orang yang pertama di temui & mula membunyikan hon berulang kali utk meminta bantuan.

Lelaki tersebut terus memandu pergi tetapi wanita masih berasa agak teruk kerana selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas.

Rupa-rupanya, ada bahan pada kad yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia.

Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui Org Setakat ini) & ia digunakan oleh orang-orang yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri atau mengambil kesempatan daripada mereka.

Dadah ini adalah empat kali lebih berbahaya daripada dadah biasa.

Jadi sila berhati-hati & pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang apabila anda bersendirian.

Kongsi jika anda fikir ianya penting!!!

Sunday, 29 September 2013

STRATEGI SYIAH MASUK MALAYSIA !!!


Antara target Syiah dalam masa 20 tahun di Malaysia adalah berikut:

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti PAS, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti PAS, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan Syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bayt, menyamar atas nama keluarga Rasulullah S.A.W sebelah Sayyidina Ali untuk rekrut Syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas, Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik, rapatkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Menteri -menteri, YB, bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back-up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk Syiah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air, makanan dan lain untuk dana dan kewangan Syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di Malaysia, dan sekarang mereka cuba kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam Malaysia, mereka sebarkan melalui pembelajaran dan perkahwinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut Syiah.

10. Mereka akan merapati Mahasiswa / Mahasiswi Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.

# Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam.

"BUKAN SAYA NAK CARI GLAMOUR" - KATA PAK GUARD YANG KENA MAKI DENGAN ISTERI "MAT YO" !!!

Kuala Lumpur: “Saya bukan artis. Saya bukan cari glamor,” kata Azman Md Nayan, 49, pengawal keselamatan di Subang Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) yang popular selepas rakaman insiden kekecohan dengan isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Siti Aisya Adam, 24, tersebar meluas di Internet sejak Isnin lalu.
Menurutnya, dia kini menjadi tumpuan pengunjung yang menggunakan Subang Skypark termasuk ahli politik dan pasukan bola sepak, untuk bergambar. “Apabila orang minta bergambar, saya tak boleh nak menolak. Nanti orang cop saya sombong pula. “Pada masa sama, saya bersyukur kerana mereka banyak memberi kata-kata semangat dalam menghadapi isu ini.
“Saya masih mampu menjalankan tugas seperti biasa. Tiada apa yang berubah, cuma mungkin lebih ramai mengenali saya,” katanya. ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam. Azman berkata, sejak kontroversi itu mendapat liputan meluas media, beberapa peguam yang bersimpati melahirkan hasrat mewakilinya secara percuma jika kes itu dibawa ke mahkamah.
“Ada yang bertemu saya di tempat kerja. Ada pula peguam menghubungi saya. Kebanyakannya mendapat tahu isu itu selepas membacanya di akhbar.
“Bagaimanapun, cerita yang saya dapat hadiah kereta mewah itu tidak betul,” katanya.
“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak” - Siti Aisya
Ditanya sama ada dia akan menerima maaf Siti Aisya jika wanita itu menemuinya, Azman berkata, semuanya diserahkan kepada majikan dan peguam untuk tindakan lanjut. Berhubung tindakan pihak yang membuka akaun Facebook ‘Kami Benci Bini Mat Yo’ yang kini mencatat hampir 70,000 like, Azman berkata, dia tidak ada kaitan dengan perkara itu. “Bagaimanapun, saya hanya menyokong jika ia bertujuan untuk kebaikan,” katanya. 


Kelmarin, majikan lelaki itu, Pengurus cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan undang-undang meskipun Siti Aisya memohon maaf dan menarik balik laporan polis terhadap Azman. Katanya, sebagai syarikat keselamatan yang bertanggungjawab, pihaknya perlu mengambil langkah mempertahankan kakitangan.

Insiden pertengkaran antara Azman dan Siti Aisya menarik perhatian ramai apabila video selama 55 saat itu dimuat naik di Internet.
Ia berlaku di Subang Skypark apabila Azman meminta Siti Aisya dan suaminya mengalihkan kereta yang diletakkan di kawasan larangan.

Rakaman turut menampakkan wajah Mat Yo yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit. Video itu di YouTube kini ditonton lebih 900,000 orang. Siti Aisya kemudian membuat laporan polis sebelum memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas insiden itu.

HM

PANASSS !!! PENYOKONG PAS KECAM TUN M SEBAB ZIARAH ARWAH UST AZIZAN !!!


Terkejut juga bila terbaca beberapa status FB penyokong Pas yang kecewa dengan tindakkan keluarga arwah ust Azizan membenarkan Ybhg Tun Dr Mahathir, YAB Datuk Paduka Mukhriz menyiram air mawar dipusara Allahyarham Ust Azizan selepas selesai pengkebumian.

Ada yang siap marah dekat unit amal kerana menolak penyokong2 Pas yang selama ini berjuang untuk parti demi memberi laluan kepada beberapa pemimpin Umno untuk berada di barisan hadapan untuk menyaksikan upacara pengkebumian.





Inilah sikap dan mentaliti sebenar penyokong-penyokong PAS. Pemimpin UMNO datang ziarah pun boleh jadikan isu.

Itulah sebabnya saya selalu ingatkan kepada sahabat handai penyokong PAS supaya jangan taksub sangat bermain politik dan menyokong secara membabi buta sehinggakan sanggup memutuskan hubungan silaturrahim sesama kita.



SUBHANALLAH !!! KISAH BENAR : PEROMPAK DAPAT HIDAYAH !!!


Perompak dapat hidayah di US,

Kisah ini terjadi pada bulan Mei 2009. Muhammad Sohail, 47 (pemilik kedai), tengah bersiap-siap untuk menutup kedainya "Express Convenience" tepat pada tengah malam. Namun tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke kedai membawa kayu Baseball untuk merompak dan meminta Muhammad Sohail untuk menyerahkan wang.

Tidak mau tunduk kepada penjahat tersebut, Sohail terus mengambil senapang Shotgun yang diletakkan di bawah laci kaunter kedainya.

Merasa kalah dalam hal senjata, perompak tersebut terkejut; seketika itu juga dia menjatuhkan kayu besbolnya dan berlutut merayu sambil menangis.

Perompak tersebut mengatakan bahwa dia terpaksa merompak untuk memenuhi keperluan keluarganya yang tengah kelaparan.

"Tolong jangan panggil polis, jangan tembak saya. Saya tiada wang, saya tiada makanan di rumah saya", tutur Sohail menirukan kata-kata perompak tersebut.

"Dia menangis tersedu-sedu seperti seorang bayi kecil", tambah Sohail.

Tidak seperti kebanyakan warga kulit putih Amerika lainnya yang akan terus memanggil polis jika berada dalam situasi seperti itu, Sohail justru membuka dompetnya lalu mengulurkan wang sebanyak $40 dan sebungkus roti; namun dengan satu syarat, lelaki tersebut harus berhenti sama sekali dan tidak akan merompak lagi!

Ketika memberikan wang Sohail berkata, "Pulanglah, kembalilah kepada keluargamu!"

Saat menerima wang $40 tersebut, perompak itu terkesima. Dia terpegun atas wang yang ia terima, kemudian secara tidak terduga ia mengatakan kepada Sohail bahwa dia ingin menjadi seorang Muslim seperti Sohail.

Sohail dengan disertai rasa takjub kembali berkata, "Apakah kamu serius dengan ucapanmu itu?"

Sang perompak dengan yakin menjawab, "Ya. Saya ingin menjadi Muslim sepertimu!"

Sohail menuturkan bahwa dia kemudian meminta perompak tersebut untuk ikut mengucapkan dua kalimat syahadat seperti yang dia ucapkan sambil mengangkat sebelah tangannya, kemudian keadaan tersebut diakhiri dengan berjabatan tangannya sang perompak dan pemilik kedai yang ingin dirompaknya.

Kemudian Sohail berkata, "Tunggulah di sini sebentar, saya akan ke belakang mencarikan sesuatu untuk Anda, mungkin terdapat susu di belakang yang juga boleh anda bawa pulang." Namun ketika Sohail kembali, perompak itu sudah hilang meninggalkan kedainya.

Setelah beberapa bulan kemudian, sang perompak mengirim surat kepada Sohail, dan di dalam surat nya itu berisi wang 40 US Dollar; dengan maksud mengembalikan wang yang telah diberikan Sohail sewaktu dirompaknya dahulu.

Surat itu diberi judul: "You Change My Life". Maksudnya bahwa Sohail telah mengubah hidup sang Perompak tersebut. Walau pada kenyataannya, Sohail tak pernah tahu dan kenal siapa lelaki itu. Ini di isi lengkap suratnya (dalam bahasa Inggris), dikutip apa adanya, karena ada beberapa ejaan dan grammar yang sepertinya salah taip : You Change My Life First of All I would like to say That I am sorry At the time I had no money no food on my table No Job , and nothing for my family. I know that is was wrong, but I had know choice. I needed to feed My family . When You had That gun to my head i was 100% that i was going to die . That was the only reason why I ask you to be one a musilim. Because you spared my life, I decieded to become a True muslim. Sense then my life has change. Now i have a new child And good joob Make a good money Staying out of trouble and taking care of my familey you gave me forty dollars, and a loaf of bread . Here is fifty dollars Thank you for sparing my life Because of of that you change my life.

Di akhir suratnya, bekas perompak itu mengakhiri suratnya dengan kalimat: "Your Muslim Brother"(dari Saudara Semuslim Anda), bekas perompak benar-benar telah menjadi Muslim ! (CNN/YouTube/Ibrahim2025A/hdn) sumber : youtube

Post oleh Ibu Ammar. Jangan pernah berhenti memaafkan kesilapan orang lain, kerana di sebalik kemaafan itu ada hikmah tersembunyi yang kita tak tahu. Peace *_-

Saturday, 28 September 2013

PAU2013 : MEMILIH PEMIMPIN, BUKAN SEHARI DUA PENILAIAN !!!


Semua medium sedang aktif dengan promosi dan nombor-nombor calon bertanding bagi pemilihan UMNO 2013. Meriah...Sangat meriah sehingga tenggelam semua isu hangat semasa di internet dan laman-laman sosial lenyap sekelip mata.

Proses pemilihan UMNO ini salah satu dari 'even' besar dalam agenda parti keramat ini. Kenapa tidak..., kerana pemilihan ini boleh membayangkan survival pemimpin dalam parti. Silap2 percaturan, kalau nak lingkup, maka akan lingkuplah dalam tempoh penggal itu.

Pernah berlaku sebelum ini sayap2 UMNO dipimpin oleh mereka yg tidak layak, akhirnya fungsi sebenar sayap parti menjadi terpesong dan matlamat penubuhannya kabur. Mangsa kepada keadaan ini adalah ahli yang sedang ternganga menunggu apa yg hendak di buat oleh Ketua Sayap.

Pada saya, proses pemilihan terbaru ini jika di laksanakan dengan betul, prosesnya betul, pengendalinya betul dan keputusannya betul, akan menghasilkan proses pemilihan yang dan Pemimpin yang baik. Walaupun kita tahu, 'Pemimpin Baik' ini adalah sangat subjektif penilaiannya.

Tiada lagi salah guna kuasa, tiada lagi istilah Rasuah Parti, tiada lagi istilah melobi perwakilan kerana pemilihan adalah di peringkat cawangan. Oleh itu, hanya pemimpin yang benar2 popular inilah yg akan di kenali oleh cawangan/ ahli cawangan.

Proses inilah yang sedang berlangsung sekarang.... Yang berkemampuan, boleh menggajikan beberapa orang tentera mereka untuk terus menerus mempromosikan nama mereka yang bertanding. Samada melalui BBM, Whatsup, Facebook, Twitter dan medium sosial yang lain. 

Cuma harapan saya, agar proses promosi ini tidak dicampuradukkan dengan pendedahan kotor pemimpin kita sendiri. Ini sangat tidak sihat. Mereka faham sebenarnya...,Tetapi sahabat...Jika pemimpin kita yang bertanding itu adalah pemimpin yang sebenar, pemimpin yang berkaliber, pemimpin yang punyai Karektor, atau memang 'born to be a leader', maka tak perlu risau dengan semua itu. 

Rakyat, terutama ahli UMNO kenal siapa itu pemimpin sebenar dalam UMNO. Jika sebelum ini ada pemimpin yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya dalam UMNO, tetapi telah khianati amanah ini, ahli kenal siapa orang itu. Jika sebelum ini ada pemimpin yang pernah beri tanggungjawab menjaga ahlinya, tetapi dia persetankan tanggungjawab itu, ahli tahu siapa pemimpin itu. Jika sebelum ini ada pemimpin yg bertanding pernah diberi amanah dan tugas, tetapi dia gagal laksanakan, maka ahli juga tahu siapa dia itu.

Maka kepada sahabat saya di dunia siber, berhati-hati dan beringat-ingatlah...Jika salah promosikan pemimpin, saham dunia akhirat juga kita turut sama2 tanggung... Berat tanggungan ini...

Rakyat dan ahli UMNO kenal siapa yang 'kerja' dan siapa yang hanya pandai 'jaja'....

Sifat seperti Rasullullah, SIDDIQ AMANAH TABLIGH DAN FATONAH, itu sebenarnya pemimpin.

PERINGATAN KEPADA SEMUA CALON YANG AKAN BERTANDING !!!


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini.

Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.

"Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen- kempen secara beradab."

"Jangan guna wang dan juga salahguna kuasa, jangan menyerang peribadi dan sebagainya, ini semua kita akan tentukan garis panduan yang sesuai dan jawatankuasa disiplin akan meneliti perjalanan kempen kita," katanya pada sidang media.

Najib berkata tindakan tidak beretika oleh mana-mana pihak pastinya akan menjejaskan imej dan nama baik parti terbesar di negara ini yang juga merupakan parti keramat bagi orang Melayu.

"Saya berharap semuanya dapat berjalan dengan penuh adab, ketertiban dan menjaga imej parti kita supaya tidak tercalar dengan apa juga tindakan, perbuatan, pertuturan ataupun risalah kempen yang dilakukan mana-mana pihak sama ada dari calon sendiri ataupun penyokong calon," katanya.

Tegas beliau semua pihak perlu menghormati garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pengurusan dan jawatankuasa disiplin parti itu mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

"Kita meminda perlembagaan dengan tujuan tersebut (demokrasi) kalau tidak kita tidak menjadikan parti kita lebih terbuka seperti yang kita lihat hari ini berdasarkan perlembagaan baharu.

Katanya tindakan tanpa batas boleh merosakkan kepentingn parti, justeru beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan, bagi menyuburkan amalan demokrasi.

"Melalui demokrasi, parti kita akan lebih disanjung tinggi oleh rakyat yang sentiasa memandang kepada perjalanan pertandingan dalam Umno. Sebagai parti terbesar dalam negara, sudah tentu ia akan menjadi penelitian rakyat jelata sepanjang kempen yang akan berlangsung selepas ini," katanya.

HOT!!! "OSTAZAH" ABBY DIKECAM "FOLLOWER" TWITTER !!!



Ada juga yang mempersoalkan tindakan Ostazah Mee Segera PAS ini... Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas???

Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritik apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu ALLAH SWT.

POLITIK WANG ???


Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.

Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT. 

Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka. 

Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.  

PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya. 

Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali. 

Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara. Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah. 

Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu? 

Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah. Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti.



Friday, 27 September 2013

ISTERI "MAT YO" MOHON MAAF!!! APA PENDAPAT ANDA???

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak."

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara???

Baca Selanjutnya di SINI

S/U AGUNG PAS TIDAK BERTANDING DALAM MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-59.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan dalam Muktamar Tahunan ke-59, November depan.

Beliau akui mahu memberi ruang kepada calon muda untuk bertanding merebut jawatan dalam pemilihan tersebut.

“Saya tak bertanding. Pasti saya tak akan bertanding dalam pemilihan kali ini. Sebab...tak ada apa. Saya rasa bagi orang mudalah bertanding,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, meskipun ditawarkan untuk bertanding, beliau tidak akan menerima tawaran tersebut.

“Betul (jika ditawarkan juga tak akan terima). Memang sebelum ini pun saya tak bertanding, jadi, kali ini pun saya tak akan bertanding,” katanya.

Beliau yakin perwakilan Pas lebih tahu dan kenal siapa yang lebih layak untuk diberikan mandat, kali ini.

“Perwakilan lebih tahu dan kenal mereka. Mereka akan melihat siapa yang mereka rasa boleh diberikan mandat dan kepercayaan.

“Yang lama campur yang baru. Bila saya sebut yang baru ini bukan tolak semua yang ada (lama). Campur-campurlah. Cuma saya dah melampaui waktu untuk bertanding,” katanya.

Apa istilah sebenarnya 'melampaui waktu' bagi Mustafa Ali? Mungkin YA bagi politik, tetapi 'yang lainnya'...perghhh ..ligat??? Fikir dan renungkan lah...!!!

APA SUDAH JADI DENGAN RTM ??? MENTERI SENDIRI PUN TAK KENAL !!! @shaberyc


GILA BETUL!!! 

Apa sudah jadi dengan kakitangan-kakitangan di belakang tabir stesyen penyiaran di Malaysia yang banyak membuat kesilapan sejak akhir-akhir ini.

Gambar di atas adalah "screen shot" dari Berita RTM yang membuat kesilapan meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani! Kalau kakitangan RTM tidak mengenal Menteri sendiri susahlah!!!

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang juga merupakan sebuah jabatan penyiaran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kesilapan berturut-turut.

Jika sebelum ini kes ubah logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kepada Polis Raja Di Malaysia yang mengakibatkan pereka grafik RTM dibuang kerja, kali ini lebih teruk apabila Menteri sendiri tidak kenal.

Menteri mahukan perubahan, tapi, siapa menteri ini??? Adakah staf RTM tidak mengenali Menteri atau sememangnya sengaja memainkan menteri...???

Sepatutnya kesilapan seperti ini tidak berlaku. Hairan dengan pengurusan RTM sekarang ini. Umpamanya dalam RTM sendiri ada dalang pakatan yang cuba memburukkan kerajaan. Salah siapa??

Sungguh berbeza rupa DS Ismail Sabri Yaakob dengan DS Ahmad Shabery Cheek.

Apa motif RTM berbuat demikian?????????

TRAGIS : ANAK LIHAT IBU DIGILIS !!!


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

SH

WAHAI SAHABAT2 KU...BACALAH SEJENAK !!!



Diriwayatkan, bahawa : 
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb.. 

Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: 

"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" 

(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis: 

"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami.. 

Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku.. 

Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..


آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ 

Ya Allah

Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu.. 

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...Oleh itu...Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.


WAHAI SAHABATKU

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

Thursday, 26 September 2013

BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPI SAKRATUL MAUT ???


Bagi mereka yag masih lalai dan merasakan bahawa ajal itu masih jauh dan boleh bersenang dan bersuka ria... liha dan fahamilah amaran Allah seperti di bawah:

..” Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" - ayat 112

“..Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung. Ayat 113

"..Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)”. – ayat 114

[ayat 112- 114 surah Al-Mu'minun]


Tersebut di dalam Hadis IAITU lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.

b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.

c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.

d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.

e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.: Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.

b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.

c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.

d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.

e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.

a. hartanya untuk warisnya.

b. nyawanya untuk Malaikal Maut.

c. dagingnya untuk ulat-ulat.

d. tulangnya untuk tanah.

e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?

b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?

c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?

b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?

c. Hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?

b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?

c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan

d. engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!


Apabila mayat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.

b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.

c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.

b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.

c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).

b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).

c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).