Pages

Saturday, 28 September 2013

PAU2013 : MEMILIH PEMIMPIN, BUKAN SEHARI DUA PENILAIAN !!!


Semua medium sedang aktif dengan promosi dan nombor-nombor calon bertanding bagi pemilihan UMNO 2013. Meriah...Sangat meriah sehingga tenggelam semua isu hangat semasa di internet dan laman-laman sosial lenyap sekelip mata.

Proses pemilihan UMNO ini salah satu dari 'even' besar dalam agenda parti keramat ini. Kenapa tidak..., kerana pemilihan ini boleh membayangkan survival pemimpin dalam parti. Silap2 percaturan, kalau nak lingkup, maka akan lingkuplah dalam tempoh penggal itu.

Pernah berlaku sebelum ini sayap2 UMNO dipimpin oleh mereka yg tidak layak, akhirnya fungsi sebenar sayap parti menjadi terpesong dan matlamat penubuhannya kabur. Mangsa kepada keadaan ini adalah ahli yang sedang ternganga menunggu apa yg hendak di buat oleh Ketua Sayap.

Pada saya, proses pemilihan terbaru ini jika di laksanakan dengan betul, prosesnya betul, pengendalinya betul dan keputusannya betul, akan menghasilkan proses pemilihan yang dan Pemimpin yang baik. Walaupun kita tahu, 'Pemimpin Baik' ini adalah sangat subjektif penilaiannya.

Tiada lagi salah guna kuasa, tiada lagi istilah Rasuah Parti, tiada lagi istilah melobi perwakilan kerana pemilihan adalah di peringkat cawangan. Oleh itu, hanya pemimpin yang benar2 popular inilah yg akan di kenali oleh cawangan/ ahli cawangan.

Proses inilah yang sedang berlangsung sekarang.... Yang berkemampuan, boleh menggajikan beberapa orang tentera mereka untuk terus menerus mempromosikan nama mereka yang bertanding. Samada melalui BBM, Whatsup, Facebook, Twitter dan medium sosial yang lain. 

Cuma harapan saya, agar proses promosi ini tidak dicampuradukkan dengan pendedahan kotor pemimpin kita sendiri. Ini sangat tidak sihat. Mereka faham sebenarnya...,Tetapi sahabat...Jika pemimpin kita yang bertanding itu adalah pemimpin yang sebenar, pemimpin yang berkaliber, pemimpin yang punyai Karektor, atau memang 'born to be a leader', maka tak perlu risau dengan semua itu. 

Rakyat, terutama ahli UMNO kenal siapa itu pemimpin sebenar dalam UMNO. Jika sebelum ini ada pemimpin yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya dalam UMNO, tetapi telah khianati amanah ini, ahli kenal siapa orang itu. Jika sebelum ini ada pemimpin yang pernah beri tanggungjawab menjaga ahlinya, tetapi dia persetankan tanggungjawab itu, ahli tahu siapa pemimpin itu. Jika sebelum ini ada pemimpin yg bertanding pernah diberi amanah dan tugas, tetapi dia gagal laksanakan, maka ahli juga tahu siapa dia itu.

Maka kepada sahabat saya di dunia siber, berhati-hati dan beringat-ingatlah...Jika salah promosikan pemimpin, saham dunia akhirat juga kita turut sama2 tanggung... Berat tanggungan ini...

Rakyat dan ahli UMNO kenal siapa yang 'kerja' dan siapa yang hanya pandai 'jaja'....

Sifat seperti Rasullullah, SIDDIQ AMANAH TABLIGH DAN FATONAH, itu sebenarnya pemimpin.

No comments:

Post a Comment