Pages

Friday, 27 September 2013

APA SUDAH JADI DENGAN RTM ??? MENTERI SENDIRI PUN TAK KENAL !!! @shaberyc


GILA BETUL!!! 

Apa sudah jadi dengan kakitangan-kakitangan di belakang tabir stesyen penyiaran di Malaysia yang banyak membuat kesilapan sejak akhir-akhir ini.

Gambar di atas adalah "screen shot" dari Berita RTM yang membuat kesilapan meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani! Kalau kakitangan RTM tidak mengenal Menteri sendiri susahlah!!!

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang juga merupakan sebuah jabatan penyiaran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kesilapan berturut-turut.

Jika sebelum ini kes ubah logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kepada Polis Raja Di Malaysia yang mengakibatkan pereka grafik RTM dibuang kerja, kali ini lebih teruk apabila Menteri sendiri tidak kenal.

Menteri mahukan perubahan, tapi, siapa menteri ini??? Adakah staf RTM tidak mengenali Menteri atau sememangnya sengaja memainkan menteri...???

Sepatutnya kesilapan seperti ini tidak berlaku. Hairan dengan pengurusan RTM sekarang ini. Umpamanya dalam RTM sendiri ada dalang pakatan yang cuba memburukkan kerajaan. Salah siapa??

Sungguh berbeza rupa DS Ismail Sabri Yaakob dengan DS Ahmad Shabery Cheek.

Apa motif RTM berbuat demikian?????????

No comments:

Post a Comment