Pages

Wednesday, 19 June 2013

VIDEO FATWA BARU - MATI DALAM HIMPUNAN BLACK 505 SYAHID !!!



Ini dah masuk kategori SESAT yang hakiki. Sesat yang mana kalau kita tunjukkan Kebenaran didepan mata dia pun dia dah tak nampak.

Inilah akibatnya bila TERLAMPAU Gila Kuasa. Terlalu mengejar Keagungan Dunia, maka tak mustahil Allah S.W.T akan sesatkan dia dari jalan yang benar.

Disebabkan terlalu nak sangat kejar jawatan, akhirnya Husam Musa sudah hilang akal dan keluarkan kenyataan yang bukan - bukan.

Bagaimana mungkin peserta yang sertai Himpunan Black 505 tu boleh disamakan dengan pejuang Islam yang mati Syahid??? Nampak sangat sesatnya Husam.
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.
Bagaimanapun, Husam yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily berkata tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.
"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...
"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang dipetik portal milik pembangkang itu. 
Husam juga dilaporkan menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS agar turun ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.
"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," katanya lagi.
Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan pada pilihan raya umum lalu.
"Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan," katanya.
Husam bagaimanapun tidak menyentuh tentang kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sehingga membolehkan mereka untuk terus berkuasa..

Tapi, apa nak hairan ya... Dah memang menjadi kebiasaan dari kalangan pemimpin Parti Angguk Saja buat fatwa ikut sedap mereka.

Kalau sebelum ni, mereka boleh samakan Himpunan Black 505 tu sebagai satu ibadah dan disamakan dengan Himpunan Umat Islam di Padang Arafah.

Sekarang, mereka boleh pula keluarkan fatwa songsang dan mengatakan pengorbanan peserta dalam Himpunan tu nanti akan dapat Syahid.

Syahid apa kejadahnya kalau dah memuja benda yang tak wujud Husam oiii!!! Tuduh kata berlaku 'Blackout' tapi hakikatnya tak berlaku pun.

Kat situ pun dah nampak sangat yang mereka ni menipu. Bila orang tuntut bukti, semua pakat diam belaka. Pun masih nak dianggap sebagai satu ibadah ke tu???

Islam mana ajar umat dia supaya menipu secara terang - terangan ni Husam oi!!! Kalau nak sesat tu, sesat sorang diri sudah la. Tak payah la nak bawa orang lain masuk neraka sekali.

Apa yang pasti, kenyataan Si Husam ni jelas satu jenis hasutan kepada rakyat agar membuat huru hara sehingga akan menyebabkan kematian. Maka adalah wajar pihak berkaitan mengambil tindakan!!!

HUSAM GILA KUASA LANGGAR HARON DIN??

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din akan bertemu dengan HUSAM untuk mendapatkan penjelasan tentang penghinaan yang dilemparkan oleh HUSAM merujuk kepada para pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu.

Haron Din juga meminta ahli PAS supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh HADI AWANG yang tidak memaksa ahlinya untuk menyertai himpunan tersebut.

Nampak sangat pelik bila pemimpin tertinggi kata lain tetapi pemimpin gila kuasa macam HUSAM ni kata lain sampai nak label pengkhianat kepada sesiapa yang ingkar perintahnya.

Keadaan itu membuktikan betapa terdesaknya HUSAM untuk memenuhi tuntutan perhimpunan tersebut yang dijangka tidak mendapat sambutan orang PAS.

No comments:

Post a Comment