"Najib seperti mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan George Soros" kata Tian Chua.
"Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antara beliau dengan Soros pada 2010, Saya mohon penjelasan."
Usaha sebuah portal pembangkang hendak belit dan putar satu pertemuan ‘courtesy call’ yang pernah diadakan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan George Soros nampaknya tidak begitu menjadi. Semua orang faham kenapa portal yang didakwa ada terima dana dari orang yang dilabel sebagai penyangak mata wang itu begitu gairah hendak menjadikan pertemuan itu satu isu.
Senang cakap dan mudah untuk difahami umpamanya beginilah gambaran yang saya cuba kongsikan, sekiranya kamu menuduh kami terima wang dari Soros jadi atas alasan apa pula yang kamu jumpa dia (Soros) ? Bodoh sangatlah pengendali portal berkenaan tidak faham politik dan urusan kerja seorang Perdana Menteri dimana setiap hari pasti ada orang itu dan orang ini hendak bertemu dengan Perdana Menteri. Ini termasuk sewaktu lawatan ke luar negara.
Semua orang tahu setiap tahun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng datang ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri. Apakah itu bermaksud ada apa-apa antara mereka. Atau Najib pernah minum teh tarik sejenak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik VIP Parlimen tidak lama dulu. Apakah itu sudah tanda mereka OK.
Sebab itu Perdana Menteri nampak relaks sahaja ketika soalan mengenai laporan portal itu berhubung pertemuannya dengan Soros ditujukan wartawan padanya semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC pada hari Jumaat 12 oktober 2012.
Portal itu melaporkan pertemuan itu berlangsung pada 27 September 2010 semasa Najib menghadiri sidang Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Beliau mengesahkan memang benar mereka ada bertemu. Katanya ia cuma ‘ courtesy call’ (kunjungan hormat) atas permintaan Soros sendiri. “Ya, memang saya berjumpa dengannya. Apa salah dengan itu..? Ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak,”katanya. Beliau juga selamba secara berjenaka kata ,”tak perlu dibimbangi. Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.”
No comments:
Post a Comment