Pages

Monday, 15 October 2012

SUKARNYA PERJUANGAN SEJATI





PERJUANGAN
Berjuang menegakkan kebenaran
Memang payah hadapinya
Jangankan caci-mencaci, tohmah dan fitnah silih berganti
Dari situ kita lihat, antara kesabaran dan keupayaan
Dari situ kita lihat, antara kejahilan dan kecerdikan

Berjuang atas kebenaran
Mahu saja menangis
Menangis sekuat hati
Agar Tuhan tahu, hambanya merana
Bilakah wahai Tuhan
Bila Kau mahu tunjukkan kebenaran diatas dunia fana ini
Sekurang-kurangnya kau gerakkanlah hati mereka
Aku penat menanggung semua ini

Aku tahu
Kau beri ujian kepadaku
Kerana diharapkan aku mampu melawannya.
Antara kecewa dan hiba
Dua-dua kualami
Aku telah mengerti 
Apa itu kepahitan perjuangan

Wahai Tuhan yang menggerakkan hati, 
Tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
Tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu
Berilah daku kekuatan
Agar dapat ku lihat
tertegaknya kebenaran di dunia ini



WASSALAM ...!!!

No comments:

Post a Comment