Pages

Saturday, 13 October 2012

PAS PERLUKAN DAP ???

MEMALUKAN APABILA 'ULAMAK' PAS PERLUKAN DAP UNTUK SURVIVAL POLITIK MEREKA


Nik Aziz - Utusan Malaysia (12/10/12)
"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi.
Beliau berkata, Pas hanya akan memenangi pilihan raya jika meneruskan kerjasama itu kerana memerlukan sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan tidak tahu kenapa ramai ahli Pas yang mendakwa perjuangan parti itu sudah tersasar dan meminta mereka memberi penjelasan.
Katanya, DAP tidak pernah menganggu Pas sejak kerjasama antara kedua-dua parti terjalin sebaliknya masalah tersebut hanya mainan media milik UMNO.


Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah, PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP. Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain. Dan kuasa DAP adalah lebih besar dari kuasa Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya. Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa.

Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama. Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT. PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia. Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap hambaNya.

Bagi yang benar-benar fanatik atau 'totok PAS' mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.
Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional, mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.
Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR. Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima 'kegilaan' PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz.

Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut. Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau PAS kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka.

Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas. Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam. 

Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa. Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah, sedangkan DAP menentangnya? Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar? Sudah pasti akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya.

Justeru inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP. Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya. Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya. Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya. Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.

Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham, menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

WALLAHUALAM ...!!!

No comments:

Post a Comment