ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Saturday, 30 August 2014

PENGAKUAN ISTERI GERSANG


SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa.

Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja. Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.

Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi. Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.

Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat. Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.

“Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari. “Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yang amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yang dapat menghiburkan hati," cerita Zamira di awal pertemuan kami. 

Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah. Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.

“Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yang berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara. “Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yang memerlukan interaksi dengan orang ramai.

Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yang berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan," imbas Zamira. Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki.

Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari. “Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami, tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu.

“Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yang kuat membaca. “Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yang sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri," akui Zamira.

Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan. Tersedar dari khayalan Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami.

Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri. “Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yang sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yang usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri. “Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yang saya tanggung.

“Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri. “Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah. 

“Bagaikan satu hikmah yang terbaik disusun yang maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami. “Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami," ujarnya mengakhiri bicara.

TEMUDUGA SUKARELAWAN SIMPANAN PDRM MULAI 2 SEPTEMBER


KOTA BHARU - Temuduga terbuka untuk pengambilan anggota sukarelawan simpanan Polis Diraja Malaysia akan diadakan di Kelantan selama tiga hari mulai Selasa ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata terdapat 450 kekosongan di negeri ini. 

Beliau berkata temuduga akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, IPD Machang dan IPD Gua Musang dari 2 hingga 6 September.

Mereka yang berminat boleh mendaftar nama di lokasi temuduga, katanya.

PRK #PENGKALANKUBOR : NAMA CALON MULA DISEBUT

KOTA BHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor kini menjadi fokus dan tumpuan utama selepas Adunnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

Siapa yang bakal dicalonkan untuk mengisi kekosongan tersebut? Itulah yang menjadi tanda tanya dan perbualan hangat ketika ini. Malah, belum pun PRK bermula, Pas dan PKR dilihat sudah saling 'berebut' untuk meletakkan calon masing-masing bertanding di Dun berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah antara individu yang diwar-warkan untuk diangkat sebagai calon yang bakal membarisi pencalonan PKR Pengkalan Kubor.

Menurut sumber dalaman PKR Pusat, Saifuddin antara nama yang digembar-gemburkan, selain Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tumpat, Mohd Khairul Amin Ab Rahman kerana kedua-duanya dilihat mampu menggalas tugas berat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi.

Menurutnya lagi, Pas mungkin akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk bertanding jika PKR menaikkan nama Saifuddin kerana beliau disegani oleh Pas, malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mungkin akan menyokong.

Sebelum ini, timbul viral di laman-laman sosial yang menggunakan ikon bekas Menteri Besar Kelantan itu, seolah-olah Pas hanya mahukan calonnya bertanding di situ tanpa penglibatan rakan komponen PR tersebut.

Walaupun Saifuddin bukan orang kawasan Dun Pengkalan Kubor, itu tidak menjadi isu kerana kemampuan dan kaliber yang dimilikinya boleh mengatasi pemimpin lain telah terbukti, malah tidak mustahil ia tiada soalan balas daripada Pas sendiri.

Namun itu bukan bermakna Umno dan BN akan berdiam diri.

Selama empat penggal di Dun Pengkalan Kubor, kerusi yang dijaga dan diberikan sepenuh kepercayaan tersebut tidak akan sewenang-wenangnya diserahkan kepada pihak pembangkang.

Antara nama yang menjadi buah mulut masyarakat setempat ketika ini ialah Datuk Wan Johani Wan Hussin, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketiga-tiga nama gah itu bukanlah calang-calang pemimpin, tambahan pula seiring dengan tiga lagi nama yang juga turut disebut-sebut termasuklah Ketua Pemuda Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin.

Malah, ia juga kini mula menjadi viral di blog peribadi dan laman-laman sosial sehinggakan ada sumber mengatakan ia benar-benar akan berlaku.

Dengan barisan yang menjadi bayangan calon BN itu, ia mungkin akan menggugat dan mencabar PR untuk masing-masing berlumba meletakkan calon yang lebih berkaliber dan diyakini mampu merampas Dun Pengkalan Kubor.

Namun tiada siapa yang boleh membuat ramalan awal. Semuanya terpulang kepada pengundi di kawasan Pengkalan Kubor sendiri yang akan menentukan siapakah pemimpin yang menjadi pilihan mereka untuk memastikan kawasan berkenaan terus terbela dan membangun pada masa akan datang.
SH

PRK DUN #PENGKALANKUBOR : BN SEDANG KENALPASTI CALON

BN sedang kenal pasti calon PRK Pengkalan Kubor - Najib

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mengenal pasti calon yang paling sesuai untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Pengkalan Kubor 25 September ini.

Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak berkata calon yang berpotensi harus menjadi pemimpin yang baik dan berkesan.

Pada masa sama, Najib yang juga Presiden UMNO menambah parti itu turut menjalankan kajian di kalangan pengundi bagi mengenali kriteria calon yang digemari akar umbi.

Najib berkata persiapan bagi menghadapi PRK itu sedang dilakukan sebelum menggerakkan jenteranya.

“Mengambil kira bahawa Allahyarham Datuk Noor Zahidi merupakan seorang tokoh yang sangat popular dan telah mendapat sokongan peribadi yang agak banyak di kawasan tersebut.

“Maka calon baru kita ini mestilah merupakan seorang yang boleh mengikut jejak langkah yang telah dirintis oleh Allahyarham,” kata Najib.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara pada Jumaat.

Mengenai permintaan Pemuda UMNO supaya meletakkan calon daripada pergerakan itu, Najib berkata beliau terbuka untuk mendengar semua cadangan.

Namun katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk menilai dan meninjau potensi setiap calon yang dicadangkan.

JDT, FELDA UNITED, PAHANG, KELANTAN KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA


Kuala Lumpur: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Felda United, Pahang dan Kelantan mengesahkan tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas perlawanan kelima peringkat kumpulan, malam ini.

JDT mengungguli carta Kumpulan C dengan 13 mata selepas menutup peluang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke suku akhir dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. 

Penyerang import dari Argentina Luciano Figueroa membantu melakarkan kemenangan keempat JDT menerusi hasil jaringan tunggal pada minit ke-18. 

ATM pula sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan dengan lima mata manakala Pulau Pinang menghuni tangga tercorot dengan satu mata.

Dalam saingan Kumpulan A pula menyaksikan naib juara Piala FA 2014, Felda United mengalahkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dua gol pertama Felda United pada separuh masa pertama dijaringkan oleh pemain import, Zah Rahan Krangar dari Liberia pada minit kelima dan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-16. 

Bersambung babak kedua, Felda United menjaringkan ketiga melalui Mohd Raimi Mohd Nor (49’) manakala JDT II memperoleh gol tunggal menerusi pemain importnya, Nicholas Delmonte pada minit ke-86. 

Kemenangan ketiga Felda United itu membolehkan mereka menduduki tangga teratas dengan 10 mata dengan baki satu perlawanan. 

Meskipun Pahang tewas 2-1 kepada pasukan kelab dari Singapura Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan namun mereka tetap mengesahkan slot kedua kumpulan ke peringkat suku akhir dengan sembilan mata. 

Lions XII hanya mengumpul lima mata manakala JDT II ketinggalan satu mata di tangga tercorot kumpulan. 

Skuad Tok Gajah bermula cemerlang dengan jaringan pembukaan pada separuh masa pertama oleh pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme pada minit ke-13 namun Lions XII bangkit dengan dua gol melalui jaringan Sufian Anuar (52’) dan tandukan Madhu Mohana (84’). 

Sementara itu, Kelantan berada di tangga kedua dalam Kumpulan C dengan sembilan mata selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. 

'The Red Warriors' meraih gol pertama menerusi Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-35 diikuti Mohd Khairul Izuan Rosli (60') dan Francis Forkey Doe pada minit ke-83. 

Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh pemain import dari Brazil, Luiz Ricardo Lino Dos Santos pada minit ke-48. - Bernama

Friday, 29 August 2014

ANGGOTA BOMBA GAGALKAN CUBAAN ROMPAK STESEN MINYAK SHELL

SEKALI lagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuktikan kecekapan dan sikap peka mereka dengan keadaan sekeliling.
Insiden cubaan rompak di stesen minyak Shell di Tabuan Jaya, Sarawak yang berlaku jam 12 tengah malam semalam adalah antara buktinya.
Alkisahnya, seorang perompak cuba memecahkan cermin kaca kedai serbaneka di stesen tersebut dengan harapan dapat masuk ke dalamnya.
Bagaimanapun, dia terlupa bahawa di sebelah stesen tersebut terdapat sebuah balai Bomba dengan anggotanya yang sentiasa dalam keadaan ‘standby’ untuk sebarang laporan kecemasan.
Secara tidak langsung, bunyi cermin kaca yang pecah telah didengar oleh anggota bomba tersebut dan mereka bergegas ke stesen minyak tersebut.
Suspek yang menyedari kehadiran mereka segera melarikan dan meninggalkan motosikalnya di lokasi kejadian.
Hasil pemeriksaan polis yang tiba tidak lama selepas itu mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.
GAMBAR: Anggota Bomba Patahkan Cubaan Rompak Stesen Minyak
GAMBAR: Anggota Bomba Patahkan Cubaan Rompak Stesen Minyak

PRK #PENGKALANKUBOR : PKR SENARAI PENDEK NAMA CALON


TUMPAT: KEADILAN sudah menyenarai pendek nama-nama calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Kelantan, Abdul Aziz Ab Kadir berkata, nama-nama tersebut sudah disenarai pendek untuk diserah kepada pucuk pimpinan bagi dipertimbangkan.

“Apa yang pasti nama-nama terbabit merupakan anak-anak tempatan Tumpat termasuk ada tokoh berpangkat Datuk. Kita pastikan mereka dikenali penduduk tempatan,” katanya, lapor Harakah Daily.

Malam tadi, KEADILAN Negeri mengadakan pertemuan dengan jentera KEADILAN Tumpat di sini bagi membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya.

Manakala PAS pula sudah membuat persiapan akhir sebelum membuka markas besar di Kampung Geting. Tinjauan petang semalam petugas-petugas sedang menaikkan sepanduk di markas terbabit.

Pusat Khidmat Penyelia DUN Pengkalan Kubor juga mulai sibuk dengan kedatangan petugas kawasan-kawasan lain di Kelantan termasuk dari Pasir Puteh diketuai setiausahanya, Drs Zainuddin Awang Hamat.

PRK Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar di China pada 20 Ogos lalu. Beliau menang tiga penggal di DUN berkenaan.

Abdul Aziz juga berkata, biar pun KEADILAN tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi berbanding PAS, namun kerjasama padu Pakatan diharap mampu dalam misi merampas semula DUN berkenaan.

Menurutnya, KEADILAN menghormati pandangan rakan-rakan di Kelantan yang melihat kemampuan jentera PAS bagi merampas DUN tersebut.

“Biar pun ada suara-suara dalam kalangan Muslimat dan Pemuda Negeri mahu DUN terbabit dikembalikan kepada PAS, namun ia dianggap sebagai proses dalam politik,” kata Abdul Aziz. – Keadilandaily

@PDRM AKAN TANGKAP AHLI PPS JIKA TERUSKAN AKTIVITI PERTUBUHAN HARAM ITU - @KBAB51

Polis akan melakukan tangkapan terhadap ahli Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) tajaan DAP di Pulau Pinang jika sekiranya mereka masih melakukan aktiviti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini berikutan pertubuhan itu telah diklasifikasikan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Kita menasihati agar PPS tidak meneruskan aktiviti mereka dan jika berdegil, tindakan tegas termasuklah menangkap mereka akan diambil,” katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabar polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mempertikaikan PPS.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendesak DAP menjelaskan status sebenar PPS yang dikaitkan dengan berbagai aktiviti parti tersebut.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan anggota PPS melakukan kerja-kerja keselamatan dengan lengkap berpakaian seragam sedangkan tidak mendapat kelulusan.

Lebih mengejutkan, tambahnya, PPS yang ditubuhkan di setiap kawasan DUN Pulau Pinang turut diberi peruntukan RM10,000 selain peralatan seperti walkie-talkie, jaket keselamatan (vest), topi dan sebagainya.

“Disebabkan tidak berdaftar dengan ROS, maka PPS ini merupakan pertubuhan haram dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Sekiranya kerajaan negeri memberi alasan penubuhannya diluluskan di peringkat DUN, namun PPS ini masih perlu didaftarkan apatah lagi penubuhannya bertujuan menjalankan kerja-kerja keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pada 2011 beberapa kali menerima aduan daripada orang awam yang kurang senang dengan kehadiran mereka yang dilihat mengambil tugas pasukan keselamatan.

Malah, minggu lalu, seorang aktivis yang sering mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa dipukul anggota PPS iaitu kejadian kedua membabitkan keganasan oleh anggota PPS selepas seorang jurugambar menerima nasib serupa tahun lalu.

Beliau turut mempersoal bagaimana anggota PPS diberi pentauliahan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja keselamatan sedangkan perkara tersebut hanya diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau turut mendesak kerajaan negeri menjelaskan sama ada latar belakang kesemua ahli PPS itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan mereka melakukan tugas-tugas menjaga keselamatan.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa hairan bagaimana anggota PPS itu turut terlibat memasang bendera parti DAP pada pilihan raya sebelum ini.

“Sudah semestinya ini merupakan tindakan salah guna kuasa kerana penubuhan PPS ini sepatutnya tidak ada kena-mengena dengan politik kerana menggunakan peruntukan kerajaan yang datang daripada duit rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, jelas Cheng Guan, beliau akan membuat laporan kepada KDN, PDRM dan Jabatan Peguam Negara supaya menyiasat penubuhan PPS tersebut kerana jelas melanggar undang-undang keselamatan negara.-29/8/2014
Agenda Daily


(18SX) GAMBAR "SELFIE" AKSI BOGEL REMAJA PEREMPUAN 13 TAHUN TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL !!!

Gara-gara terpengaruh dengan media sosial, seorang remaja perempuan berumur 13 tahun telah menghantar gambar bogel kepada kenalan alam maya yang beliau belum pernah bertentang mata pun.

Sekarang gadis ini berada dalam ketakutan memandangkan gambar beliau telah tersebar dengan meluas. 

Peringatan kepada remaja , perempuan, wanita dan lain-lain diluar sana, akibat dari terikut-ikut  trend “selfie”  bogel anda berkemungkinan akan menanggung malu seumur hidup maka berhati-hatilah.

FOTO NGERI KEMALANGAN MAUT DI PENDANG KEDAH !!!



Pendang: Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.

Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. 

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam kenderaan.