ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Sunday, 2 November 2014

TAHNIAH PAHANG, JUARA PIALA MALAYSIA 2014


KUALA LUMPUR: Skuad Tok Gajah, Pahang berjaya muncul juara Piala Malaysia 2014 apabila menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada penentuan sepakan penalti 5-3 di perlawanan akhir yang berlangsung di di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu malam.

Dalam perlawanan itu, Pahang yang berjersi serba kuning  terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan  Dickson Nwakaeme pada minit ke 14 untuk mendahului dengan 1-0.

Bagaimanapun pasukan JDT yang berjersi merah biru berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jorge Pereyra pada minit ke 30 untuk mengikat kedudukan satu sama.

Kedudukan tidak lama apabila giliran skuad JDT pula mendahului 2-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke 33 yang disempurnakan oleh Luciano Figueroa.

Kedudukan 2-1 memihak JDT pada separuh masa.

Separuh masa kedua bersambung dengan Pahang meningkatkan asakan ke kubu JDT.

Bagaimanapun skuad pimpinan Zainal Abidin Hassan terpaksa beraksi dgn 10 pemain apabila Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah pada minit ke 66 selepas mengasari Amri Yahyah.

Namun itu tidak mematahkan semangat skuad Tok Gajah apabila Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 70, sekali lagi hasil jaringan Dickson Nwakaeme sekaligus mengikat kedudukan dua sama.

Kedua-dua pasukan diheret ke masa tambahan selepas tamat masa penuh perlawanan.

Kedudukan masih buntu tanpa sebarang jaringan pada 30 minit waktu tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan sepakan penalti membuka ruang buat Pahang muncul juara dengan kemenangan 5-3.

KEPUTUSAN SEPAKAN PENALTI

JDT: 1, 1, 1, 0, X
Pahang: 1, 1, 1, 1, 1


Sepakan penalti
1. RAZMAN ROSLAN (PAH) - MASUK
2. LUCIANO FIGUEROA (JDT) - MASUK
3. DAMION STEWART (PAH) - MASUK
4. PEREYRA DIAZ (JDT) - MASUK
5. SHAHRIZAN SALLEH (PAH) - MASUK
6. HARIZ HARUN (JDT) - MASUK
7. ZESH RAHMAN (PAH) - MASUK
8. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (JDT) - DISELAMATKAN KEEPER
9. HAFIS KAMAL - MASUK

Saturday, 1 November 2014

PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MAUT LANGGAR BESI PENGHADANG


KUANTAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650cc maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 15 Jalan Kuantan-Pintasan dekat Sungai Karang di sini, awal pagi Sabtu.

Mohd Rosmainie Radzi, 33, pekerja di bahagian penyelenggaraan Hotel Megaview Kuantan di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. 

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata nahas pada 4 pagi itu berlaku semasa mangsa yang berasal dari Bandar Jengka sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan menghala ke bandar Kuantan.

"Mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa memiliki lesen memandu sah dan memakai topi keledar semasa kejadian.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

POLIS TUNGGU ARAHAN PEGUAM NEGARA UNTUK TUNGGU PPS


GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sama ada akan mendakwa 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan pada 31 Ogos lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Memang mereka (anggota PPS) telah diberi jaminan kedua oleh polis pada Rabu lepas dan sebenarnya tidak timbul isu polis tidak cukup bukti atau sebagainya kerana menyambung jaminan tersebut.

"Sebaliknya polis mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu memberi lanjutan jaminan sehingga Pejabat Peguam Negara memberi arahan untuk mendakwa semua anggota PPS berkenaan," katanya.

Abdul Rahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Whitening Black Spot di kawasan Bukit Gedung, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilaporkan berkata, lanjutan tempoh jaminan untuk kali kedua sehingga 1 Disember ini terhadap anggota PPS itu menunjukkan bahawa peguam negara dan polis tidak ada bukti kukuh semasa menangkap anggota PPS.

Lim turut dilaporkan berkata, bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung.

Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ini disusuli penahanan anggota exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu.

Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik ditahan pada 4 September. - BERNAMA

LIMA TAHUN HIDUP BERGELUMANG DOSA

Lima tahun hidup bergelumang dosa


SABAK BERNAM – “Lima tahun hidup saya bergelumang dengan dosa dan Alhamdulillah, ALLAH bukakan hati saya untuk berubah,” kata seorang bekas pelatih Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Hazumi (bukan nama sebenar), 24.

Hazumi anak sulung daripada enam beradik berkata, dia mula terjebak dengan gejala sosial sejak dari tingkatan tiga lagi apabila sering mengikut teman lelakinya merempit di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, bermula dari situ, dia semakin ‘liar’ dan sering pulang lewat malam hingga pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelakinya.

“Jiwa muda merasakan inilah dunia yang saya cari. Saya dah besar panjang, inginkan kebebasan dan berseronok dengan teman lelaki yang memahami keinginan saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun sering dimarahi ibu bapanya, Hazumi masih terus bersosial, tetapi dia yang cepat bosan dengan sesuatu aktiviti itu mula meninggalkan dunia rempit dan terjebak dengan budaya 'skin' dan 'punk'.

“Akibat pengaruh kawan juga, saya jadi gengster dan mula ikut kumpulan tertentu dengan perwatakan diri saya pun berubah. Rambut saya pacak, dan kalau rasa tak puas hati saya juga sanggup bergaduh,” katanya.

Hazumi berkata, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia ditawarkan menyambung pengajian peringkat diploma dalam jurusan pengurusan perhotelan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Langkah saya makin panjang. Saya praktikal di hotel terkemuka.Semasa cuti semester saya bekerja sambilan di sebuah hotel dan pernah menerima bayaran daripada pelanggan untuk khidmat seks,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah serik dengan perbuatannya itu sehinggalah bapanya tekad mengambil keputusan menghantarnya ke Baitul Ehsan agar Hazumi dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

“Mulanya memang saya tak nak datang ke sini (Baitul Ehsan). Tapi bapa cabar saya, kalau saya boleh ubah perangai dia akan keluarkan saya dengan cepat.

“Masuk saja sini saya demam seminggu. Saya tak bebas, tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan seronok dengan rakan-rakan di sini.

“Saya di sini hanya tiga bulan. Ketika melangkah keluar, hati jadi sebak dan sayu kerana terpaksa tinggalkan rakan-rakan,” katanya.

SH

KELAB SISWI TIADA DARA PUN ADA ???



Adoiii......dah sampai macam ni kegiatan anak-anak gadis kita yang bergelar siswi? Astaghfirullah al azim....

Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Tidak kisah la agama mana sekalipun, rasanya masing-masing melarang pergaulan dan amalan seks bebas sebegini. Kepada ibu bapa, pantau dan awasilah pergerakan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur.

VIDEO DUA GADIS KEMALANGAN AKIBAT "SELFIE" KETIKA MEMANDU" !!!



Jangan kita abaikan aspek pemanduan berhemah ketika memandu. Malang tidak berbau.

Kerajaan wajar peruntukkan undang-undang agar pemandu di Malaysia tidak lagi menggunakan talipon bimbit semasa memandu. Sehingga kini hanya larangan menggunakannya dalam bentuk membuat dan menjawab talipon sahaja.

Masih ramai yang memandu kenderaan sambil ber "sms" dan ber "whatsapp" ataupun melayari internet.

Lihat video di bawah ini, kejadian yang berlaku di Iran:


WAKIL PELAJAR UM DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB ANJUR PIDATO ANWAR IBRAHIM

Wakil pelajar UM dikenakan tindakan tatatertib anjur pidato Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol dikenakan sembilan dakwaan tatatertib atas penganjuran 'Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun: Dari UM ke Penjara' di premis Universiti Malaya, pada Isnin.

Fahmi dikenakan dakwaan tatatertib di bawah Seksyen 16B Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atas anjuran yang menampilkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Notis prosiding itu dikongsi Fahmi di laman Facebooknya pada Jumaat, di mana pelajar jurusan Sastera dan Sains Sosial itu menyatakan prosiding bakal diadakan pada Jumaat (7 Nov).

Lampiran notis prosiding pertuduhan tatatertib ke atas wakil pelajar dan presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol. - Sumber Foto Facebook Fahmi Zainol
Antara pertuduhan tatatertib ke atas Fahmi termasuk menghadiri atau menyertai perhimpunan tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti yang telah berlangsung di dalam kawasan kampus utama UM.

Dalam perhimpunan itu, seramai lebih kurang 1,000 pelajar dilaporkan telah merempuh masuk pintu pagar UM untuk memasuki kawasan Dewan Tunku Canselor untuk mendengar perbahasan Anwar.

Ahli politik berusia 62 tahun itu turut ditemani isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anak perempuan Nurul Izzah untuk menyampaikan ucapannya dalam debat anjuran PMUM itu.

Anwar terpaksa berucap di dalam kegelapan selepas pihak universiti mula menutup pintu-pintu utamanya seawal jam 4 petang, untuk kerja-kerja penyelanggaraan elektrik.

PEMANDU MAUT, 10 PENUMPANG CEDERA BAS REMPUH LORI



KAMPAR - Seorang pemandu bas ekspres maut manakala sembilan penumpang cedera termasuk tiga parah apabila bas dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori membawa muatan tayar terbuang di Kilometer 306.5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.50 malam itu, Adnan Abu Hasan, 54, dari Pangsapuri Sri Kepayang, Jalan Ghazali Jawi, Ipoh maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan selepas bas yang dipandunya merempuh belakang lori tersebut.

Bas tersebut ketika kemalangan membawa 43 penumpang yang diambil di Terminal Bas Medan Gopeng, Ipoh. Semasa kejadian bas itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, tiga penumpang yang cedera parah ialah Nor Ahmad Abdul Rahman, 30-an dari Selayang, Selangor, Norshaidah Musa, 24, dan Nurul Afzah Sallehuddin, 23, dari Kuala Lumpur.

"Nor Ahmad yang patah kaki kiri dihantar ke Hospital Tapah. Nurshaidah dan Nurul Afzah yang masing-masing patah hidung telah dibenarkan keluar dari hospital malam tadi," kata beliau.

Enam penumpang lain yang cedera ringan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tapah.

Abdul Aziz memberitahu, kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan bas ekspres tersebut remuk teruk.

"Bas terbabit dipercayai gagal dikawal kerana dipandu laju semasa menuruni kawasan berbukit dan ditambah pula keadaan jalan licin ekoran hujan lebat ketika kemalangan," kata beliau.

Pemandu lori yang dilanggar bas itu tidak cedera.

Mayat pemandu bas itu tersepit dan hanya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat kira-kira sejam selepas kemalangan.

Kebanyakan penumpang yang tidak cedera dibawa keluar melalui pintu kecemasan.

Jenazah Adnan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Gurap, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh seleps solat Zuhur semalam. 

ADAKAH ANDA SEORANG YANG BERANI MENCABAR DIRI SENDIRI ???

Adakah Anda Berani Mencabar Diri Anda Sendiri? 
Anda seorang yang berani? 

Berapa ramaikah dikalangan kita yang mampu mengatasi perasaan takut bila berada ditempat tinggi seperti di gambar dibawah.


Bagusnya teknologi terkini ialah kita boleh mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang kita takut seperti berdiri/berjalan diatas cermin dengan beratus ketinggian seperti kita berada diawangan.


Melawan perasaan takut/ngeri dengan ketinggian sememangnya mencabar diri dan minda....


Kini, diseluruh dunia dari barat hinggalah ke tembok besar China pelbagai bentuk cabaran ini dibuat untuk mereka yang sanggup menuba.









Dan bagi rakyat Malaysia yang ingin mencuba mengatasi rasa takut mereka...tak perlu pergi ke luar negara....anda boleh melakukannya di One City, SkyPark USJ. Adakah anda berani? Jom cuba.


10 GAMBAR GRAFFI, KUCING YANG MUKA SENTIASA NAMPAK MARAH !!!



Jika sebelum ini anda selalu melihat gambar Grumpy Cat yang terkenal dengan mukanya sentiasa muram, kini terdapat seekor lagi kucing yang semakin popular di internet, dikenali sebagai Garfi the Persian cat, yang terkenal dengan mukanya yang sentiasa marah.

Garfi tinggal bersama dengan tuannya di Hulya Ozkok, Turkey. Walaupun mukanya kelihatan sentiasa marah, menurut tuannya, dia adalah seekor kucing yang periang.


Jom saksikan 'kebengisan' muka si Grafi The Persian cat. - Sembang-Kosong