ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JAMBATAN SALOR - PASIR MAS DIBUKA 2 MINGGU

Thursday 21 December 2017

JAMBATAN SALOR - PASIR MAS DIBUKA 2 MINGGU


JAMBATAN Salor - Pasir Mas akan dibuka selama dua minggu bermula esok bagi melancarkan aliran trafik di kawasan itu khususnya menjelang persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata jambatan berhampiran Bulatan Lemal itu bagaimanapun masih dalam pembinaan.

Katanya, ia dibuka sementara bagi melancarkan laluan khususnya melibatkan pengguna yang berulang alik ke Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

"Kerja-kerja perlaksanaan jambatan tersebut sudah di peringkat 60 peratus.
"Bagaimanapun ia akan dihentikan buat sementara waktu," ujarnya.

Hanifa berkata lagi, laluan sepanjang 270 meter itu akan dipantau pekerja dari Jabatan Kerja Raya (JKR)  bagi mengawal keadaan.

Beliau seterusnya memberitahu, antara tujuan laluan tersebut dibuka adalah bersempena persekolahan bakal dibuka tidak lama lagi.

Tambahnya, ia akan  memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tanpa perlu berdepan dengan masalah kesesakkan lalu lintas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Tambah beliau, jambatan bernilai RM114 juta termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Lemal itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2019.

“Jambatan tersebut yang mula dilaksanakan sejak tahun lalu sepatutnya siap pada awal Januari tahun hadapan.

"Bagaimanapun disebabkan beberapa masalah ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan,” katanya.

1 comment:

  1. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    ReplyDelete