Pages

Thursday, 8 October 2015

GUANG ENG DIGESA PERJELAS ISU BANTUAN SAR DI PULAU PINANG


Kerajaan Dap Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng hari ini digesa untuk berterus terang tanpa berputar belit mengenai isu bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang.
Ini ekoran kenyataan Guan Eng sebelum ini yang bersungguh-sungguh menafikan dan mengatakan dirinya difitnah kononnya kerajaan negeri tidak pernah menarik balik bantuan terhadap SAR.
Justeru Pemuda UMNO Pulau Pinang menggesa Guan Eng untuk membuktikan bahawa bantuan tersebut tidak pernah ditarik balik.
Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim mencabar Guan Eng untuk membuat penafian terhadap kenyataan media yang diedarkan oleh Pengetua Sekolah Rendah Islam  Al-Ansor (SRIA), Muhammad Fauzi Yusof.
Antara isi kandungan kenyataan media tersebut adalah surat makluman pemberian bantuan kepada SRIA Balik Pulau, Pulau Pinang telah ditarik balik pada hari yang sama ia diserahkan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) melalui pegawainya.
“Jika benar seperti apa yang Guan Eng cakap kononnya tidak pernah kurang walau satu kupang (10 sen) pun, maka buktikan… atau adakah wujudnya pilih kasih dan diskriminasi dengan hanya sekolah-sekolah agama yang terpilih sahaja yang diteruskan bantuan.
“Jadi, Guan Eng perlu telus dan berterus-terang. Jangan terus berdolak-dalik main drama,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, perkara ini berkait rapat dengan masa hadapan anak-anak Melayu Islam di sekolah berkaitan.
Tegas beliau lagi sekiranya tidak ada perkara yang tersirat dan tersurat maka Guan Eng perlu memberi penjelasan dengan segera. MediaUMNO

No comments:

Post a Comment