Pages

Saturday, 9 May 2015

TABUNG HAJI PUTUSKAN JUAL TANAH TRX - PENGERUSI TH



KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH)  memutuskan untuk menjual tanah seluar 1.5 ekar (0.61 hektar) di Tun Razak Exchange, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abdul Azeez berkata keputusan sebulat suara itu dibuat oleh lembaga pengarah TH pagi ini selepas mendapat nasihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada awalnya kami (lembaga pengarah) sepakat tidak mahu jual tanah itu, kami mahu bangunkan tetapi pagi tadi PM call dan nasihatkan supaya jual untuk elak fitnah terhadap TH.

"Kami akan jual secepat mungkin, sudah ada tiga pihak tawarkan untuk beli tanah tersebut," katanya dalam sidang media khas hari ini.


Caruman pendeposit tidak terusik - Pengerusi TH
KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) memberi jaminan wang pendeposit tidak akan terjejas atau hilang dengan pembelian satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB, sebelum ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Datuk Abdul Azeez Rahim minta semua pendeposit supaya tidak risau dengan provokasi politik yang kini tersebar meluas di media sosial.

"Saya harap mak cik dan pak cik di kampung jangan risau, kita tidak ambil langsung duit pendeposit untuk beli tanah 1MDB itu.

"Kalau tidak percaya bolehlah kemas kini akaun masing-masing sama ada kita (TH) telah menggunakan duit mereka. 

Simpanan adalah terjamin walaupun RM1, itu jaminan TH dan juga kerajaan kepada pendeposit," katanya dalam sidang media di sini Azeez menjelaskan, hanya 15 peratus daripada alokasi aset TH akan digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah. 

Katanya, pelaburan ini perlu bagi memastikan TH mampu memberi dividen kepada pendeposit setiap tahun selain memberikan subsidi kepada bakal jemaah haji. 

"Sebanyak 15 hingga 20 peratus (sekitar RM11 bilion) diperuntukkan TH untuk pelaburan hartanah. Kini TH hanya melabur 10 peratus (RM5.6 bilion) daripada peruntukan pelaburan itu," katanya. 

Azeez berkata, setiap tahun, TH juga berjaya menjana pendapatan yang baik dan keuntungan itu, paling utama akan digunakan untuk subsidi dan pengurusan haji, seterusnya TH akan mengagihkan keuntungan melalui hibah bonus tahunan. 

Katanya, sepanjang tempoh 10 tahun ini juga, TH telah membayar kadar purata pulangan melebihi enam peratus. Pada tahun 2013, TH membayar dividen sebanyak 8 peratus manakala pada 2014 jumlahnya meningkat kepada 8.25 peratus.

No comments:

Post a Comment