Pages

Monday, 2 February 2015

"WAHAI PENIAGA CINA, TOLONG JANGAN SABOTAJ KERAJAAN"- ISMAIL SABRI



Peniaga Cina diminta memberikan sepenuhnya kerjasama untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak Sabtu lepas(Artikel Berkaitan)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui catatan di media sosial memberitahu, kedegilan pihak-pihak tertentu untuk menurunkan harga barangan boleh menyebabkan kemarahan rakyat keseluruhannya kepada kerajaan.

"Kuasa terbesar ada pada pengguna, kalau Melayu boikot perniagaan orang Cina yang merupakan minoriti, mereka tentu tidak ada pilihan lain untuk menurunkan harga," katanya dalam catatan tersebut.


Catatan Ismail Sabri di laman Facebook mengenai peniaga Cina yang menimbulkan perbincangan hangat di media sosial - Gambar Facebook Ismail Sabri

Dalam pada itu katanya, kenyataan itu adalah untuk membuka mata orang Melayu sendiri terhadap kuasa yang ada pada mereka di dalam kuasa pembelian.

"Orang Melayu perlu sedar, selama ini mereka hanya tahu bercakap tanpa tindakan," katanya.

Pada Isnin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, tugas memboikot peniaga yang berdegil untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga terletak sepenuhnya di tangan persatuan pengguna.

Bagaimanapun katanya, kementeriannya sentiasa memantau 'gelagat' peniaga yang masih degil untuk menurunkan harga selain perlu mengakui tindakan akan dibuat selepas beberapa prosedur

Dalam pada itu, kenyataan Hasan disanggah Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George yang menganggap kuasa persatuan pengguna di negara ini diibarat masih belum cukup kuat selain diibarat seekor 'harimau yang tidak mempunyai gigi'.

Tegasnya, walaupun persatuan pengguna boleh membuat boikot kepada peniaga yang degil untuk menurunkan harga barangan namun kuasa mutlak terletak di bahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment