Pages

Sunday, 1 February 2015

SURAT TERBUKA UNTUK AHLI-AHLI PAS


Saya mengikuti perjuangan Pas dari dulu hingga sekarang. Banyak pemimpinnya saya kenal secara pribadi. Malah saya pernah bersama Hj Hadi Awang di atas pentas menentang UMNO dalam ceramah di mesjid Rusila dan juga di Temerloh waktu Angkatan Perpaduan Ummah. Saya pernah jadi tetamu kerajaan Pas Kelantan waktu Nik Aziz jadi MB. Itu dulu waktu Pas masih berjuang atas nama Melayu dan Islam. Itu dulu waktu Nik Aziz, Hadi Awang, Mustafa Ali anggap DAP sebagai parti chauvinis Cina, anti Melayu, anti Islam.


Sekali air bah sekali pasir berubah. Tapi Pas sudah hilang kiblat politiknya sebagai pejuang Islam bila ia sanggup menjadi kaldai DAP yang pernah para pemimpinnya menolak sebagai parti anti Melayu, anti Islam. DAP dari dulu sampai hari ini tetap menentang kuasa politik Melayu, hak istimewa Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan anti raja-raja Melayu. Perjuangan Malaysian Malaysia itu membuktikan ia mahu jadikan Malaysia negara republik dan DAP tidak pernah bergenjak dengan perjuangannya yg diilhamkan PAP Singapura oleh Lee Kuan Yew. Malangnya Pas terlalu rapuh semangat perjuangannya hingga melondehkan serban dan berkiblat sebagai "pejuang" :negara kebajikan" ala sosialis dan komunis!

Apakah kalian tidak faham konsep "negara kebajikan" yang menjadi amalan negara2 sosialis dan komunis? Mengapa kalian membungkam hanya tahu merhaban dan takbir menuju kehancuran perjuangan Pas sendiri? Mengapa kalian tidak menggunakan aqal fikiran dan ilmu yang dipinjamkan Allah untuk menentang kemunafikan dlm perjuangan Pas sekarang? Apakah alim ulama dalam Dewan Ulama itu sebenarnya ular dalam semak tidak berani menentang perjuangan songsang yang membuntuti Anwar dan menjadi kaldai parti chauvinis cina DAP?

Hari ini DAP menghina Pas. memperlekehkan pucuk pimpinan. Mana maruah Islam yang kalian perjuangkan? Cakap?

Kalau kail politik Pas panjang sejengkal jangan lautan politik yg dalam hendak diduga. Kalian terlalu taksub terhadap Nik Aziz, Hadi Awang dan para ulama yang jadi ular dalam semak. Akibatnya hari ini orang Melayu sudah hilang keyakinan terhadap Pas. Apalagi sekarang puak penyokong homosek super tegar pula hendak menggulingkan puak "ulama" yang rapuh semagat Islamnya. Apakah kalian juga jadi penyokong golongan Pas yang membuntuti Anwar? Kalian tahu apa yang Allah wahyukan mengenai golongan homsek ini dalam al-qur'an, bukan?

Kembalilah ke pangkal jalan. Hidup semangat Melayu dan Islam seperti mana yg menjadi api perjuangan Pas di masa lalu. Jangan memutarbelit ayat2 Allah utk menghalalkan nafsu politik sebagai kaldai para dajal2 yang super rakus.

Ingat kalau Melayu hilang kuasa politik pada PRU 14 jangan fikir pemimpin Pas akan jadi PM. Lihat nasib Pas di P. Pinang dan Selangor? Hanya jadi tukang sokong, tukang takbir saja. Kelantan 23 tahun dibawah Pas yang ada hanya angan2 "Serambi Mekah" yang uzur lahir batin, sembahyang hajat minta Allah laknati pemimpin UMNO, tazkirah yg dibumbu dengan fitnah, maki hamun dan taik gigi.

Allah turunkan bala banjir besar. Siapa yang banyak memberi bantuan untuk meringankan beban rakyat Kelantan? Nik Aziz dengan tazkirah sikap anti UMNOnya? Hadi Awang dengan Amanat Hadi yg memecah-belahkan ummah? Anwarinas yang menjaja kuasa dalam mimpi bersama DAP dan pemimpin homosek super tegar? Insaflah, wahai ahli2 Pas. Guna otak, kuasai ilmu dan kembalilah kepada perjuangan asalmu. Jangan jadi kaldai, marhaban dengan kafir, takbir bila kafir menghina Melayu Islam.

Inilah ketika yang baik Pas tendang DAP dan PKR. Berdiri tegak dengan perjuangan asalmu. Kamu bekerjasama dengan UMNO untuk memperkasakan Melayu Islam. Banyak orang yakin Pas boleh memainkan peranan penting dlm kerajaan bersama UMNO dari menjadi kaldai dan budak suruhan PKR dan DAP.

Kamu mesti berani menentang fikran2 jumud para pemimpin yang anti kerjasama dengan UMNO. Jangan peduli apakah dia itu mursyidul am Pas atau pun Mat Sabu yang jadi boneka DAP dan membuntuti Anwar itu.

Pas adalah hak kamu semua sebagai ahli. Kamu berhak menyatakan yang benar, berjuang di jalan Allah untuk mendapat berkah. Masakan kamu berjuang bersama kafir untuk menghancurkan kerajaan pimpinan Melayu Islam. Allah tak akan memberi kemenangan kepada kamu kalau kamu percaya kekuasaan Allah. Ingat Allah yang menentukan nasib makhluk termasuk parti politik - bukan Mursyidul am Pas atau dewan ulama Pas atau presiden Pas atau Mat Sabu yang mimpikan peristiwa asyik di Hotel Perdana. 

No comments:

Post a Comment