Pages

Monday, 2 February 2015

HIKMAH DI SEBALIK SETIAP UJIAN


Setiap ujian yang Allah berikan kepada hambanya sesungguhnya pasti ada hikmah disebaliknya.   Mungkin ramai yang merintih, merungut dan kadang kala pasti ada yang menyalahkan takdir yang berlaku.  Ketahuinya setiap ujian yang Allah timpakan pada hambanya terkandung hikmah yang kita sebagai hambaNya tidak pernah terfikir akan kemanisan disebaliknya.

Banjir besar yang terjadi sebelum ini kalau difikirkan terkandung 1001 hikmah di dalamnya. Bukan saja pada penduduk yang secara langsung terlibat dengan banjir malah seluruh penduduk di Malaysia amnya turut mendapat manfaat daripadanya.  Kita juga diberi kesempatan untuk melakukan kebaikan disamping menambah “saham akhirat” dengan menyumbangkan bukan sahaja wang ringgit, malah tenaga dan doa untuk membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan. Sesungguhnya Allah masih sayangkan kita semua, memberikan kesempatan kepada kita  untuk membuat kebaikan walaupun mereka tidak bukanlah saudara kita, bukan sesiapa pada kita.

Tapi dalam keadaan saudara-saudara kita ditimpa musibah, masih ada lagi antara kita yang mengambil kesempatan umpama ‘menangguk di air keruh” dengan memanipulasi bantuan yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.  Seringkali kita dengar bantuan tidak sampai kepada golongan sasaran, bantuan hilang, terdapat pilih kasih dalam pemberian bantuan.  Cuba kita fikirkan andai kita berada di dalam kelompok yang dilanda musibah itu, bagaimanakah perasaan kita andainya kita disisihkan daripada sebarang bantuan.  Jangan hanya kerana berlainan fahaman politik, kita mengabaikan nasib golongan tersebut.  Di mana belas ehsan kita pada sesama saudara kita.  Masyarakat luar yang bukan seagama dengan kita, berlumba-lumba menyalurkan bantuan, sedangkan kita seagama, sebangsa dan senegara dengan mereka mengambil hak-hak mereka tanpa ada perasaan belas kasihan.

Inilah masa yang terbaik untuk kita menambah “saham akhirat” kita, walaupun bantuan yang dihulurkan tak seberapa, tapi percayalah Allah tahu niat ikhlas kita, moga Allah memberikan ganjaran untuk kita nanti.

Sabarlah wahai saudara-saudara ku yang ditimpa bencana.  Ingatlah ada kemanisan disebalik semua musibah ini.  Insyaallah.

No comments:

Post a Comment