Pages

Monday, 16 February 2015

LIGA SUPER 2015 : KELANTAN BENAM LIONS XII 2-0


KOTA BHARU: Kelantan merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Super 2015 selepas membenam cabaran wakil jiran, Lions XII 2-0, sebentar tadi.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri di Sultan Mohammad IV Stadium, Kelantan di depan seawal minit ke-6 permainan menerusi jaringan pemain import, Jonathan McKain.

Dua minit sebelum babak pertama tamat, kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi menampilkan kepakarannya mengambil sepakan percuma dengan rembatannya dari luar kotak penalti berjaya menerjah gawang Lions XII.

Sekalipun permainan tambah rancak pada babak kedua, tiada jaringan tambahan mampu dijanakan kedua-dua pasukan yang menyaksikan Lions XII terpaksa menerima kekalahan pertama musim ini.

Kemenangan ke atas Lions XII pula menyaksikan Kelantan kini berkongsi kedudukan teratas Liga Super bersama Perak selepas mengutip enam mata penuh.



Jadual sebenar perlawanan adalah pada malam semalam.

No comments:

Post a Comment