Pages

Sunday, 18 January 2015

KAJIAN TAMBAH BAIK AKTA KOMUNIKASI AKAN DISEGERA

alt
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menyegerakan kajian komprehensif berhubung beberapa aspek penambahbaikan terhadap pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 agar ia dapat dibentangkan di Parlimen, tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, sehubungan itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberi tempoh enam bulan untuk menelitinya terutama berhubung kesalahan siber yang sering berlaku ketika ini.
"Jadi kajian dalam tempoh enam bulan pertama ini diharap dapat disegerakan kerana saya sendiri melihat hukuman yang sedia ada tidak lagi menimbulkan kegusaran atau ketakutan untuk pihak tidak bertanggungjawab ini melakukan jenayah siber.
"Dengan hukuman lebih berat dan perincian jenis kesalahan yang lebih jelas nanti, terutama di media sosial, diharap mampu mengekang jenayah siber ini agar tidak lagi menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan syarikat korporat, NuSuara Technologies Sdn Bhd kepada 407 keluarga mangsa banjir dari lapan buah kampung Hulu Berang di Kampung Menerong di sini semalam.

No comments:

Post a Comment