Pages

Sunday, 18 January 2015

BANJIR : UMNO KELANTAN GESA KERAJAAN PUSAT PERCEPAT BINA RUMAH KEKAL


KOTA BHARU: UMNO Kelantan akan meminta kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang hilang kediaman akibat banjir di negeri ini bulan lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setakat ini jumlah rumah yang musnah sepenuhnya sebanyak 2,010 dan angka itu dijangka bertambah kerana bancian masih dijalankan di seluruh negeri ini.

"Saya akan minta kerajaan pusat bina (rumah) secepat mungkin kerana kita dapati mangsa yang terbabit sudah dua, tiga minggu menunggu tempat kediaman kekal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini, malam tadi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu menyatakan Kabinet bersetuju membina rumah kekal berharga RM48,000 setiap rumah khusus untuk mangsa yang kediaman musnah secara keseluruhannya di negeri yang dilanda banjir.

Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan atas kadar antara RM5,000 dan RM10,000 bagi setiap rumah yang mengalami kerosakan sebahagian atau tidak sepenuhnya.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment