Pages

Monday, 19 January 2015

BENARKAH GAMBAR NIK AZIZ UZUR GAMBAR LAMA???



Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.

Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.

Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment