Pages

Thursday, 8 January 2015

APAKAH BENCANA BANJIR MUNGKIN PENGARUHI LANSKAP POLITIK KELANTAN ???


Ramai yang melihat, akibat bencana banjir yang melanda Kelantan, kemungkinan besar akan mempengaruhi lanskap politik negeri siti wan kembang itu.

Kelantan diperintah Pas sejak tahun 1990.

Perubahan lanskap politik negeri itu, sangat bergantung kepada tindakan atau kebijaksanaan Perdana Menteri berdepan dengan pasca banjir.

Telah 24 tahun rakyat Kelantan telah mengundi PAS, di bawah pimpinan Mantan Menteri Besar Dato Seri Nik Aziz Nik Mat. Malah pada PRU-13 lalu, Mursyidul Pas itu masih mengetuai Pas Kelantan, sebelum melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Datuk Ahmad Yakob pada 3 April 2013.

Ahmad Yakob, 64, seorang graduan Universiti Al Azhar, Mesir dalam pengajian islam.

Meskipun, Ahmad berlatar belakangkan agama, namun tidak mempunyai kharisma yang diperlukan untuk mempertahankan Kerajaan Kelantan. Keadaan Kelantan menyerupai Kedah dibawah pemerintahan Datuk Azizan, yang hanya bertahan sepenggal.

Kelantan yang dilanda banjir paling teruk dalam masa 40 tahun, terutama kawasan Kota Baru dilihat daripada jumlah mangsa yang dipindahkan, diikuti Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat dan Gua Musang, dilihat membuka ruang kepada persektif baru dalam politik.

Banjir mulai surut, para mangsa juga mula kembali ke kediaman masing-masing; mendapati rumah-rumah mereka dipenuhi lumpur, rosak, malah ada yang hanyut.

Mangsa selain mengalami taruma, juga bantuan segera amat diperlukan. Setidak-tidaknya itulah harapan yang mereka harapkan daripada RM500 juta peruntukan khas yang diumumkan Perdana Menteri, beberapa jam selepas sampai ke Kelantan di waktu puncaknya serangan banjir.

Najib dalam kenyataannya pada 30 Disember selepas melawat Kuala Krai dan Gua Musang, beliau dengan nada sendih menggambarkan bahawa di mata beliau sendiri berlaku rumah hanyut dan rumah-rumah rosak teruk.,

Walaupun keadaan darurat tidak diistiharkan, namun aset yang dikerahkan membantu dan mengurus banjir sama banyak dengan keadaan darurat.

Najib memberitahu, bahawa darurat tidak diistiharkan untuk membolehkan mangsa menuntut insuran.

No comments:

Post a Comment