Pages

Thursday, 4 December 2014

SULTAN MURKA - GELARAN 'DATUK SERI' ANWAR DITARIK


22
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor .
Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dibuat kerana beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar baru-baru ini.’

“Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,” menurut kenyataan tersebut.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang sebarang gelaran.


No comments:

Post a Comment