Pages

Thursday, 27 November 2014

SYARAT PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU MAAHAD KAWALAN YIK


Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI (L)
2. MAAHAD MUHAMMADI (P)
3. MAAHAD TAHFIZ SAINS
4. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2003 adalah layak memohon masuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Keputusan UPSR 2014 mendapat 5A

1.3  Permohonan boleh dibuat di Maahad berkenaan

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan / Maahad Kawalan

1.5  Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan.

1.6  Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan didaftar.

1.7  MAKLUMAN: Permohonan untuk sessi 2015 akan ditutup pada 14 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.

Syarat Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan

Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN
2. MAAHAD RAHMANIAH, KUALA KRAI
3. MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
4. MAAHAD SANIAH, PASIR PUTEH
5. MAAHAD PENGAJIAN ISLAM, KOTA BHARU
6. MAAHAD AHMADI, TANAH MERAH
7. MAAHAD AMIR INDERA PETRA, BERIS, BACHOK
8. MAAHAD AR RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN
9. MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT
10. MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG

SYARAT PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2003 adalah layak memohon masuk Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Keputusan UPSR 2014 sekurang-kurangnya 2A

1.3  Permohonan boleh dibuat di mana-mana Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Maahad yang berkenaan

1.5  Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan

1.6  MAKLUMAN: Permohonan untuk sessi 2015 akan ditutup pada 14 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.
Dipetik
http://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/component/content/article/17-perkhidmatan/60-permohonan-masuk-ke-maahad

No comments:

Post a Comment