Pages

Saturday, 22 November 2014

BENARKAH HARGA RON95 AKAN LEBIH MURAH SELEPAS 1 DISEMBER ???


Ramai yang tergezut bila diumumkan tiada lagi subsidi untuk RON 95 dan Diesel mulai 1 Disember 2014.

Ertinya harga kedua-dua bahan api tersebut akan ditentukan oleh mekanisme apungan terkawal mengikut harga pasaran dunia sepertimana RON 97.

Maknanya juga harga tidak dibiarkan bergerak secara bebas kerana kerajaan masih memantau dan mengawal harga agar ia tidak terdedah dengan manipulasi dan spekulasi liar.

Namun berdasarkan harga pasaran, RON 95 kini bernilai RM2.27, bukannya lagi RM2.30 seperti mana yang dijual di pasaran kini.

Harga RON 95 juga akan terus menjunam selari dengan penurunan harga minyak mentah....diulangi sekali lagi 'minyak mentah' yang masih belum diproses menjadi pelbagai produk hiliran.


Minyak mentah digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran yang mempunyai harga yang berlainan di pasaran antarabangsa. Petrol umpamanya terbahagi kepada pelbagai jenis seperti RON 80, RON 88, RON 90, RON 91, RON 92, RON 93, RON 95, RON 97, RON 98 paling mahal RON 100.
Kini apabila kerajaan mengumumkan untuk menarik semua subsidi dan mengapungkan harga minyak ikut harga pasaran, ada kedengaran pihak-pihak yang membantah.

Mungkin selama ini kita sudah terlalu selesa dengan pelbagai kemudahan dan subsidi hinggakan ia dianggap sebagai satu hak warisan yang tidak boleh disentuh.

Namun ia juga telah menjadi suatu hak yang selalu dirompak oleh golongan pendatang haram, warga asing dan juga penyanggak-penyanggak ekonomi yang selama ini hidup kaya memboroi dengan hasil penyeludupan dan penyelewengan.

Pendek kata kononnya jika tiada subsidi maka ramai akan mengelupur kepanasan, ramai yang mula mengomel dan mengkritik. Kononnya harga barang turut akan naik..anehnya bila harga minyak jatuh pun harga barang tetap dinaikkan oleh tokey-tokey kedai.

Tapi mereka ini cukup 'bijak' bercakap soal subsidi adalah hak rakyat yang bukannya hak UMNO atau BN.

Macai-macai PR selalu desak kerajaan menurunkan harga minyak dan selalu menggunakan carta harga minyak mentah ini untuk membenarkan hujah mereka. Namun apabila kerajaan membuat keputusan menggunakan mekanisme apungan menurut harga pasaran semasa antarabangsa, macai membangkang pula. Data  ini sehingga 11 Nov 2014.
Kita berharap dengan harga minyak dunia yang kian menjunam ini maka kita akan menikmati harga petrol yang lebih murah seperti mana yang diinginkan rakyat.

Kita lihat saja apa akan jadi pada 1 Disember nanti. Adakah harga minyak RON 95 dan Diesel akan lebih murah berbanding sekarang setelah tiada lagi subsidi diberi?

Mungkin tak lama lagi syarikat-syarikat minyak wajib memaparkan billboard-billboard elektronik tanda harga semasa RON 95, RON 97 dan Diesel di premis-premis mereka macam di kebanyakkan negara di dunia. Mudah untuk rakyat merujuk harga sebelum beli minyak.


Di kebanyakkan negara di dunia, pemasangan billboard elektronik yang menunjukkan harga semasa bahan api mengikut jenis menjadi kewajipan dan berjaya mendisiplin rakyat menguruskan perbelanjaan. Di kebanyakkan negara luar, harga bahan api sentiasa berubah mengikut musim dan lokasi pam stesen.  
Meskipun tiada lagi subsidi bahan api namun penyeludupan pasti dan tetap terjadi kerana minyak RON 95 dan Diesel Malaysia masih lagi dikira murah dan berkualiti berbanding di Singapore, Thailand mahupun Indonesia. 

Cuma untungnya adalah kerajaan yang tidak lagi perlu memikirkan banyak mana wang negara harus dicurahkan bagi menampung subsidi yang semakin meningkat hingga turut dinikmati oleh 6.7 juta warga asing yang tak berhak.


Trend harga minyak mentah yang semakin menurun membolehkan harga minyak di Malaysia turut diturunkan. Ia bermula pada 19 November 2014 lalu bila harga RON 97 diturunkan 20 sen menjadi RM2.55 berbanding RM2.75 seliter sebelumnya. Mungkinkah harga RON95 dan Diesel akan turun juga?  Data hingga akhir Oktober 2014.
Melalui penghapusan subsidi ini juga kemungkinan tiada lagi cadangan pemberian subsidi secara berkasta dan terpilih sepertimana yang dicadangkan sebelum ini.

Duit subsidi mungkin boleh disasar dan diarahkan kepada aspek pembangunan lain seperti pendidikan, rawatan perubatan, harga barang murah, rumah murah, kenderaan murah dan sebagainya.

Ia lebih adil kerana hanya yang berhak perlu mendapat hak yang sewajarnya. Lagi pun minyak dan diesel tidak dikenakan GST.

Bila harga minyak murah adakah ramai yang akan berebut membeli untuk buat stok dan dijual dengan harga mahal?

Kita tunggu dan lihat selepas 1 Disember ini.

Petikan mymassa

No comments:

Post a Comment