Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Roslina Ngah dalam satu kenyataan berkata sehingga pukul 9 pagi ini, lima daerah terjejas sejak banjir melanda negeri ini masuk hari keempat.
Kuala Terengganu mencatatkan paling banyak mangsa banjir, iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga, yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.
Banjir di Marang melibatkan 967 orang (236 keluarga), yang ditempatkan di lima pusat pemindahan dan Setiu 349 orang (78 keluarga) ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Di Besut pula sebanyak 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior.
Sehingga kini, 42 buah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Terengganu.
Orang ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini banjir di negeri ini boleh menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau laman web etindakan.terengganu.gov.my.
Sementara itu, cuaca di Kuala Terengganu dan sekitarnya pada sebelah pagi Jumaat baik dan cerah, membolehkan orang ramai keluar rumah melakukan urusan harian yang tertangguh.
Sementara itu di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan yang dibuka di Kota Baharu dan Pasir Puteh kekal sebanyak 130 orang pagi Jumaat.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sebanyak 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 28 orang ditempatkan di SK Tiong Kota Baharu ini, manakala 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pada pukul 9 pagi ini mencatatkan bacaan 9.15 meter yang melepasi paras bahaya 9 meter.
Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup berikutan banjir. Cuaca di Kelantan pagi ini mendung.
Kuala Terengganu mencatatkan paling banyak mangsa banjir, iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga, yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.
Banjir di Marang melibatkan 967 orang (236 keluarga), yang ditempatkan di lima pusat pemindahan dan Setiu 349 orang (78 keluarga) ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Sehingga kini, 42 buah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Terengganu.
Orang ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini banjir di negeri ini boleh menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau laman web etindakan.terengganu.gov.my.
Sementara itu, cuaca di Kuala Terengganu dan sekitarnya pada sebelah pagi Jumaat baik dan cerah, membolehkan orang ramai keluar rumah melakukan urusan harian yang tertangguh.
Sementara itu di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan yang dibuka di Kota Baharu dan Pasir Puteh kekal sebanyak 130 orang pagi Jumaat.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sebanyak 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 28 orang ditempatkan di SK Tiong Kota Baharu ini, manakala 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pada pukul 9 pagi ini mencatatkan bacaan 9.15 meter yang melepasi paras bahaya 9 meter.
Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup berikutan banjir. Cuaca di Kelantan pagi ini mendung.
No comments:
Post a Comment