Pages

Sunday 26 October 2014

JANGAN JADI MUNAFIK !!!


Facebook pro ulama, El Haraki memetik grafik yang dibuat oleh archidea.cronixx tentang kata-kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saling kontradik sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Sebelum PRU 13, pada 4 Julai 2012, Anwar berjanji akan bersara politik jika kalah dalam PRU itu. Namun, selepas PRU 13, beliau enggan mengotakan janjinya itu dengan alasan PRU telah dilaksana secara ‘penipuan’ dengan memberi contoh pengundi ‘hantu’ Bangladesh. Sekali lagi, Anwar menafikan membuat tuduhan sedemikian, apabila beliau dicabar untuk membuktikan kewujudan pengundi ‘hantu’ Bangladesh tersebut.

Pada 27 Februari 2014, Anwar nafi bakal menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh telah meletak jawatan tanpa sebarang sebab. Namun, pada keesokan harinya, 28 Februari, Anwar membenarkan dirinya diumumkan sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kajang.

Apabila ditanya media apakah ‘Langkah Kajang’ itu bermaksud mahu menukar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan spekulasi semata-mata. “PRK Kajang tiada kaitan dengan pertukaran MB,” Anwar dilaporkan membuat kenyataan itu pada 24 April. Namun, pada Julai, Anwar mengesahkan bahawa ‘Langkah Kajang’ adalah bertujuan untuk menjadikan isterinya, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baharu menggantikan Khalid.

Berdasarkan kata-kata Anwar yang saling kontradik itu, El Haraki memetik sabda Nabi Muhammad SAW yang menyebut dalam satu hadis sahih bahawa terdapat tiga ciri manusia munafiq iaitu; Apabila bercakap ia dusta, apabila janji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianat.
“Ayuh ! Banteras pengkhianat !,” seru El Haraki



No comments:

Post a Comment